Aku sebelum kawen suka beno buat masker la, scrub muka la. Sume DIY. Sebenarnya sekeliling kita (kat rumah) memang banyak jenis scrub or masker kita boleh buat cuma nak ngan taknak je. Even masa aku blaja pun, aku suka gi kafe bawah then beli kat acik tu buah tomato dua tiga bijik untuk stok dua tiga hari. Acik tu ingat aku nak makan padahal aku nak gentel kat muka supaya mulus dan berseri KAH!
Bahan utama nya? Haruslah TOMATO.
Seriously tomato ni boleh meng-glow kan kulit. Senang je weh kalau kau paling malas pun, ko amek tomato, ko slice, pastu sapu kat muka. Tunggu 15 minit dan cuci! DONE!
Banyak cara lagi nak variasikan tomato ni. Ok ni cara aku okkk?
Memula! CUCI MUKA DULU OKKKK BARU BOLEH START DENGAN SEMUA TIPS KECANTIKAN SEORANG ENY NI (cantik ke?)
1. Macam yang aku cakap tadi, slice tomato, then sapu kat seluruh muka. Biarkan kering 15 minit. Cuci!
2. Slice tomato, letak dalam mangkuk, mash and mix with honey. Then sapu kat muka. Tunggu 15 minit. Cuci!
3. Slice tomato, letak dalam mangkuk, mash and mix with white egg! Then sapu kat muka. Tunggu 15 minit. Cuci!
4. Ni pulak kaedah nak keluarkan whitehead ngan blackhead. Slice tomato, letak dalam mangkuk, mash and mix with white egg (again). Bau dia memang gross la. Hanyir tomato+hanyir putih telur. Nak kurangkan bau tu, ko amek lemon, perah sikit. Pastu amek tisu, koyak kecik2.
Siap sume barang barang, ko gi wap muka ko dengan air panas. Err jangan celup plak. Amek baldi, letak air panas. Pastu hala kan muka ko kat baldi, then tutup ngan kain. Buat dalam 5-10 minit setakat mana ko mampu. Ni untuk bukak liang pori muka so senang la nak tanggal segala harta karun kat muka tu kan.
Then amek tomato ngan white egg yang dah di mixed kan tadi, sapu kat muka satu bahagian, then tampal tisu yg da koyak tu. Sampai penuh semua bahagian muka. Ko tunggu kering kaw kaw sampai muka ko rasa keras kejung, dalam masa sejam (kot) jangan bercakap atau ketawa la sebab karang dia pecah pulak. Dah settle pastu ko tarik tisu tu pelan pelan. TADAAA! Maka terkeluarlah segala whitehead dan blackhead.
5. Scrub! Potong tomato jadi dua bahagian, satu pakai, satu simpan. Amek tomato yang dah di cut half tadi, celup kat gula, then gosok pelan pelan muka ko. Biarkan 5 minit. Cuci, Done.
6. Yang ni scrub jugak. Ingredient dia banyak sikit. Tapi ok la setiap bahan ada kebaikannya kan?
- Hancurkan a slice of tomato.
- Honey 1 sudu
- Oat 1 sudu
- Susu tepung 1 sudu
Campurkan semua bahan ni, pastu gosok la muka anda buat macam scrub. Pastu biarkan 5 minit dan CUCI!
Apa kebaikan tomato? Tomato ni sangat bagus untuk kecantikan kulit, better untuk orang yang ada masalah blackhead dan whitehead. Masalah pori terbuka pun boleh diselesaikan dengan adanya tomato ni. Orang muka berminyak memang bagus la pakai tomato ni. And makan sehari sebijik. Sangat best!
Aku selalu makan tomato sehari sebijik. Cara aku makan?
Sarapan : Roti wholemeal, sapu ngan planta. Pastu amek half tomato, slice dan kepit ngan roti.
Lunch : Lagi half tomato tu ko slice, buat ulam.
Btw semua benda dalam dunia ni kau tak boleh makan banyak sangat walau camne bagus pun. Sebab boleh memudaratkan. So makan sebijik sehari dah memadai.
Madu.
Omputih kata Madu ni "a natural bacteria fighter and moisturizer". Madu pun bagus dan menyihatkan tapi aku tak berapa gemar sangat nak kemam madu sebab manis dia mampu buat aku pening. Sape yang suka ratah tu bagus la. Aku banyak kot beli stok masa gi Cameron aritu. Tapi malangnya tak bersentuh sampai la sekarang T____T
Madu ni elok untuk orang yang ada masalah jerawat kat muka. Lepas apply kulit pun akan jadi lembut sangat! Must Try!
Oatmeal
Mencerahkan muka dan boleh meredakan sunburn. Yes ia membantu untuk serap minyak dan kotoran pada muka. Kalau ko makan oat banyak, dia serap kolestrol jugak. Tapi aku tak suka makan oat HAHAHAHA
Susu
Aku pakai susu tepung. Tatau la kalau ko nak guna susu pekat manis kan haha bersemut karang kahkahkah (kenapa tah aku bayangkan) HAHAHA ok susu ni mencerahkan kulit, and boleh hilangkan lingkaran gelap bawah mata jugak. Dan aku pun tak suka minum susu WAKAKAKAKAK
Putih Telur
Boleh shrink-kan pori kulit. Muka akan glow dan berkuranglah garis garis halus kat muka. Leh menyerap minyak pada kulit muka jugak. Putih telur + jus lemon ni bagus untuk muka yang berjerawat okkk
Dah la kawan aku pun dah pelik aku duk menaip ni cam ada kerani kerajaan pulak dalam opis wakakak non stop wei. Penat dah aku. Aku nak makan. Bye