30 March, 2015

Sentap.

Tadi pergi GM Klang bawak Mama, Kaklong ngan Adam. Adam boleh tahan merap Adam hari ni. Aku pulak letih semalam seharian berjalan. Memula gi MidValley cari carrier. Pastu gi Sunway Pyramid celebrate beceleret si Alyn. Pastu malam gi makan ngan Kak Ogy kat Pizza hut. Letih ayam.

Aku syak Adam letih lagi. That's why dia merap semacam je hari ni. Jenuh jugak aku menghayak kesana kemari Adam duk nangis dalam meitai pinjam ni. Last last aku bawak gi surau, nyusu.

Adam menjerit kemahen sampai akak akak dalam surau tu tak tenang la aku rasa mesti deme pikir aku bantai anak aku tu yang duk teriak tu. Tu la Adam. Kalau tengah tukar lampin tetiba dia lapar, menjerit nak susu time tu gak takde alasan dah. Dia punya level teriak tu sampai kalau duk tepi telinga aku tu berdesing gak la.

Tapi dah dapat susu hepi je muka siap sengih.

Time aku nyusu tu ade la makcik ni nak menyembang. Dia kata,

"Kecik lagi dah pandai dah mengamuk ni, ni sampai besar la ni perangai camni ni,"

Sikit pun tak masuk dalam hati. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri sambil muka tersengih sengih cari jalan camne nak amek lampin dalam beg. Tangan kanan ampu Adam. JARI TELUNJUK kiri Adam genggam. Kuat. Lapo beno.

Makcik tu mai dok sebelah aku. Tetiba ada akak ni masuk surau bawak anak dia nak nyusu gak. Badan agak gempal berpeluh peluh. Panas agaknya.

"Ha ni sorang lagi nyusu,"

Akak ni bagi la anak dia nyusu. Tapi anak dia taknak. Terus merangkak tersengih sengih. Dia pun duk prepare nak tuka pampers anak dia. Aku nak beramah terus tanya, "Berapa bulan ni kak?"

Akak : "Sebelas bulan,"

Aku : "Ohh dah nak setahun dah,"

Makcik : "Sebelas bulan blum berjalan lagi?"

Akak : "Tu la ni baru belajar duduk. Saya kecik kecik pun mak saya kata setahun lapan bulan baru berjalan,"

Makcik : "Anak acik yang lelaki tu sembilan bulan dah berjalan,"

Akak tu pun gi basuh pungkoq anak dia. Makcik tu cakap ngan aku. Kuat la jugak. Akak tu dengar aku rasa.

Makcik : "Selalunya budak lambat jalan ni otak dia tak berkembang, lembap,"

Aku nak je stapler mulut acik ni. Dah la cakap kuat kuat, buat nya akak tadi tu dengar kan majei,

Aku : "Hahahaha (gelak awkward) kang akak tu dengo kecik ati dia cik,"

Makcik : "Ye betui anak acik yang pompuan tu pun lambat jalan, orang marah dia duk tuli je. Belajar pun bengap. Tu yang acik perati la,"

Speechless kejap. Akak tu datang balik. Duk sembang sembang pumpang pumpang. Aku plak nak tuka pampers Adam.

Makcik : "Ni anak sulung ke?"

Akak : "A ah cik,"

Makcik : "Awak tak bersenam ke?"

Akak : "Tu la cik bab bab bersenam ni saya payah sikit,"

Makcik : "Makcik anak dah empat tau,"

Seriouslyyy cikkkkk perlu keee. Tak patut betul la. Cakap ikut sedap mulut je. Cuba la amalkan kalau takde mende yang nice untuk ko cakap, KO DIAM.

Macam macam jenis orang la. Aku yang dengar sambil cucui bontot Adam pun pening. Kalau aku la jadi akak tu kompem sentap wei tak tipu.

Masa gi kenduri ritu pun aku pernah gak sentap. Adam dibawa lari oleh pakcik pakcik yang eksaited, sebab tu anak aku. Aku bongsu kot. Cam tak sangka la cite dia kalau aku ada anak.

So bersalam salaman la ngan pakcik sepupu sepapat. Sampai la jumpa sepupu ni.

"Comelnya perut," Sambil pegang perut aku.

"Kak saya dah beranak dah kakkkkk,"



Dan selepas itu aku termenunglah aku sambil duk refresh balik pale otak mana aku letak bengkung aku.

Tsk.

Kawan, kau kuat.

Sebenarnya aku terpukul bila terbaca entri yang menyayat hati tadi. Bila aku baca aku terfikir.

"Macam mana kalau aku berada ditempat dia? Boleh ke aku jadi sekuat dia?"

Hidup dengan anak tanpa suami bertahun tahun. Tengok anak bagi makan minum jaga didik dan sampai suatu masa anak kau diambil orang tanpa rela. Eh ade ke orang rela bagi anak sendiri?

Kisahnya bila bercerai. Kau kena hadap perasaan bila bangun tidur, kau terus belai anak kau. Bila satu masa bapak dia amek hak penjagaan anak, kau cam tak mampu nak lepaskan. Gila ke kau yang beranak kot. Ingat semudah tu nak bagi?

Ada yang bila dah bercerai, ibu terpisah dengan anak anak. Perkembangan anak hanya mampu dipantau dari jauh. Makin lama makin pudar, rindu pula semakin mengetat. Anak yang keluar dari rahim kau, penat diteran dan nyawa pun antara garis hidup dan mati pun dah mula membenci diri kau. Mungkin sebab hasutan? Wallahualam.

Kita berserah jelah pada Allah. Anak tu mungkin masih belum baligh, tak mampu nak berfikir dengan waras. Nanti dah besar dia dah boleh fikir sendiri, si bapak pandai pandai lah nak jawab ya.

Tapi yelah. Tuhan yang mencorakkan kehidupan kita ni. Dia dah tentukan mana baik mana buruk untuk kita. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Tu yang aku percaya dan tu la yang aku pegang sampai sekarang walau macam mana sedih pahit pedih pun, tu lah yang aku pasakkan dalam jiwa. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Kalau pun perkara yang terjadi tu menyesakkan dada sekali pun. Ada hikmahnya dan mungkin aku pernah tersilap atau menyakiti.

Sebab tu sampai sekarang aku masih berdiri. Orang mungkin kata aku gila. Baling lah beban macam mana sekali pun aku masih tak tumbang. Sampaikan aku terfikir,

"Takde perasaan ke aku ni?"

Ya Allah terima kasih kerana memberi kekuatan kepadaku sebegini rupa. Terima kasih kerana masih menyayangi aku.




p/s : Entri ni takde kaitan dengan aku. Cuma cuba berada didalam kasut seorang kawan. Yes. Sangat menyedihkan.

27 March, 2015

#ProjekHelloKitty : DIY Changing Pad Pouch

Kemaen semangat aku dengan #ProjekHelloKitty aku malam ni. Aritu jahit wrap macam tahi. So aku sedar sebenarnye menjahit ni kene banyak bersabar. Baru cantik. Kalau tak sabar memang huduh la hasil dia. Cam wrap aku zzzz tapi no choice la aku nak pakai cepat. Hahahaha tak nampak sangat pun sakai dia. Ok la comel pe wakakkaka asal Adam selesa ye dak

Ha! #ProjekHelloKitty aku kali ni ialahhhh jengjengjenggggg! Baby Changing Pad Pouch! Gittewww

Beg aku beso. Kalau aku jalan sensorang memang aku malas nak bawak diaperbag. Kalau ade laki aku yela. Kat mana nak pegang handbag kat mana nak pegang diaperbag sebesar alam. So konklusinye campak la pampers, segala krim minyak yuyi bagai dalam handbag. Mak mak sangattt kakakaka


Setiap kali laki aku tengok bag aku mesti dia bebel pekemende beg cam tong sampah tapi aku takde choice laaa haha aku try dah letak dalam plastik tapi haram hampeh jugak ghopenye. Pastu ko bayang changing pad yang memang da free siap dalam diaperbag tu pun aku isi dalam beg haha mana laki aku tak paneh. Hahahaha


Aku search gak kat insta hambek ko mahei nak meninggei sampai RM60 gile ke hape tak best langsung. Tak sior aku nak kua duit banyak cenggitu hnssffff. So aku pun bertungkus lumus membuat sendiri. Aku start pukul 11 malam.Siap kul 2 pagi. Hambekkkkk.

Tersalah sikit aku bukak balik jahitan. Pastu jahit balik. Takde la kemas mana tapi better la dari wrap bodo aku aritu. And untuk beginner (eceh) cam aku ok la ghopenye kan nama pun second try haruslah cam tahi kan. Kang aku da tererrrr haaaaaaa langsir siapppp.

Aku rasa pasni aku mesti ade hobi baru. Kumpul kain comel comel. Kumpul kain, butang comel comel. Beli snap gun, beli bobbin banyak banyak. Foot machine kahkah. Zip haaaaa. Kene pikir ni camne nak simpan sume bende tu nanti kat rumah sendiri. Kena pikir awal awal ni since aku pun dah ade hobi baru. Kakakakaka




Okay lah ni la hasilnya. Aku tak sempat nak amek gambar nak buat tutorial sebab eksaited sangat nak cepat siap. So aku ingat nak buat lagi nanti nak hadiahkan kat seseorang. Jengjengjengggg. Ha tang tu aku buat tutorial naaaaa.

Boleh muat empat bijik pampers atau pun dua bijik pampers, dan sepasang baju. Yang kanan skali tu velcro tempat letak minyak yuyi ngan krim bontot Adam. Krim Adam beso so nanti aku nak transfer kat botol kecik beli kat farmasi japgi.

Kos? RM3.90 sahaja KAHKAH JIMAT RM56.10 wei hahahahhahahaha cuma perlukan habiskan masa beberapa jam je ngan kekuatan mental dan fizikal nak hadap mesin. Pasai tu la aku beli mesin Hello Kitty so aku pun happy nak jahit and feeling feeling cute sentiasa miahahahaha


Lebih kemas khennnn.


Btw yang sebelah changing pad tu nursing cover aku beli kat insta shop. Bila aku perati balik la mende nye aku pikir boleh je nak buat sendiri membaziaq je kahkah ok la fine la mase tu takde mesin jahit kan so dimaafkan la. Ala lagipun aku pilih je, Iput yang bayo. Hadiah baby newborn la katenye. Kikiki

Tak sabau nak show off kat mak hasil keje tangan aku yang lawo bebeno ni. Skafi aku la nak puji diri sendiri kahkah bye

25 March, 2015

DIY BABYWRAP DAN AKU BELI SESUATU! ^_^

Aku beli sesuatu... Jengjengjenggggg

Yeszaaa mesin jahit Hello Kitty dah berjaya di grab oleh seorang Eny! TAHNIAHHHH KAKAKAKA

Punya la hepi kemaen. Beli kat spotlight sabtu lepas ngan laki aku. Sampai je Spotlight IPC tu, terus pegi kat area mesin mesin kannn. Mata melilau lilau tak jumpa. Hati dah resah wuu da habes ke aaaa rupanya deme letak kat rak lain hantu betoiii. Saspen jeee T____T

Still, budak yang tak reti ajar tu yang ajar aku pakai mesin ni. Tapi terer dah la gak sebab leh ajar aku guna butang. And tau la function function sikit sikit better than hari tu cam zero je.

Memang seronok la aku kannn. Yes hari tu kemaen eksaited siap beli kain tak sabar nak buat babywrap.


Sebelum buat berkobar kobar dah siap macam tahi rupanya tapi peduli apa aku asal boleh pakai kahkah

Okay ni hari lain k. Aku bawak mak aku jalan jalan gi sopim kat Jusco Bukit Raja. Aku baby wearing jewwww


Acah acah tanak pandang kamera kahkah

Seriously sedap gileee pakai menatang ni tak tipuuuuu. Selesa ya amatttt. Aku tatau la sampai uma bape Adam boleh ku sumbat dalam bende ni since budak kenit ni pun dah 5kilo beratnyaa (masa dua bulan) now da nak masuk 3 bulan semakin baqhang!

Babywrap pesen ni leh tampung 7-8kg sahaja so aku rasa tak lama aku dapat merasa pakai bende ni. Haiii napela aku tak pakai awal awal dulu. Tsk

Kene ada baby baru ni. Eh.



IKEA CHERAS OPENING IN 2015


Teringat dulu masa keje kat Soil lab Cheras dulu. Kemaen eksaited bila dapat tahu IKEA nak bukak cawangan kat Jalan Cochrane, Cheras. IKEA Paling besar kat Malaysia tuuuu. Time tu memasing berangan nak shopping la ape la kahkah

Last last kene berenti keje. Hantu betoi.

Aku meluat la ngan politik kampeni ni. Dah la nak berentikan orang tak bagi notis. Keji gile. Awal bulan 1 nak berenti kan ko, tengah bulan doblas baru nak kabo. Kejamnyeeeee.

Okayla kan cam yang dah confirm ni dapat la duit pampasan. Yang tak confirm tu blah bodo je. Cam Wani ngan Azuin lagi kesian. Dah confirm tapi tak dapat surat lagi. Pastu surat kena tarik sebab nak kena berenti. Supervisor aku pun sama bengap menyusahkan orang. Patutnya orang tu dah lama dah confirm tapi dia punya pasal lengah lengah keje orang confirm lambat. Aku pun kena camtu jugak. Selfish!


Okay cite pasal IKEA. Diorang nak bukak cawangan kat Cheras. Gila babas best la kalau aku keje lagi sedap je nak beli barang ni asyik asyik gi Low yat, gi Pavi la KLCC la weh bunyik cam blagak gila musibat wakakkaka tapi tula hakikatnya dari lab aku nak gi low yat 8 minit je kahkah

Sekarang ni da berenti keje tobat la nak gi Pavi T_____T

Aku dah nak masuk rumah baru. Macam macam IKEA hacks aku nak buat. Ko tunggguuuuu. Nanti aku hapdet kakakaka bye


Kisah Baby Wearing #1 : Meitai Girasol

Sabtu lepas aku pegi SPOTLIGHT. Jengjenggggjenggg. Aku gi ngan laki aku ngan Adam. Yeszaaaa im babywearing! Kahkah


Opkos la bukan aku punya. Brand Girasol kot (betol ke aku eja?) handwoven siap kalerful kelas gitew selesa toksah cakap lah. Tapi aku bawak sekejap je, pastu bertukar tangan ngan laki aku sebab aku nak kene bawak handbag lagi. Laki aku tanak bawak handbag aku sebab dia cakap handbag aku kali ni sangat gadis (padahal dia yang belikan zz) so terpaksa la handover si kenit ni kat dia.

Hadiah 1st Wedding Anniversary. Nak captured moment je attach gambo ni karang 10 tahun lagi baca balik blog boleh acah acah feeling laki aku bagi adiah enyberseri. Btw thanks abang muahahahahahhaah

Aku pinjam Meitai Girasol ni kat Aisyahrozi. Siang tu deme singgah uma mertua aku nak tengok Adam and nak bagi pinjam Meitai nak bagi kitorang try sebelum beli. Panjang berjela baqhang tapi selesa dia sampai Adam tidoq 5 jam lah dalam tu.

Kitorang gerak kul 11.30 pagi sampai kul 12.30 tengahari. Perjalanan tak kira la dia tido kan sebab dalam carseat. Ha start 12.30 tengahari tu dia duk dalam Meitai, kitorang jalan jalan, siap test mesin kat SPOTLIGHT IPC tu, jalan jalan dalam Ikea. Siap makan lagi dengan tenang. Dia maintain tidoq sampai la pukul 6. Wei! Okay 5.30 jam k fineee lah ko tak rase ke cam lama gilerrrr.

Seronok la dan enjoy gila jalan aritu. Puas sangat sebab kalau tak dia mesti nangis la ape la dalam stroller kan. Last2 laki aku terpaksa la ABAHWEARING KAHKAH


Ni lah gayenye abahwearing omg aku tak larat la nak bawak lama lama camni anak aku 5kg woi tah tah dah 6kg dah. Laki aku bawak dia camni lama betoi. Takyah dah la nak ngangkat dumbell ke bapak bell ke angkat jela Adam abang. Kompem berketak japgi.

Btw aku ade beli SESUATU. Cehhh sesuatu sangatttt.

Aku nak tidoq! Sok aku cetaaaaa! Bye

20 March, 2015

[Video] : Aisyah BFM kupas Hudud di Kelantan : SERIOUSLY?

 
Sape dah tengok video pasal hudud? Pompuan tah celah mana tah seronok nau buat video pasal hudud. Tu la aku nak kate bengap, belajo tinggi dah. Aku tak paham betoi la ape motip ang buat bideo cenggitu tak sensitip langsung. Tak rasa bersalah ke?

Aku cte ni bukan sebab aku ni sokong pas ke aku sokong bn ke sokong roket ke tu hal aku la nak sokong ape kan kan cite skang ko tau tak hudud tu datang dari mana

TAKDA NASIK LEMAK, TAKPE HUDUD KAN ADA? Apemendeeeeeeeeee



Ke senanye ko yang cuak ngan hudud? Tah sape tah share insta dia sambut valentine. Aku syak dia sendiri cuak la tu pasal beria tak sokong.

Masalahnya ang tak sokong lantak ang la tu masalah ang tapi cite skang pi wat video tayang kebodohan diri sendiri pasaipa

Yang komen video tu pun sama bengap kemain cakap 

"minah ni kalau aku jumpa aku rogol berkali kali, berani dia hina islam!"

"_______ (isi carutan sendiri) betul minah ni. Ni kapir laknat ni"

Kot ye pun beragak lah ko duk maki orang kapir laknat ko komen pun macam orang takde iman ok boleh pegi meninggal ko pon sama dua kali lima

Spotlight IPC!

Selasa lepas aku gi spotlight baru bukak kat IPC (ok sebenarnye kelmarin aku pegi jugak) tapi semalam aku pegi ngan mak mertua ngan akak ipar aku.

Tumbok muka mama kangggg 

Spotlight tu aku syak berantu la asek menghantui kepala otak aku ni je. Rasa cam nak belek satu satu barang kat situ tapi memandangkan Eny yang sekarang bukan lah Eny yang dulu maka dengan itu kita padamkan jela laju laju hasrat nak membelek tu k.

Sesampai je anak aku tido. Lama gilaaaa siap aku boleh sopim baju laki aku, baju anak aku kat Brands Outlet ngan Padini yang sale gila gila gila murah nak meninggal aku pun kuries pehal murah nau sua sampai RM9 seriously cam pelik tapi tu la dia hakikatnya aku telah meng-grab sweater adam, kemeja adam dua helai, seluar Adam, ngan onesie. Bapak dia pun dapat baju 3 helai. Aku? Hnssf.


Tu la da jadi mak orang nak shopping untuk diri sendiri pun lupa. Padahal banyak kot baju murah murah RM9 pun ada tapi aku sehelai pun tak beli. Pelik gile.


Sampai je depan spotlight anak aku dah nangis. Dia tido lama jugak 3-4 jam atas stroller yang aku rasakan power jugakla. Menyusulah depan kedai Spotlight tu ade kerusi. Eh hellooo aku pakai nursing cover okkkk. Malu wei tayang merata so kite bertutup tutup la so orang pun tak sakit mata anak pun kenyang. Khennn



Aku nak beli mesin jahit Hello Kitty sebenarnya sebab ade diskaun so jadi RM759 murah gile kalau tak RM899 kauuu. So belen dia bole la beli tapak beso mesin tu tapi aku tak dapat beli sebab pikir pikir camne nak bawak? Zz

Lagipun pekerja Spotlight tu semua tak tau nak ajar pasal machine tu. Semua cam blur blur.

Aku : Dik semua pattern ni palai satu jenis tapak ke dik?

Adik : A ah kak satu je untuk semua kak.

Aku : Abes tu kenapa dia bagi tapak tapak yang lain ni?

Adik : Oh saya pun tak tau kak belum belajar lagi 

Bertuah punya budak jawapan tak pikir masa depan betoi hahaha aku cakap la takde sape ke boleh bantu awak terangkan kat aku dia kata kat sini dia sorang je yang tahu pasal mesin. Adik ni betul betul wat akak tak kering gusi kahkah tapi takde la kelakar sangat aku pelik camno aih manager dia boleh lepas tangan gitu je. Transfer la sorang dari Spotlight Ampang yang tahu pasal mesin kat sini. Ni biar bodo bodo camtu je tu ok la kalau aku yang tanya. Buatnya orang yang fussy sikit yang acah acah "PANGGIL MANAGER YOU" tak ker pening. Apekemende la

So cte dia skang tak beli pun mesin. Nak gi beli esok hopefully dapat la seketui tak sabar nak jahit baju raya Adam hahaha



Bye

19 March, 2015

Help me!

Peh lemau gila aku pagi ni. Malam tadi Adam tak bape nak tido sangat. Aku perasan gak apa sebabnye. Dia skang tengah explore tangan dia. And tengah  try nak belajar isap tangan sendiri. So bila terjaga je time tido dia sungguh sungguh nak masukkan tangan dalam mulut. Bila tak berjaya, nanges. Hnssff


Cite skang ni aku cari gak pasal isap jari. Ade orang cakap habit hisap jari lagi susah nak ilangkan daripada habit hisap puting. Ade gak yang cakap isap jari ni bagus, jangan halang baby isap jari sebab dia bagi otak baby berkembang tapi kalau da lebih dari 2 tahun dah tak elok sebab takut jongang, and susah bercakap. Pastu takut jadi low self esteem sebab kawan lain tak isap jari dia sorang je isap. Ha gittew

Masalah nya senang ke nak stop habit isap jari ni? Selogiknye la kalau puting ko boleh lagi la nak sorok. Kalau tangan? Ape mende la kejap nak bagi kejap taknak bagi heiiii paneh beteiii

Malam tadi dalam kul lima aku cam lesu dah tak larat dah nak angkat budak lima kilo ni. Kang terjatuh kang ape pon tak dapat. So bila dia da tido, aku bedung so lepas bangun dari tido dia takde la isap tangan. Tapi ternyata aku gagal. Walau cmane bedunh pun dia akan berjaya keluarkan tangan gak.


Okay kesimpulannya, nak biarkan dia isap jari, or halang?

HELPPPPPP T____T

18 March, 2015

Happy 1st Anniversary Eny dan Zelo!

Ahad lepas 15 March anniversary aku ngan laki aku. Tak sangka dah 2 tahun gila punya cepat masa berlalu. Rasanya cam baru je pas sanding aku ingat lagi time tu. Happy sangat setelah bertahun tahun aku menunggu saat tu kahkah 


Aku masa bujang dulu, since sekolah lagi aku salu terpikir. Aku ni akan kawen ke? Ade rejeki zuriat ke? Ade ke orang nak kat aku yang berkerak pat lapis ni

Aku kenal laki aku kat blog. Aku ingat agi dia update pasal driver pompuan tak reti bawak kete la apela aku ingattt.


And aku ingat lagi masa festaim aku add dia kat fesbuk aku panggil dia pisol. Rupanya Pisol tu nama pak dia kahkahkah dan rupanya Pisol tu nama pak mertua aku skang ahahahahHa omg miracle nyahhh

Aku kenal laki aku time ade futsal gathering blogger tahun bile eh 2010 aku ase. Ok la aku bukan nak kata laki aku ensem (muntah hijau) tapi kena la ngan mata aku sedap le mata (AKU) memandang ye dak.

Masa festaim jumpa tu aku hu ha hu ha la ngan Ayong, Een, Khairil Afzal, Andyhowt, Nurull.. Ramai lagi!

Pastu Ayong tanya aku, weh Zelo adaaaaaa. Aku cam yeke ade ke oh yang mane satu pastu dia tunjuk la secara rawak orang yang pakai jersey putih ngah main futsal. Aku cakap oo tu ke okkk.

Aku tak heran pon sebenarnye sebab aku busy jual keychain. Banyak gak hasil jualan aku aritu wkaakakka 

Padahal sebenarnye yang aku tengok tu bukan zelooo tapi orang lain! Kahkah bengap kuasa dua betoiii

Dari sebelum tu Ayong pna cite kat aku yang uma zelo area uma sewa ayong. Aku ni rajin lepak uma sewa Ayong tu. Ayong cite la pak Zelo ni ustad la ape la aku cam nahhh tak kisah la sebab aku tak pernah kenai pun muka dia sebab Zelo tak pernah upload gambo muka dia pun kat tenet.

Zelo pernah buat contest kat blog dia, suh puji dia melangit pastu dapat adiah apa aku tak ingat. Kemain aku buat post tapi aku tak post pun sebab da terlambat. Kan aku tak pernah tengok muka dia kan. Aku bayangkan Zelo tu kurus, pendek, hitam. Hahaha! Ok ni post nye gigih aku cari balik dalam blog lama omg kahkah

Posting yang aku buat ni khas untuk encik Zelo yang aku tapasti dye ni pompuan ke laki. Name manje tapi muka gila ganas. Aku tatau asal usul dye. Makanan feberet, kenangan manis, warna kegemaran, tempat kelahiran serta pukul berape dye dilahirkan.

*hah, bapak skema ayat aku*

Zelo.. Zelo.. Zelo..

Hahaha. Aku teruja bila aku bukak blog Zelo si gebu ni tetibe terbaca pasal contest ni. Dan terusin aku twit dye ; aku nak join.

Hahahaha. Bertambah tambah nafsu shahwat aku nak menaip tentang mamat nih. Siyes.

Walaupun segala gala yang akan aku taipkan nanti palsu palsu belaka ; tapi sumenye ikhlas dari hati, dan perasaan.

Zelo, terlebih dahulu aku nak mintak maaf kalau aku terkasar bahasa, terlepas kata, tertipu, terngumpat, terberak atau ape ape yang berkaitan dengannya. Aku tengah excited ni.

Zelo. Aku tak pasti raya lepas aku da mintak maaf aku da mintak maaf ke blom. Aku tak sampai hati nak tipu kau lagi sebab t berdosa. Tapi aku terpaksa.

Zelo. Zelo. Zelo.
Kau jambu. Sumpah kau jambu. Even aku tak pernah tengok muka ko weh. Haha bila ko twit aku mesti aku cam menggulupur nak balas. Perghhh kerana ko zelo. Aku sanggup.

Zelo. Zelo. Zelo.
Kau berjiwa wanita. Comel. Bergaya. Kacak serta sweet gila. Dulu, setiap kali aku cuba untuk membayangkan muka kau mesti aku jadi mengidam nak makan sup tulang. Skang, bila aku tengok gamba ko terus aku hilang selera makan. Kalau aku makan je kompem aku berak aku lawas. Sekaligus berat badanku turun. Thanks uh. Ko selamatkan aku. Aku rase berat aku yang turun sebanyak 4 kilo tu sume adalah disebabkan kau Zelo ucuk ucuk. Ko baik, comel serta hensem. Terima kasih.

Zelo. Zelo. Zelo.

Aku tak ske tengok tv, dengar radio + sebagainya. Aku tatau isu semasa. Sume aku tatau. Bila aku masuk blog ko yang pelbagai ; perghh aku rase cam happy gila babi ayam tapir monyet. Pasal mak nyah geleber, pasal tudung lekap tudung lingkup la. Sume aku dah tau. Bila nak bulan posa aritu aku cam lupa gila camne nak niat puasa untuk sebulan. Bila aku bukak blog kau baru la aku ingat. Time merdeka aritu Sume nye pasal blog kau. Wah terharu nya aku.

Zelo. Zelo. Zelo.
Hensemnya kau. Wah. Muka kau iras iras Sudin dalam cite P.Ramlee tuh. Aku ske sudin. Kurus gila gila kering punya ah. Style makan 15 kati beras pun takde hal. Belum cite lauk agi. Aku ske. Aku ske sangat.

Zelo. Zelo. Zelo.

Aku banyak berkorban untuk ko dalam diam weh. Ingat tak dulu time kita beratur nak guna toilet? Walaupun aku dah terdesak gila nak melabur ; aku still bagi ko guna dulu.

Ingat tak dulu zaman ko tak sunat agi. Aku yang semangat tegar kat ko kate takde mende takde mende cam kene gigit semut je. At last sekarang ko dah sunat. Dah leh kawen dah.

Ingat tak mase ko kene sawan dulu? Aku gak yang bawak ko gi spital. Tampar tampar muka ko bagi ko sedar. Ko ingat tak weh.

Weh ko memang serba boleh duh. Terketar ketar lutut aku tengok ko menari zapin dulu weh. Teruja aku.

Zelo. Zelo. Zelo.
Sekali imbas muka kau aku tengok cam Nabil, dua kali tengok cam Apek, 3 kali tengok macam Yassin Senario. Bila da sampai 4 kali je aku da tak sanggup nak tengok. Hensem sangat weh. Hensem. Aku ske aku ske.

Zelo. Zelo. Zelo. (aku copy paste, penat)
Sebenarnye mase zaman kita main guli same same. Aku ske kau. Kene ngan taste aku. Aku suke. Aku bukan sengaje nak reject kau dulu. Time tu kau duk belakang tiang. Aku tak leh beza kau ngan tiang. Sebab tu aku wat tak layan. Maafkan aku.


Zelo. Zelo. Zelo.

Sekali je aku tengok kau. Aku tau kau takde masalah sembelit. Sekali teran kua semua. Wane coklat ; ade cili cili sket. Aku ske. T an takde ah susah susah aku nak duk depan pintu jamban tunggu turn. Aku ske. Siyes aku ske.

Aku dah tak sanggup nak teruskan penipuan ni. Apepun. Aku nak mintak maaf tau. Aku usaha ni. Aku tak mampu nak miliki habuan yang ko beri tu dengan menggunakan titik peluh ku sendiri. Tutup contest ni cepat cepat tau. Tau tau tau.

Aku ; Siti Nurhaliza binti Tarudin eh eh silap silap. Siti Nur.. Err. Ape doh name aku haha lupa. Ah lantak ah ; dengan penuh risiko ; habiskan masa aku dengan menolak secara rasmi kerja autocadd aku khas demi kau. Posting yang aku buat selama beberapa hari ni sangat bermakna bagi aku ; aku harap kau pun ase camtu. Oh yeah Zelo gebu ucuk ucuk.

Semoga panjang umo murah rezeki. Tau!

p/s – posting kali ni tiada kaitan ngan hidup ngan mati. Hanya gurauan semata mata. Thanks!

WAKAKAKAKAKKAKAKAKAKAK

UCUKKKKK! Hahahahhahahahahhahaha omg dah la cam nak terkentut pedas aku baca mende ni weiiii sumpah kelakar HAHAHAHHA

OK LAST.

Zelo. Zelo. Zelo.

Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang pertama, terima kasih kerana menerima baik buruk seorang Eny dan yes ; Adam lah hadiah anniversary perkahwinan kita di tahun pertama yang sangat bermakna. Semoga kekal hingga ke Jannah. Amin


14 March, 2015

Status mak mak yang annoying

Bila baca status mak mak orang ni aku rasa cam depa ni bajet bagus je. Macam betui la depa ni semuanya. Orang lain semua salah.

Lagi lagi breastfeed mom kemaen riaknye la duk tayang susu melimpah ruah sampai tak cukup tempat nak letak dah. Diorang ni tak pikir ke ape perasaan orang yang tak dapat nak bagi susu badan sepenuhnya kat anak sendiri? Tak sensitip betoi.

Ank saya full bf baby alhamdulillah saya bagi yang terbaik buat anak saya bla bla bla zz ko x pk ke btape terkilannye org yg x dpt bf anak dia bila baca status ko tu? Tu ok lagi.

Satu hal lagi pesen suke kondem orang yang bagi susu formula. Ingat orang tu suka suka je ke bagi anak dia minum susu formula. Masing masing ada sebab masing masing kenapa diorang bagi susu formula kat anak diorang (except yang memang taknak bagi tu lain cetaaaa)

Skati ko je nak cakap anak orang minum susu lembu so jadi la anak lembu ok sangat koajaq ko ingat ko kecik kecik dapat minum susu badan sepenuhnya ke (kalau dapat alhamdulillah) yela zaman dolu dolu mana la ade pam ke ape ke kan. Keje lagi nak beso kan ko lagi so toksah la nak membinatangkan anak orang cakap guna otak weiiiiiii aduu tu pun nak kena ajar ke



Pastu yang FM mommy pun duk kondem orang bf baby londeh la ape la mulut pun sama celupaq toksah gaduh la susu tu susu ni hang tau mana yang terbaik untuk anak hang takyah pikir tang orang laaa.

Semua mak nak bagi yang terbaik untuk anak masing masing ikut kemampuan. Matlamat mak mak bagi susu ialah taknak bagi anak lapaq anak haus so pas minum susu anak kenyang happy gemok so selesai udah la gaduh gaduh pasaipa.

Kalau tang khasiat tu kira extra la yang penting matlamat nak kasi anak kenyang tu sama sama da kecapi (eceh) so bila mak bagi susu tak kira bagi susu apa pun untuk anak bagi anak kenyang happy gemok tido nyenyak tu means depa sayang la anak depa so apa isu bf mom ngan fm mom?

Masing masing taknak kalah nak jugak orang ikut kepala dia


Nak cakap orang malas la ape la dia da buat keputusan nak jaga badan taknak bagi susu badan itu dia punya pasal. Dia buat keputusan nak diet nak kurus sambil nyusu pun dia punya pasal tu semua hak memasing. Kalau dia taknak diet jaga badan pas beranak pun dia punya pasal juga lah. Memasing tau apa yang terbaik untuk anak memasing so tak perlu nak gado okkkk

Dah la aku nak mandi kang adam bangun terjaga tak masai aku masam kahkah

Bye

12 March, 2015

ESP dan Salmon


Tetiba bley plak aku amek gambar. Semalam beriya bagitau henpon dah penuh coi meluatnya laaaaa

Aku turun sat bancuh satu sudu ESP Shaklee ngan dua sudu milo. Air sejuk la tapi sebab Susu kata takleh guna air panas. Nasib ade shaker so takde la milo ketui ketui. Sedap!

Pagi ni kul 7 pagi da mandikan Adam. Sebab malam tadi tak mandikan dia lap lap je (aku lupaaa ampunnnn) semalam balik terus tido tak hengat duniaaaaa. Pastu bangun tido terus ajak laki aku makan salmon carpachio (betol ke eja) kat Jusco Bukit Raja. Aku pun hasut segala adik ipaq aku ikut skali. Seronok betoi.

Laki aku kalau gi Sushi King memang beli golden ball jelah takde mende lain. Tapi semalam dia tak makan pun sebab dia kenyang ke tak selera ke tah camne. Dia bawak lari Adam bagi can kat aku untuk nikmati Salmon.

Untuk pertama kali, aku makan salmon mentah. Rasa dia???? SEDAP! Hihi dulu dak lab salu kelam kabut ajak gi makan sushi king pastu taknak share makan salmon akucam peh sedap nau ke pastu aku plak time tu takleh makan sebab aku pregnant. No wonder laaaa sedap ropenyee. Ok boleh repeat kahkah

Di saat aku menaip blog, Adam masih nyenyak tidoq.

Cam biasa la gamba takde henpon bengap tuan pun same bengap hahahahha ape la pemalas sangat aku ni ok la japgi aku transfer la. Bukan betoi japgi hilang sume contact number ngan whatsapp. Hnnssfff


11 March, 2015

Eny bawak Adam jalan jalan!

Benci la henpon memory penuh takleh amek gambaq. Tension aku. Hari ni dalam sejarah kot aku drive sendiri lepas beranak bawak Adam. Gi sunway piramid ngan Kak Long ngan adik ipar kaklong.

Gambar takde kaitan ngan Entry.

Memula Adam ok la duk dalam stroller. Baik je senyap je tak nangis pun. Pastu gi makan kat kedai tah hape ke name, aku breastfeed dia kat situ. Yup bagi dia minum sebelum dia mintak. Dia hepi je.

Pastu letak balik dalam stroller. Baik sangat. Sangat behave senyap tak nangis. Pusing pusing gi sane sini gi asian avenue sampai masa dia dah start uh eh uh eh. Aku mintak izin berpecah ngan Kaklong sebab aku nak salin pampers Adam. Duk cari cari tukaqlah pampers bagai kan. Yes, cabarannya ialah lif lama nau. Sampai aku pikir ape la ke bengapnye Sunway pyramid ni canggih kemaen tapi tak leh guna semuanya? Eiiiii

Pas tukar pampers, aku bagi Adam susu. Pastu aku letak Adam dalam stroller. Dia uh eh uh eh sebab dia tak selesa nak muntah. Okay la aku BABYWEARING!

Guna apa???

GUNA TUDUNG PASHMINA  wakakakkkk lawo jugak takde la huduh nau. Sebab pashmina kan wane wani. Better than kain batik okkk. Hihi

Padahal mat saleh tu kemaen bangge babywearing anak dia guna kain batik. Kita je poyo cam indon la ape la kakakakak tapi ye jugak kang aku guna kain batik kang orang ingat aku bibik Adam dah la muka Adam cam muka laki aku putih plak tu beza nau ngan aku ni berkeraknye kompem orang ingat bibik la wakakakakkaa.

Tapi so far aku baby wearing dia.. Ok je. Senyap. Selesa. Bantu dia muntah gak kakakakakkaka. Abes tudung aku tapi takpela kalau nak bagi dia burp tu sikit punya susah. Dan akhirnya dia tertido di dalam dakapan ku KAHKAH



Tapi lenguh gak la badan. Masuk Popular nak perabih baucer buku Kaklong. Adam sedap tido. Skali auntie yang keje situ bising suh letak Adam dia kata takpe nangis nanti dia da biasa u pegang dia nak u pegang je. Maka dengan itu aku bukak la gendonganku meletak Adam kat stroller dan akhirnyaaaaa Adam MENJERIT! 

Amboi dia punya jerit auntie yang lemah gemalai tu siap pujuk tak ingat ha baru dia tahu penangan Adam kahkah memula tu auntie tu kata takpe biar dia nangis nanti paru paru dia kuat skali Adam nangis satu popular haru aku angkut Adam keluar Popular sambil ditenung semorang pastu ade akak ni tanye, "Dia haus ke?"

Ye la baru bangun tido. Air mata meleleh leleh. Nasib baby room dekat. Aku nyusu la sat. Lepas nyusu aku tuka pampers, pastu letak kat stroller. Senyap. Sampai balik. Dalam kete letak kat car seat. Pun senyap. Tak nangis pun. Sampai la umah. Terus bagi susu. Now da tido nyenyak.

Aku happy la senanye. But i need an extra size of bag lah kot sebab nak letak barang barang Adam sebab kalau aku sorang takkan la nak bawak beg banyak banyak kalau dengan pak dia takpela.

Seronok gi sephora siap leh belek belek sambil baby wearing Adam yang tengah selesa tido. 

Ok entry panjang takde gambar sebab telipon bodo penuh memori em yelah padahal aku yang bodo tak transfer lagi.

10 March, 2015

ESP dah sampai!

Kemain aku duk nunggu depan umah. Tak sampai sampai van poslaju naik fedap aku weiii.

Skali mak aku wasep


No wonder la. On the spot aku terasa bengap secara pukal. HAHAHAH TAHAP HAPE LAAAA.


Tadi baru amek kat umah mak aku. Aku beli kat Suaidah (Susu) Siap dapat shaker weii berbaloiiii. Aku tatau la bila nak start minum ni. Susu cakap kene minum sebelum sarapan atau sebelum dinner. Sesudu je boleh campur ngan apa apa air perisa.

Stakat ni aku makan Vitamin C, Zinc, Alfafa dan ESP!

Okay lah esok start. Hidup aku dan shaklee dah bermula!

Bye

Perangai Adam bila nak nyusu HAHA

Baru sedar malam tadi adam tak terbangun langsung.. Skali pagi nii hambek berak secara berlipat ganda.

Muka budak beyak banyak

Penuh gile pampers dia on thw spot sampai aku nak tukar pun terkua kua lagi. Bila laaa nak habis beyak ni nak oiiii nak gi jenjalan niiiii.

Cite pasal jenjalan, kawan aku si Aimi merangkap bespren aku mase tingkatan dua dulu nak kawen dah tapi dia nye kenduri kat Seremban. Memang wajib pegi la tapi

Masalahnya Seremban iz sangat jauh uols kalau nak bawak Adam dengan terbeyak beyak tak mengenal masa da ketika ni aku susah hati beno.

Adam sekarang memang duk dalam carseat tapi kalau dia nangis nak susu (i mean setiap dua jam bukan nangis sebab nak dipegang) aku terpaksa angkat dia which is ek eleh baik takyah pakai carseat hek elehhhhhhhh

Tapi better la than nothing kan. Orang kata kalau nak nyusu kene benti kete. Aku terpikir jugak buatnya la kita drive tetengah malam kawasan tu plak takde R&R acahane la kan? Nak menyusu dalam keadaan newborn terlentang atas carseat? Nehiiii

Bahaya okkkk.

Kalau nyusu dalam keadaan terlentang (guna botol susu la bukan tadah depan muka dia woi tu ko bayang la sendiri) sangat bahaya. Kalau tengah nyusu baby tersedak susu boleh masuk dalam paru paru pastu boleh jadi paru paru berkuman.

Dats y la menyusu ada caranya. Kene pangku sampai pungkoq. Pastu rapat kan perut baby ke perut kita. Pastikan mulut baby bukak beso beso sampai masuk semua areola supaya kita tak cedera(nipple tak melecet. Pedih wooo!) pastu ibu jari kat bahagian atas payudara, empat jari lagi bahagian bawah, pegang payudara buat bentuk C. Jangan pegang bentuk gunting (jari telunjuk dengan tengah) tu salahhhh.

Bentuk C tu nak slowkan susu kalau breast ang penuh sangat susu memancut mancut mulut baby kecik je kesian dia gigih sokseksoksek tu yang kadang kadang tersedak plus dia gelojoh pulak hisap kemain tak sempat nak telan dia hisap lagi sudahnya tersedak la terbatuk batuk. 

Adam memang gelojoh kalau lapau sangat. Dia punya perangai memang funny la kalau nangis kemaen tuuuuu nak susu terus senyap bila aku letak kain kat leher dia. Memang aku letak kain sebab taknak susu kena kat baju kan. Dia cam tau tau je ok ni da nak dapat da susu ni yeyyy!


Okay pastu aku letak kain.


Tapi kalau lambatttt..


Wakakakka!

Aku suka buli dia camni sebab aku suka tengok muka dia beriya tu. Pastu tercari cari jahatnya aku. Mak aku marah nau kalau aku hantar gambo Adam nangis kat group wasep.


Sorry mak. Hahahaha i iz tak tahan

Bye

07 March, 2015

Bahaya Homebirth!

Scary laaaa. Aku selalu bayangkan camne la homebirth ni cam best sebab ade gambar gambar kenangan. Sangat nice kan.

Aritu pun aku ada baca yang Ryehanna teringin nak homebirth. Koyak pun tak. Best je.

Tah camne aku terbaca satu blog ni tentang betapa scarynya pengalaman dia homebirth. Aku takde la paham nau istilah istilah medical yang dia guna tapi aku paham la yang dia cam menyesal ngan fobia pasal homebirth ni.

Baca ni :-

My true feelings regarding my home birth experience...

It has taken me over a year to fully understand my home birth experience. Zinn is now 16 months - walking and running - babbling - typical toddler! I've had a lot of time to just sit down and think about my birth. The biggest part was finally getting my medical records from my pregnancy, labor, and birth with him. That was the missing link in my healing process. It took me months to get them - complete with melt downs, tears, emails, house visits, phone calls - but I got them.

On December 2nd, 2014 - my photographs from my home birth were released for the world to see. Along with those photos? My birth photographers perspective on my birth. Yes, yes, yes! I gave permission for her to release them. I didn't know what she was going to write. I thought long and hard before letting her release them - I knew it would create a stir. I wanted her to have the spot light though because she's very talented and wish the best for her. My original plan was to not engage in ANY of the comments. But that didn't last long before I was sucked into them. And before I knew it, I found other amazing moms who felt like I did.

Link to the Pop Sugar Article:

http://www.popsugar.com/moms/Photographs-Home-Water-Birth-36203103#photo-36203103

I am NOT happy with how my home birth went. It was awful. Horrifying. Scary. Traumatic. Worst day of my life is a huge understatement.

My baby almost died. I almost died.

I did not walk away from my birth feeling like a 'birth warrior'. Multiple people at my birth kept calling me that. I did not walk away feeling empowered or womanly. No one at my birth was a hero. I was not brave.

I was misled, lied too, and manipulated. Informed consent? Hah. I wish.

I left my birth feeling broken, beaten down, cheated. I felt like no one there really cared about the most important thing: my child's safety and well-being.

I went into my home birth wanting that picture perfect birth - just like all the other home birth photos showed. I wanted to be that pretty momma - laughing during labor - sitting in the pool looking glamorous and happy. I really thought I was doing the best thing for my baby. I was told that it was safe. That I was low-risk. Nothing bad could happen because we TRUST birth. And if something was to come up, we would know about it hours before - plenty of time to get to the hospital! I did everything right!

1. Have a home birth! Check!

2. Go to the chiropractor! Check!

3. Hire a doula! Check!

4. Eat healthy. Take herbal supplements. Check!

5. Do Spinning Babies every day. Check!

6. TRUST BIRTH! Check!

I had concerns the last month that were brushed off. I was told and taught to 'trust birth', 'trust your body', and 'your body can't grow a baby too big!'.

My labor was rough. I cried through most of it. Might have screamed and yelled some. I can't remember. I remember the pain of the contractions and how I just wanted it to be over with.

My baby was born in the brow presentation and he also had shoulder dystocia. It was not a pretty birth. It was not glamorous. My bathroom floor was flooded with meconium stained water and baby poop. My baby was born lifeless and limp. It took them almost 9 minutes to get him out of me. During all of this - I had NO idea what was going on. I had no idea he was stuck and that this was an emergency. No one was monitoring my vitals or his. No one was trained for this type of emergency. FUNDAL PRESSURE was used on me. 911 was not called until he was a minute old. The first thing that was said, "There is no heart beat, I don't hear a heart beat." Then the next thing was, "Listen HARDER!"

He was taken from my bathroom into the ambulance when he was 6 minutes old. Weak pulse, still limp and lifeless, still not breathing. I didn't know how he was until several hours later.

Yes, my son is okay today. He's a fireball. A burst of crazy energy. Drives us insane but always has us laughing. No, I will not continue to think everything went okay and no, I will not just 'get over it'.

But just because my son is okay, does NOT mean that my home birth was okay. Or that anyone at my birth was a hero. No one saved my baby. No one saved his life. They only RISKED his life.

My biggest regret in life? Being at home for birth. There is not a day that goes by that I do not thank my lucky stars for him being here.

You may see those laughing mamas in labor at home - all those smiles at their home birth - but when things go wrong, it goes downhill REALLY quickly. You might be 'low risk' one second and 'high risk' the next second. And that oxygen tank? It won't get you very far. You are not just 'down the hall' from an operating room. You don't have a neonatologist in the next room. You honestly don't have anyone qualified for an emergency next to you.

I have nightmares about my birth. I think about it constantly. It consumes me. It has changed who I am as a person. I was told that my 'weak pelvic floor' caused everything to go south during my labor. Now I'm left with the added guilt of my own body causing his horrific birth. I saw the ugly side of birth. I was part of an ugly statistic that someone has to be. We shouldn't trust birth, we should respect it.

"Brow presentation is the least common of all fetal presentations and the incidence varies from 1 in 500 deliveries to 1 in 1400 deliveries."

"The incidence of shoulder dystocia is generally reported to be between 0.5 % and 1.5% with scattered reports listing values both higher and lower."

I am constantly having to remind myself that my body did NOT fail me. My body is okay. Birth is just about luck - making sure all the stars align perfectly.

I wanted a fairy tale - picture perfect birth. I invested thousands of dollars into it - along with hundreds and hundreds of dollars into a photographer - and I walked away feeling like a failure. When trying to reach out to other moms, I get told to stop fear mongering or using scare tactics. I get banned or shunned in a community that I used to believe in and fight for. I won't stop talking or warning others though. I don't want another person to make the same mistake I did.

Birth Stats: 9 lbs 14.5 oz and 22.5 inches long

I almost had that fairy tale birth ....

But I didn't ...

Here's the picture I was looking at, while at home, separated from my baby. This photo is referenced in the Pop Sugar blog above. I've had numerous people tell me that he looks like a stillborn baby here.

Instead we landed ourselves in the NICU... surrounded by amazing doctors and nurses and staff. These were the people that picked up the pieces of my birth. They cared about his well-being and health. They were the ones by his side 24 hours a day. They were the ones comforting ME and letting me CRY on their shoulders. They are the true heroes here.

I do not want to be the poster girl for home birth. Please don't make the same mistake I did.

I'm so glad he's here.

All professional labor and birth photographs are taken by In Bloom Photography. You can view her work here: http://www.inbloomimages.com/

Updated Picture of my son is taken by Kensie Lee Photography. You can view her work here: http://www.kensieleephotography.com/

EDITED TO ADD: 
Wow. I am a little bit stunned and shocked that my story of my homebirth has taken off like this. 

Please remember that I am a mom to five children and do not have a lot of 'free time' to comment back. I have been reading and hope to catch up eventually. My inbox is being flooded with messages from other mothers who have had traumatic homebirths and hospital births. I have said this over and over: Traumatic births can happen in any setting. It is reality. We can not just ignore or delete the traumatic home birth stories. 

I feel like I should clarify something. Yes, I regret my homebirth. Yes, I do not want anyone to make the same mistake I did. But I am not anti-home birth, I am for SAFER homebirth. 

And due to the overwhelming amount of messages I am getting, I have set up a Facebook page for support and awareness. 

https://www.facebook.com/homebirthlossandtraumasupport 

This page is dedicated to supporting those who have experienced a loss or traumatic homebirth. I am a mom of five, and I recently experienced a horrible shoulder dystocia during my son's homebirth that nearly killed us both. After my story went viral, there was an outpouring of support and tragic stories from moms just like me who were too afraid to speak out. If you or someone you care about has had a similar experience, or if you are as concerned about the risks of homebirth as we are, please join this page and help us raise awareness of what can really happen at homebirth. 

Please feel free to 'like' the page and pass it along. 

Credit : http://amartin030.blogspot.com/2015/01/my-true-feelings-regarding-my-home.html?m=1

------

Scary kan?

Bila aku terfikir, betul jugak. Beranak ni high risk. Kita tak tau ape akan jadi. Akan ade komplikasi atau tak. Semua tu bergantung pada rejeki memasing ye dak.

Buatnye ade masalah. Then jadi camni tak ke haru. Kelam kabut weiiii. Mende kaitan ngan nyawa. Ingat mainan ke nak buat main. Ko da angkut kehulu kehilir 9 bulan kemain tunggu dia nak keluar pastu jadi camni kalau aku pun aku fobia.

Better la beranak kat spital. Takpe la spital gomen pun "takde katil duk hadap nak beranak tunggu la time kat atas kerusi cam tunggu turn no kat bank berderet menanggung sakit jalan terkengkang kengkang pun takde orang kisah sampai ko betul betul nak beranak baru naik atas katil panggil suami pastu teran pup! Settle" daripada ko beranak kat umah to have a wonderful moment la kononnye habis beribu riban hire photographer siap tapi high risk! Scary sangat!

Memang kita dah check semua nye okay tapi kalau Allah nak bagi la dugaan tu, jadi jugak. Mungkin dalam 10 homebirth, satu je problem camni. Tapi takkan ko nak jadi yg satu tu kan? Mende ni tak jangka okk. Takut!

Yes beranak spital pun highrisk jugak but still if ade apa apa komplikasi, ko ada kat HOSPITAL. Doctor pun ramai. Nurse pun ramai. Equipment complete! Sebab ko pun takkan tau apa jenis komplikasi yang ko akan dapat. Setiap labor lain lain k. Kita cuma hanya berdoa agar semuanya selamat. Tu je.


Tu tak bermakna aku cakap "ok ko beranak akan ade komplikasi okk so beware" eh takkk. Aku kata, baik fikirkan keselamatan anak dan diri sendiri. Fairy tale labor bagai tu untuk kepuasan je dan akibatnya ko tanggung seumur hidup cam orang ni. Gila kalau aku sampai bila bila aku akan rasa bersalah kat anak aku sebab sendiri kepuasan anak hampir mati kot. Seriously..

Nauzubillahhhhh T____T