Tadi pergi GM Klang bawak Mama, Kaklong ngan Adam. Adam boleh tahan merap Adam hari ni. Aku pulak letih semalam seharian berjalan. Memula gi MidValley cari carrier. Pastu gi Sunway Pyramid celebrate beceleret si Alyn. Pastu malam gi makan ngan Kak Ogy kat Pizza hut. Letih ayam.
Aku syak Adam letih lagi. That's why dia merap semacam je hari ni. Jenuh jugak aku menghayak kesana kemari Adam duk nangis dalam meitai pinjam ni. Last last aku bawak gi surau, nyusu.
Adam menjerit kemahen sampai akak akak dalam surau tu tak tenang la aku rasa mesti deme pikir aku bantai anak aku tu yang duk teriak tu. Tu la Adam. Kalau tengah tukar lampin tetiba dia lapar, menjerit nak susu time tu gak takde alasan dah. Dia punya level teriak tu sampai kalau duk tepi telinga aku tu berdesing gak la.
Tapi dah dapat susu hepi je muka siap sengih.
Time aku nyusu tu ade la makcik ni nak menyembang. Dia kata,
"Kecik lagi dah pandai dah mengamuk ni, ni sampai besar la ni perangai camni ni,"
Sikit pun tak masuk dalam hati. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri sambil muka tersengih sengih cari jalan camne nak amek lampin dalam beg. Tangan kanan ampu Adam. JARI TELUNJUK kiri Adam genggam. Kuat. Lapo beno.
Makcik tu mai dok sebelah aku. Tetiba ada akak ni masuk surau bawak anak dia nak nyusu gak. Badan agak gempal berpeluh peluh. Panas agaknya.
"Ha ni sorang lagi nyusu,"
Akak ni bagi la anak dia nyusu. Tapi anak dia taknak. Terus merangkak tersengih sengih. Dia pun duk prepare nak tuka pampers anak dia. Aku nak beramah terus tanya, "Berapa bulan ni kak?"
Akak : "Sebelas bulan,"
Aku : "Ohh dah nak setahun dah,"
Makcik : "Sebelas bulan blum berjalan lagi?"
Akak : "Tu la ni baru belajar duduk. Saya kecik kecik pun mak saya kata setahun lapan bulan baru berjalan,"
Makcik : "Anak acik yang lelaki tu sembilan bulan dah berjalan,"
Akak tu pun gi basuh pungkoq anak dia. Makcik tu cakap ngan aku. Kuat la jugak. Akak tu dengar aku rasa.
Makcik : "Selalunya budak lambat jalan ni otak dia tak berkembang, lembap,"
Aku nak je stapler mulut acik ni. Dah la cakap kuat kuat, buat nya akak tadi tu dengar kan majei,
Aku : "Hahahaha (gelak awkward) kang akak tu dengo kecik ati dia cik,"
Makcik : "Ye betui anak acik yang pompuan tu pun lambat jalan, orang marah dia duk tuli je. Belajar pun bengap. Tu yang acik perati la,"
Speechless kejap. Akak tu datang balik. Duk sembang sembang pumpang pumpang. Aku plak nak tuka pampers Adam.
Makcik : "Ni anak sulung ke?"
Akak : "A ah cik,"
Makcik : "Awak tak bersenam ke?"
Akak : "Tu la cik bab bab bersenam ni saya payah sikit,"
Makcik : "Makcik anak dah empat tau,"
Seriouslyyy cikkkkk perlu keee. Tak patut betul la. Cakap ikut sedap mulut je. Cuba la amalkan kalau takde mende yang nice untuk ko cakap, KO DIAM.
Macam macam jenis orang la. Aku yang dengar sambil cucui bontot Adam pun pening. Kalau aku la jadi akak tu kompem sentap wei tak tipu.
Masa gi kenduri ritu pun aku pernah gak sentap. Adam dibawa lari oleh pakcik pakcik yang eksaited, sebab tu anak aku. Aku bongsu kot. Cam tak sangka la cite dia kalau aku ada anak.
So bersalam salaman la ngan pakcik sepupu sepapat. Sampai la jumpa sepupu ni.
"Comelnya perut," Sambil pegang perut aku.
"Kak saya dah beranak dah kakkkkk,"
Dan selepas itu aku termenunglah aku sambil duk refresh balik pale otak mana aku letak bengkung aku.
Tsk.
No comments:
Post a Comment
hanlu hanlu hanluuu mau apa ituuuu