19 April, 2015

Jahanam rambut aku!

Mama suggest ade satu salun ni. So aku ngan Kaklong gi la since aku pun da berzaman tak potong rambut. Aku cakap ngan dia aku nak potong rambut 2 inci gitu. Dia pun duk ha ha ok la.

Passtu duk menyembang sakan. Aku tengok je dari cermin dia gunting rambut aku. Tetiba aku tengok cam banyak je dia gunting. Skali aku tengok betul betul, yeszaaaa. Dia gunting sepanjang satu pembaris pendek tu tahu dak!??


Gila cam haram perangai habis rambut aku wei dia keje kan. Seronok betoi zas zas rambut aku mentang mentang la panjang aduu kejinya la pangai. Aku nak je maki tapi ade kakak ipar aku kat situ so abaikan jela.

Pastu dia kata, kalau nak pendek, cakap la nak trim. Bengap apa???? Aku bulan nak trim, aku nak potong!!! Otak bebal letak kat lutut ke ape tak memasal rambut aku dah pendek. Dah la tak mintak maaf! Nak mengajor aku plak macam la aku tak pernah potong rambut kat kedai. Salun ko dah la asal hado. Menyesal! Kalau akak ipar aku takdak, memang aku maki, keluar tak bayar lantak la skati ko je.

Skali balik rumah tengok sebelah panjang sebelah pendek. Lagi la aku hangin wei. Ya rabbi meluap luap rase.

Korang toksah la pegi kedai tu buat naYa je. Kedai dia kat Seksyen 7 baru sederet Hakim baru. Dekat ngan 7E kena naik tangga atas sebelah kedai cermin mata. Aku lupa nama kedai kalau tak dah lama aku tepek sini!

Menyesal gilaaaaa tahap ungka punya menyesal!

Sekarang kepala aku ade penyakit kelemumur tak memasal dah la pesen berkeping keping aku tak tau mana datangnya niii dah bertahun aku tak kene kelemumur ni. Hazabbb betuiii.

Semalam Nira twit tips nak hilangkan kelemumur ni dia kata jangan kopek, kena cuci rambut selalu and jangan syampoo kena kulit kepala. Okay sebenarnya tangan aku gatal duk mengusik dan end up dia luka. Bunyi cam menggelikan tapi tu la hakikatnya aku benci la kena camni tskkk

Bagi la aku masa seminggu nak pulihkan balik kepala aku ni. Nak sental guna Selsun Blue ngan limau nipis. Wish me luck semorang


No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila