20 March, 2015

Spotlight IPC!

Selasa lepas aku gi spotlight baru bukak kat IPC (ok sebenarnye kelmarin aku pegi jugak) tapi semalam aku pegi ngan mak mertua ngan akak ipar aku.

Tumbok muka mama kangggg 

Spotlight tu aku syak berantu la asek menghantui kepala otak aku ni je. Rasa cam nak belek satu satu barang kat situ tapi memandangkan Eny yang sekarang bukan lah Eny yang dulu maka dengan itu kita padamkan jela laju laju hasrat nak membelek tu k.

Sesampai je anak aku tido. Lama gilaaaa siap aku boleh sopim baju laki aku, baju anak aku kat Brands Outlet ngan Padini yang sale gila gila gila murah nak meninggal aku pun kuries pehal murah nau sua sampai RM9 seriously cam pelik tapi tu la dia hakikatnya aku telah meng-grab sweater adam, kemeja adam dua helai, seluar Adam, ngan onesie. Bapak dia pun dapat baju 3 helai. Aku? Hnssf.


Tu la da jadi mak orang nak shopping untuk diri sendiri pun lupa. Padahal banyak kot baju murah murah RM9 pun ada tapi aku sehelai pun tak beli. Pelik gile.


Sampai je depan spotlight anak aku dah nangis. Dia tido lama jugak 3-4 jam atas stroller yang aku rasakan power jugakla. Menyusulah depan kedai Spotlight tu ade kerusi. Eh hellooo aku pakai nursing cover okkkk. Malu wei tayang merata so kite bertutup tutup la so orang pun tak sakit mata anak pun kenyang. Khennn



Aku nak beli mesin jahit Hello Kitty sebenarnya sebab ade diskaun so jadi RM759 murah gile kalau tak RM899 kauuu. So belen dia bole la beli tapak beso mesin tu tapi aku tak dapat beli sebab pikir pikir camne nak bawak? Zz

Lagipun pekerja Spotlight tu semua tak tau nak ajar pasal machine tu. Semua cam blur blur.

Aku : Dik semua pattern ni palai satu jenis tapak ke dik?

Adik : A ah kak satu je untuk semua kak.

Aku : Abes tu kenapa dia bagi tapak tapak yang lain ni?

Adik : Oh saya pun tak tau kak belum belajar lagi 

Bertuah punya budak jawapan tak pikir masa depan betoi hahaha aku cakap la takde sape ke boleh bantu awak terangkan kat aku dia kata kat sini dia sorang je yang tahu pasal mesin. Adik ni betul betul wat akak tak kering gusi kahkah tapi takde la kelakar sangat aku pelik camno aih manager dia boleh lepas tangan gitu je. Transfer la sorang dari Spotlight Ampang yang tahu pasal mesin kat sini. Ni biar bodo bodo camtu je tu ok la kalau aku yang tanya. Buatnya orang yang fussy sikit yang acah acah "PANGGIL MANAGER YOU" tak ker pening. Apekemende la

So cte dia skang tak beli pun mesin. Nak gi beli esok hopefully dapat la seketui tak sabar nak jahit baju raya Adam hahaha



Bye

No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila