19 August, 2014

attention seeker

Aku nak taip sesuatu tadi. Tapi aku rasa cam tak proper kalau aku nak cerita public kan kesian laki aku walaupun tu sume bagus nak share sebab pengalaman kan tapi aku rasa setiap mende ada limit nya and tak sume kau perlu cerita kat orang.


Maaf, gambar si Mushtash mata sepet ni memang tiada kaitan langsung dengan entry.

*sambung*

Kadang kadang aku tak faham dengan orang yang TIDAK mengenal erti PRIVASI even sendiri punya privasi pun tak reti nak jaga semua mende nak di cerita sampai dalam kain pun tak malu nak cerita. Lagi lagi kat facebook ada yang pesen penuh timeline ngan masalah rumah tangga dia, marah ngan laki nak cerita kat facebook, marah ngan abang adik beradik makcik pakcik nak cerita kat facebook.

Tak pasal pasal orang tau pasal ko. Niat ko nak meluah tu tak kena cara. Walaupun kau tak mention laki kau yang kau tengah marah beliau, tapi ia adalah sangat ketara sampai orang pun boleh teka.

Lagi satu dah panjang cerita tu, bila orang komen sama ada betulkan atau kutuk ; kau marah. Padahal kau yang cite. Sape suruh? =_=

Semalam ada la satu mende ni jadi kat twitter. Bunyi dia cam attention seeker yang mengaibkan so tak mungkin la aku nak share kat sini tapi aku yang aku tak paham, bila mende tu da jadi, kenapa perlu screen shot, upload and publish? Bersama dengan tajuk yang tak boleh blah yang aku rasakan kau pun pesen tak boleh nak pikir panjang tahape hape la dah la kau tak sensor nama dia avatar dia. Apa ke hei nyee T_T

Ish memang aku tak paham. Btw memang aku nak sangat cerita pasal yang aku nak cerita awal awal tadi hahaha sebab tu yang tengah membelengu jiwa aku skang tapi takyah la. Malu. HAHAHAHA

OK BYE

No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila