13 September, 2014

jagalah aib suamimu, kawan.

Tadi ingat nak twit. "Emosi tak stabil," tapi tak jadi. Zaman sekarang orang suka buat spekulasi sendiri. Termasuklah aku.

Padahal emosi tak stabil sebab gigi aku duk berdenyut denyut dari tadi. Peritnya la gusi. T_T
Twit ni kena pikir panjang gak sebelum post. Sama gak la cam status pesbuk nun. Kalau kau main bedal je, memang leh jadi mende lain. Kena hati hati jangan ikut emosi. Mati.

Aku tak paham bila orang duk twit atau update status yang sekali baca orang boleh teka yang ko tengah mengata laki ko. Contoh ;

"Best la ni kali ke sembilan tak jadi gi tengok movie. Kalau aku tau baik aku gi ngan kawan aku je,"

Atau

"Sedihnye la hari ni. Kenapa la laki semua camni?"

Ko suka ke orang pandang tak betul kat laki ko?

Aku pernah gi wedding kawan aku. Masa tu pengantin lelaki tak sampai lagi pastu cam sembang sembang la kan. Kawan kepada member aku tu aku tak kenal, tapi dia da kawen la. Dia cam pesan kat kawan aku.

"Ko da kawen kene sabar banyak banyak. Lelaki ni sebelum kawen lain ngan selepas kawen. Diorang nye cakap je betul, kita semua salah,"

Dari situ, aku boleh teka yang laki dia tu jenis camne. Dari aku ni tak tau, terus jadi tau. Kalau kau tak cakap camtu, orang mesti ingat ko bahagia je. Perlu ke cakap camtu?

Ade jugak orang pernah tanya aku.

"So camne kawen? Lepas kawen habis terbongkar semua kan? Yang penting kena banyak sabar,"

Aku jawab senang je.

"Dah kawen ni bertambah sayang dari sebelum kawen gitteww,"

Dari soalan tu aku dah tau camne rumah tangga ko. Kalau kau tak tanye camtu, aku ingat ko bahagia je. Bukan jawapan aku tu nak poyo ke hape ke. Dah nama pun rumahtangga milik ko sendiri, best ke canang kat orang? Pastu orang pun pandang serong bagai. Seronok ke? Nak tanya rumahtangga aku camne? Alhamdulillah.. Aku cinta segalanya.

Toksah la nak twit bagai pasal suami yang ko tak puas hati. Better ko cakap je depan depan selesai masalah dari ko twit, pastu semua orang yang baca laju je buat spekulasi cam aku.


2 comments:

hanlu hanlu hanluuu mau apa ituuuu