14 March, 2015

Status mak mak yang annoying

Bila baca status mak mak orang ni aku rasa cam depa ni bajet bagus je. Macam betui la depa ni semuanya. Orang lain semua salah.

Lagi lagi breastfeed mom kemaen riaknye la duk tayang susu melimpah ruah sampai tak cukup tempat nak letak dah. Diorang ni tak pikir ke ape perasaan orang yang tak dapat nak bagi susu badan sepenuhnya kat anak sendiri? Tak sensitip betoi.

Ank saya full bf baby alhamdulillah saya bagi yang terbaik buat anak saya bla bla bla zz ko x pk ke btape terkilannye org yg x dpt bf anak dia bila baca status ko tu? Tu ok lagi.

Satu hal lagi pesen suke kondem orang yang bagi susu formula. Ingat orang tu suka suka je ke bagi anak dia minum susu formula. Masing masing ada sebab masing masing kenapa diorang bagi susu formula kat anak diorang (except yang memang taknak bagi tu lain cetaaaa)

Skati ko je nak cakap anak orang minum susu lembu so jadi la anak lembu ok sangat koajaq ko ingat ko kecik kecik dapat minum susu badan sepenuhnya ke (kalau dapat alhamdulillah) yela zaman dolu dolu mana la ade pam ke ape ke kan. Keje lagi nak beso kan ko lagi so toksah la nak membinatangkan anak orang cakap guna otak weiiiiiii aduu tu pun nak kena ajar ke



Pastu yang FM mommy pun duk kondem orang bf baby londeh la ape la mulut pun sama celupaq toksah gaduh la susu tu susu ni hang tau mana yang terbaik untuk anak hang takyah pikir tang orang laaa.

Semua mak nak bagi yang terbaik untuk anak masing masing ikut kemampuan. Matlamat mak mak bagi susu ialah taknak bagi anak lapaq anak haus so pas minum susu anak kenyang happy gemok so selesai udah la gaduh gaduh pasaipa.

Kalau tang khasiat tu kira extra la yang penting matlamat nak kasi anak kenyang tu sama sama da kecapi (eceh) so bila mak bagi susu tak kira bagi susu apa pun untuk anak bagi anak kenyang happy gemok tido nyenyak tu means depa sayang la anak depa so apa isu bf mom ngan fm mom?

Masing masing taknak kalah nak jugak orang ikut kepala dia


Nak cakap orang malas la ape la dia da buat keputusan nak jaga badan taknak bagi susu badan itu dia punya pasal. Dia buat keputusan nak diet nak kurus sambil nyusu pun dia punya pasal tu semua hak memasing. Kalau dia taknak diet jaga badan pas beranak pun dia punya pasal juga lah. Memasing tau apa yang terbaik untuk anak memasing so tak perlu nak gado okkkk

Dah la aku nak mandi kang adam bangun terjaga tak masai aku masam kahkah

Bye

No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila