11 March, 2015

Eny bawak Adam jalan jalan!

Benci la henpon memory penuh takleh amek gambaq. Tension aku. Hari ni dalam sejarah kot aku drive sendiri lepas beranak bawak Adam. Gi sunway piramid ngan Kak Long ngan adik ipar kaklong.

Gambar takde kaitan ngan Entry.

Memula Adam ok la duk dalam stroller. Baik je senyap je tak nangis pun. Pastu gi makan kat kedai tah hape ke name, aku breastfeed dia kat situ. Yup bagi dia minum sebelum dia mintak. Dia hepi je.

Pastu letak balik dalam stroller. Baik sangat. Sangat behave senyap tak nangis. Pusing pusing gi sane sini gi asian avenue sampai masa dia dah start uh eh uh eh. Aku mintak izin berpecah ngan Kaklong sebab aku nak salin pampers Adam. Duk cari cari tukaqlah pampers bagai kan. Yes, cabarannya ialah lif lama nau. Sampai aku pikir ape la ke bengapnye Sunway pyramid ni canggih kemaen tapi tak leh guna semuanya? Eiiiii

Pas tukar pampers, aku bagi Adam susu. Pastu aku letak Adam dalam stroller. Dia uh eh uh eh sebab dia tak selesa nak muntah. Okay la aku BABYWEARING!

Guna apa???

GUNA TUDUNG PASHMINA  wakakakkkk lawo jugak takde la huduh nau. Sebab pashmina kan wane wani. Better than kain batik okkk. Hihi

Padahal mat saleh tu kemaen bangge babywearing anak dia guna kain batik. Kita je poyo cam indon la ape la kakakakak tapi ye jugak kang aku guna kain batik kang orang ingat aku bibik Adam dah la muka Adam cam muka laki aku putih plak tu beza nau ngan aku ni berkeraknye kompem orang ingat bibik la wakakakakkaa.

Tapi so far aku baby wearing dia.. Ok je. Senyap. Selesa. Bantu dia muntah gak kakakakakkaka. Abes tudung aku tapi takpela kalau nak bagi dia burp tu sikit punya susah. Dan akhirnya dia tertido di dalam dakapan ku KAHKAH



Tapi lenguh gak la badan. Masuk Popular nak perabih baucer buku Kaklong. Adam sedap tido. Skali auntie yang keje situ bising suh letak Adam dia kata takpe nangis nanti dia da biasa u pegang dia nak u pegang je. Maka dengan itu aku bukak la gendonganku meletak Adam kat stroller dan akhirnyaaaaa Adam MENJERIT! 

Amboi dia punya jerit auntie yang lemah gemalai tu siap pujuk tak ingat ha baru dia tahu penangan Adam kahkah memula tu auntie tu kata takpe biar dia nangis nanti paru paru dia kuat skali Adam nangis satu popular haru aku angkut Adam keluar Popular sambil ditenung semorang pastu ade akak ni tanye, "Dia haus ke?"

Ye la baru bangun tido. Air mata meleleh leleh. Nasib baby room dekat. Aku nyusu la sat. Lepas nyusu aku tuka pampers, pastu letak kat stroller. Senyap. Sampai balik. Dalam kete letak kat car seat. Pun senyap. Tak nangis pun. Sampai la umah. Terus bagi susu. Now da tido nyenyak.

Aku happy la senanye. But i need an extra size of bag lah kot sebab nak letak barang barang Adam sebab kalau aku sorang takkan la nak bawak beg banyak banyak kalau dengan pak dia takpela.

Seronok gi sephora siap leh belek belek sambil baby wearing Adam yang tengah selesa tido. 

Ok entry panjang takde gambar sebab telipon bodo penuh memori em yelah padahal aku yang bodo tak transfer lagi.

No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila