18 March, 2015

Happy 1st Anniversary Eny dan Zelo!

Ahad lepas 15 March anniversary aku ngan laki aku. Tak sangka dah 2 tahun gila punya cepat masa berlalu. Rasanya cam baru je pas sanding aku ingat lagi time tu. Happy sangat setelah bertahun tahun aku menunggu saat tu kahkah 


Aku masa bujang dulu, since sekolah lagi aku salu terpikir. Aku ni akan kawen ke? Ade rejeki zuriat ke? Ade ke orang nak kat aku yang berkerak pat lapis ni

Aku kenal laki aku kat blog. Aku ingat agi dia update pasal driver pompuan tak reti bawak kete la apela aku ingattt.


And aku ingat lagi masa festaim aku add dia kat fesbuk aku panggil dia pisol. Rupanya Pisol tu nama pak dia kahkahkah dan rupanya Pisol tu nama pak mertua aku skang ahahahahHa omg miracle nyahhh

Aku kenal laki aku time ade futsal gathering blogger tahun bile eh 2010 aku ase. Ok la aku bukan nak kata laki aku ensem (muntah hijau) tapi kena la ngan mata aku sedap le mata (AKU) memandang ye dak.

Masa festaim jumpa tu aku hu ha hu ha la ngan Ayong, Een, Khairil Afzal, Andyhowt, Nurull.. Ramai lagi!

Pastu Ayong tanya aku, weh Zelo adaaaaaa. Aku cam yeke ade ke oh yang mane satu pastu dia tunjuk la secara rawak orang yang pakai jersey putih ngah main futsal. Aku cakap oo tu ke okkk.

Aku tak heran pon sebenarnye sebab aku busy jual keychain. Banyak gak hasil jualan aku aritu wkaakakka 

Padahal sebenarnye yang aku tengok tu bukan zelooo tapi orang lain! Kahkah bengap kuasa dua betoiii

Dari sebelum tu Ayong pna cite kat aku yang uma zelo area uma sewa ayong. Aku ni rajin lepak uma sewa Ayong tu. Ayong cite la pak Zelo ni ustad la ape la aku cam nahhh tak kisah la sebab aku tak pernah kenai pun muka dia sebab Zelo tak pernah upload gambo muka dia pun kat tenet.

Zelo pernah buat contest kat blog dia, suh puji dia melangit pastu dapat adiah apa aku tak ingat. Kemain aku buat post tapi aku tak post pun sebab da terlambat. Kan aku tak pernah tengok muka dia kan. Aku bayangkan Zelo tu kurus, pendek, hitam. Hahaha! Ok ni post nye gigih aku cari balik dalam blog lama omg kahkah

Posting yang aku buat ni khas untuk encik Zelo yang aku tapasti dye ni pompuan ke laki. Name manje tapi muka gila ganas. Aku tatau asal usul dye. Makanan feberet, kenangan manis, warna kegemaran, tempat kelahiran serta pukul berape dye dilahirkan.

*hah, bapak skema ayat aku*

Zelo.. Zelo.. Zelo..

Hahaha. Aku teruja bila aku bukak blog Zelo si gebu ni tetibe terbaca pasal contest ni. Dan terusin aku twit dye ; aku nak join.

Hahahaha. Bertambah tambah nafsu shahwat aku nak menaip tentang mamat nih. Siyes.

Walaupun segala gala yang akan aku taipkan nanti palsu palsu belaka ; tapi sumenye ikhlas dari hati, dan perasaan.

Zelo, terlebih dahulu aku nak mintak maaf kalau aku terkasar bahasa, terlepas kata, tertipu, terngumpat, terberak atau ape ape yang berkaitan dengannya. Aku tengah excited ni.

Zelo. Aku tak pasti raya lepas aku da mintak maaf aku da mintak maaf ke blom. Aku tak sampai hati nak tipu kau lagi sebab t berdosa. Tapi aku terpaksa.

Zelo. Zelo. Zelo.
Kau jambu. Sumpah kau jambu. Even aku tak pernah tengok muka ko weh. Haha bila ko twit aku mesti aku cam menggulupur nak balas. Perghhh kerana ko zelo. Aku sanggup.

Zelo. Zelo. Zelo.
Kau berjiwa wanita. Comel. Bergaya. Kacak serta sweet gila. Dulu, setiap kali aku cuba untuk membayangkan muka kau mesti aku jadi mengidam nak makan sup tulang. Skang, bila aku tengok gamba ko terus aku hilang selera makan. Kalau aku makan je kompem aku berak aku lawas. Sekaligus berat badanku turun. Thanks uh. Ko selamatkan aku. Aku rase berat aku yang turun sebanyak 4 kilo tu sume adalah disebabkan kau Zelo ucuk ucuk. Ko baik, comel serta hensem. Terima kasih.

Zelo. Zelo. Zelo.

Aku tak ske tengok tv, dengar radio + sebagainya. Aku tatau isu semasa. Sume aku tatau. Bila aku masuk blog ko yang pelbagai ; perghh aku rase cam happy gila babi ayam tapir monyet. Pasal mak nyah geleber, pasal tudung lekap tudung lingkup la. Sume aku dah tau. Bila nak bulan posa aritu aku cam lupa gila camne nak niat puasa untuk sebulan. Bila aku bukak blog kau baru la aku ingat. Time merdeka aritu Sume nye pasal blog kau. Wah terharu nya aku.

Zelo. Zelo. Zelo.
Hensemnya kau. Wah. Muka kau iras iras Sudin dalam cite P.Ramlee tuh. Aku ske sudin. Kurus gila gila kering punya ah. Style makan 15 kati beras pun takde hal. Belum cite lauk agi. Aku ske. Aku ske sangat.

Zelo. Zelo. Zelo.

Aku banyak berkorban untuk ko dalam diam weh. Ingat tak dulu time kita beratur nak guna toilet? Walaupun aku dah terdesak gila nak melabur ; aku still bagi ko guna dulu.

Ingat tak dulu zaman ko tak sunat agi. Aku yang semangat tegar kat ko kate takde mende takde mende cam kene gigit semut je. At last sekarang ko dah sunat. Dah leh kawen dah.

Ingat tak mase ko kene sawan dulu? Aku gak yang bawak ko gi spital. Tampar tampar muka ko bagi ko sedar. Ko ingat tak weh.

Weh ko memang serba boleh duh. Terketar ketar lutut aku tengok ko menari zapin dulu weh. Teruja aku.

Zelo. Zelo. Zelo.
Sekali imbas muka kau aku tengok cam Nabil, dua kali tengok cam Apek, 3 kali tengok macam Yassin Senario. Bila da sampai 4 kali je aku da tak sanggup nak tengok. Hensem sangat weh. Hensem. Aku ske aku ske.

Zelo. Zelo. Zelo. (aku copy paste, penat)
Sebenarnye mase zaman kita main guli same same. Aku ske kau. Kene ngan taste aku. Aku suke. Aku bukan sengaje nak reject kau dulu. Time tu kau duk belakang tiang. Aku tak leh beza kau ngan tiang. Sebab tu aku wat tak layan. Maafkan aku.


Zelo. Zelo. Zelo.

Sekali je aku tengok kau. Aku tau kau takde masalah sembelit. Sekali teran kua semua. Wane coklat ; ade cili cili sket. Aku ske. T an takde ah susah susah aku nak duk depan pintu jamban tunggu turn. Aku ske. Siyes aku ske.

Aku dah tak sanggup nak teruskan penipuan ni. Apepun. Aku nak mintak maaf tau. Aku usaha ni. Aku tak mampu nak miliki habuan yang ko beri tu dengan menggunakan titik peluh ku sendiri. Tutup contest ni cepat cepat tau. Tau tau tau.

Aku ; Siti Nurhaliza binti Tarudin eh eh silap silap. Siti Nur.. Err. Ape doh name aku haha lupa. Ah lantak ah ; dengan penuh risiko ; habiskan masa aku dengan menolak secara rasmi kerja autocadd aku khas demi kau. Posting yang aku buat selama beberapa hari ni sangat bermakna bagi aku ; aku harap kau pun ase camtu. Oh yeah Zelo gebu ucuk ucuk.

Semoga panjang umo murah rezeki. Tau!

p/s – posting kali ni tiada kaitan ngan hidup ngan mati. Hanya gurauan semata mata. Thanks!

WAKAKAKAKAKKAKAKAKAKAK

UCUKKKKK! Hahahahhahahahahhahaha omg dah la cam nak terkentut pedas aku baca mende ni weiiii sumpah kelakar HAHAHAHHA

OK LAST.

Zelo. Zelo. Zelo.

Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang pertama, terima kasih kerana menerima baik buruk seorang Eny dan yes ; Adam lah hadiah anniversary perkahwinan kita di tahun pertama yang sangat bermakna. Semoga kekal hingga ke Jannah. Amin


1 comment:

  1. hahahaha...sumpah klako entry ko utk zelo.. tergelak2 aku kt opis.. sumpah org kate aku gile gelak2 sorang2 ngadap pc ni..

    ReplyDelete

hanlu hanlu hanluuu mau apa ituuuu