Sebenarnya aku terpukul bila terbaca entri yang menyayat hati tadi. Bila aku baca aku terfikir.
"Macam mana kalau aku berada ditempat dia? Boleh ke aku jadi sekuat dia?"
Hidup dengan anak tanpa suami bertahun tahun. Tengok anak bagi makan minum jaga didik dan sampai suatu masa anak kau diambil orang tanpa rela. Eh ade ke orang rela bagi anak sendiri?
Kisahnya bila bercerai. Kau kena hadap perasaan bila bangun tidur, kau terus belai anak kau. Bila satu masa bapak dia amek hak penjagaan anak, kau cam tak mampu nak lepaskan. Gila ke kau yang beranak kot. Ingat semudah tu nak bagi?
Ada yang bila dah bercerai, ibu terpisah dengan anak anak. Perkembangan anak hanya mampu dipantau dari jauh. Makin lama makin pudar, rindu pula semakin mengetat. Anak yang keluar dari rahim kau, penat diteran dan nyawa pun antara garis hidup dan mati pun dah mula membenci diri kau. Mungkin sebab hasutan? Wallahualam.
Kita berserah jelah pada Allah. Anak tu mungkin masih belum baligh, tak mampu nak berfikir dengan waras. Nanti dah besar dia dah boleh fikir sendiri, si bapak pandai pandai lah nak jawab ya.
Tapi yelah. Tuhan yang mencorakkan kehidupan kita ni. Dia dah tentukan mana baik mana buruk untuk kita. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
Tu yang aku percaya dan tu la yang aku pegang sampai sekarang walau macam mana sedih pahit pedih pun, tu lah yang aku pasakkan dalam jiwa. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Kalau pun perkara yang terjadi tu menyesakkan dada sekali pun. Ada hikmahnya dan mungkin aku pernah tersilap atau menyakiti.
Sebab tu sampai sekarang aku masih berdiri. Orang mungkin kata aku gila. Baling lah beban macam mana sekali pun aku masih tak tumbang. Sampaikan aku terfikir,
"Takde perasaan ke aku ni?"
Ya Allah terima kasih kerana memberi kekuatan kepadaku sebegini rupa. Terima kasih kerana masih menyayangi aku.
p/s : Entri ni takde kaitan dengan aku. Cuma cuba berada didalam kasut seorang kawan. Yes. Sangat menyedihkan.
No comments:
Post a Comment
hanlu hanlu hanluuu mau apa ituuuu