Showing posts with label sayadoodle. Show all posts
Showing posts with label sayadoodle. Show all posts

04 October, 2014

[Doodle & Video] Let Me Poop by Emily Mandelbaum


Aku terhibur dengar budak ni nyanyi. Gelak dalam hati je la tapi. Comel gila nama budak ni Emily Mandelbaum dan kebetulan pulak aku tengah create Sims aku yang ke tujuh so otomatik nama dia Emily Mandelbaum jugak wkwkwkwkkwk

Siapa tau lirik dia meh share ngan aku meh.


Comel gila kan?


The Sims aku dah kawen dah haih akhirnya. Ikutkan aku nak suh diorang bercucuk tanam la kan tapi dah ada task layan jela ye dak. Tengok aku dah ada 36LP KAHKAHKAH heaven gile tak sabar nak beli rumah paling pawer dalam dunia kahkahkah!

Esok aku buat entry pasal The Sims (kalau aku rajin k) Ok lah nak dengar lagu let me poop lagi lah Bye

02 October, 2014

commission doodle!

Semalam ke kelmarin aku saje bosan. Ade jugak la yang nak aku buatkan avatar twitter. Ingatkan hambar camtu je. Seronok jugak ni kira cabaran untuk diri aku sendiri, contohnya aku tak pernah lukis doodle chubby. So aku belajar la kat situ kan. Aku bukan pandai lukis sangat pun. Aku memang bukan dari asal pandai lukis. Practice makes perfect. Eceh.

Tempahan avatar doodle dari @rjuna

Tempahan avatar twitter dari @izyahya

KAMON LA OWNER IZYAHYA.COM NI! POWERRRR

Aku hepi la senanya bila tengok timeline ada banyak katun aku. Hihihi sama hepi kalau orang buat kad kawin guna doodle aku. Hepiiii. Rubberstamp pun. Double happyyyy!

Commission doodle yang ni pun dah siap. Puas hati la setakat ni. Aku lama dah tak buat semua ni sebab takde laptop. Laptop aku dah jahanam kannn. So bila dah kawen ni pakai laptop suami jela.

Ok anyone yang nak order doodle or else, sila wasep saya di 0122166410.

TERIMA KASIH

13 September, 2014

jagalah aib suamimu, kawan.

Tadi ingat nak twit. "Emosi tak stabil," tapi tak jadi. Zaman sekarang orang suka buat spekulasi sendiri. Termasuklah aku.

Padahal emosi tak stabil sebab gigi aku duk berdenyut denyut dari tadi. Peritnya la gusi. T_T
Twit ni kena pikir panjang gak sebelum post. Sama gak la cam status pesbuk nun. Kalau kau main bedal je, memang leh jadi mende lain. Kena hati hati jangan ikut emosi. Mati.

Aku tak paham bila orang duk twit atau update status yang sekali baca orang boleh teka yang ko tengah mengata laki ko. Contoh ;

"Best la ni kali ke sembilan tak jadi gi tengok movie. Kalau aku tau baik aku gi ngan kawan aku je,"

Atau

"Sedihnye la hari ni. Kenapa la laki semua camni?"

Ko suka ke orang pandang tak betul kat laki ko?

Aku pernah gi wedding kawan aku. Masa tu pengantin lelaki tak sampai lagi pastu cam sembang sembang la kan. Kawan kepada member aku tu aku tak kenal, tapi dia da kawen la. Dia cam pesan kat kawan aku.

"Ko da kawen kene sabar banyak banyak. Lelaki ni sebelum kawen lain ngan selepas kawen. Diorang nye cakap je betul, kita semua salah,"

Dari situ, aku boleh teka yang laki dia tu jenis camne. Dari aku ni tak tau, terus jadi tau. Kalau kau tak cakap camtu, orang mesti ingat ko bahagia je. Perlu ke cakap camtu?

Ade jugak orang pernah tanya aku.

"So camne kawen? Lepas kawen habis terbongkar semua kan? Yang penting kena banyak sabar,"

Aku jawab senang je.

"Dah kawen ni bertambah sayang dari sebelum kawen gitteww,"

Dari soalan tu aku dah tau camne rumah tangga ko. Kalau kau tak tanye camtu, aku ingat ko bahagia je. Bukan jawapan aku tu nak poyo ke hape ke. Dah nama pun rumahtangga milik ko sendiri, best ke canang kat orang? Pastu orang pun pandang serong bagai. Seronok ke? Nak tanya rumahtangga aku camne? Alhamdulillah.. Aku cinta segalanya.

Toksah la nak twit bagai pasal suami yang ko tak puas hati. Better ko cakap je depan depan selesai masalah dari ko twit, pastu semua orang yang baca laju je buat spekulasi cam aku.


29 August, 2014

doodle rubberstamp by SayaDoodle

Tadi masa nak gi keje tetiba mak bagi aku kad. Husband kate macam artis plak banyak kad yang sampai lately ni. Kamon la Eny memang artis kot kahkah (pang!)

Aritu dapat kad dari Marzuki Kamal ngan Adhsyaya and i'm not sure dapat datang ke tak sebab dia invite yang kenduri belah Terengganu wuuu jauhhh T___T Pastu dapat kad dari Katak kat Perak je insyaAllah aku try gi :)

Tapi pagi ni aku dapat dua lagi wedding invitation. Aku bukak satu, dari Arina Amin aka Adledash. Heee kenduri dia kat Restoran Qaseh which is aku rasa best place la sebab aku suka makan kat situ.

And yang paling aku cam pehhh best gila rasa dihargai sangat (tahape hape) is dapat invitation yang ade cop doodle yang aku buat tu kad belakang sampul OMG aku seronok gilaaaaaaaaaaaaaa!



Ni customer merangkap kawan aku yang order rubberstamp aritu wihok wihok best la wei bila ko tengok hasil kerja ko dibeli dan digunakan perghhh aku suka la wei hepi gile melampau sampai sayang taknak bukak sebab aku da tau dah isi dia camne, wedding pun kat Johor T____T jauhhh wuuuu

Aku suka la aku suka sangat paham tak rasa cam nak guling guling hahaha over gila la perangai camni hahahaha aduuuu aduuuuuu

Sape nak order rubber stamp sila lah Email saya, sayadoodle@gmail.com atau whatsapp seorang Eny di 0122166410 ok kawan kawan

:3

12 August, 2014

Selamba badak je

Semalam aku ngan husband amek rubberstamp yang dah siap tempah, masa tengah bayar tu try la dulu ok ke tak copnye. Pastu ade pompuan ni keje situ gak cakap ;

"Cute nye cop.. Nanti aku kawen nak buat camni lah,"

Pastu staff laki sorang lagi cakap ;

"Ala nanti tukar je nama,"

Selambeeee. Hahahaha aku yang lukis woi! Sesuka hati ko je nak amek grr geramnye. Tapi tula kes camni mana boleh nak selesaikan unless ko beli mesin buat cop tu hahahaha bape ribu plak. Zzz

Kalau ye pun nak amek design aku tak yah la cakap depan aku kan heii geramnye saya rasa cam nak baling je meja kahkah over sangat tapi laki aku dengan sangat positif cakap kat aku yang ala orang tu bukan tahu pun eny yang buat mende tu kan okay fine abang baiklah T_____T



Aku lupa nak amek gambar rubberstamp tersebut wuu malam tu jugak husband i tolong hantarkan kat rumah customer (iaitu kawan lama saya) lupa laaa nak amek gambaaa aaa stress nyee tapi takpe la redho jela aku da mintak dah kat dia gamba kalau dia ingat dia amek la kalau tak ingat takpela aku tunjuk contoh gambo je la ye T_T


*updated : dia dah bagi aku dah gambo weee ^_^

Sape nak order doodle rubberstamp boleh la kabo eh. :)

Ok bye