02 March, 2015

Kuat shopping Eny ni!

Hari ni tengah duk sibuk sibuk sidai baju,
tetiba dengar bunyi hon. Rupanyaaaa jengjengjenggggg! POSLAJU!

Bukak packaging pelan pelan, hapuskan packaging tu selagi boleh supaya orang dalam rumah tak tau yang seorang Eny shopping lagi.

Rasa bersalah bila tetiap hari poslaju datang umah anta parcel seolah olah aku ni galak nau perabih duit (walaupun betul) tapi aku shopping secara berhemah  okkkk. Lagi murah lagi la best kalau mahei takdo aih aku nak beliii.

Apa parcel yang sampai?

BELVYA WEHHHH.


Aku dari aritu study pasal belvya ni. Kat timeline twitter pun aku pernah tanya tapi tak ramai pakai. Cuma sape yang bagi feedback tu dia punya feedback menarik ah. Adik ipar aku pun pakai, and sama jugak, feedback menarik. Baca blog orang pun kata best jugak. So aku pun terpengaruh.

Lama dah aku usha, keterpengaruhan aku tak lama pun. Cam biasa aku pna cite, printscreen sikit punya banyak survey kemain acah acah nak beli la. Last last wat penuh memori tepon je. Cait.

Tetiba Hanis wasep aku tanya nak beli ke tak ade orang juai murah. RM60 je termasuk pos. Yela selama ni paling murah pun RM70. Sebenarnye rasa cam da taknak tahla semenjak bank aku ni da semakin susut nilai aku pun cam pikir pikir balik nak beli ke tanak. Last last takpela bayo jela.

Aktiviti ni aku buat dendiam je encik suami tak tau. Sampai la semalam laki aku main tepon aku baca wasep sume tetiba laki aku tanya. "Awak beli apa ni?"
Sambil tunjuk wasep Hanis.

Aku cam err eerr ubat kurus aaa aaaa. Laki aku basuh la aku kejap cakap tak elok la ape la hahahaha ala abang ni sapu je pehtu kurus jengjengjenggg wait and seee.

Aku masa pantang ritu ade gak pakai bengkung. Bersama Krim felina mak aih punya la sedap panas baq ang! Aritu akak aku sedekah kat aku sebijik camni!


NATURAL BAMBOO CHARCOAL SLIMMING SUIT. Tapi saiz XL la tapi. Aku rasa aku saiz M so semalam pun aku ade shopping gak beli saiz kecik. Murah giler beli kat sini RM17+RM6 (postage). Kalau kat Lazada RM23.90 termasuk pos. Padahal beza sembilan posen je puik!

Maksudnye sok poslaju datang lagi la. Kahkahkah

Ok lah berbalik kepada BELVYA (mak aih jauhnye tersasar) deme kate kalau nak pakai belvya ni secara berkesan tips nye ialah cuci dulu muka dengan air suam. Pastu tunggu beberapa minit, pastu bilas ngan air suam balik.

Kosser aku nak masak air panas kat dalam bilik nun kannn. So aku ingat bawak jela thermos air panas. Kikiki aku memang niat nak kuruskan perut ngan kecikkan muka.

So malam ni aku start pakai, bagi aku masa seminggu. Pasni aku wat review.

Bye!

3 comments:

  1. Hi sis! So far ok tak belvya ni? Ada perubahan?

    ReplyDelete
  2. Hi sis! So far okay tak belvya? Ada perubahan?

    ReplyDelete
  3. Hi sis! So hows belvya? Ade perubahan tak? Mcm nak try pulak kalau okay. Hehe

    ReplyDelete

hang tak komen hang gila