25 April, 2015

Adam cedera ;'(


Bila aku tengok dia berplaster camni. Aku sedih. Betapa kuatnya Adam. Padahal sakitttt tuuuu camne dia leh tahan. Lepas kena dressing luka dia pandang muka aku dalam kereta. Air mata aku yang bercucuran tu menghiburkan mungkin. Dia pun tersengih sengih. Macam tak sakit.

Abang aku maki hamun Mushtash mengamuk suh buang dia. Kesian Mushtash mana boleh buang saje saje. Dari kecik makan minum di bagi. Tak reti hidup berdikari. Kalau lepas kompem mati. Kompem!

Apa cerita?

Tadi aku gi uma mak aku. Mak aku riba Adam. Skali Mushtash berlari panjang kerusi terus lompat lari kat muka Adam ya Allah. Jantung aku cam nak terkeluar dari tempat dia. Terus aku angkat Adam. BERDARAH!

Telinga kiri dia belah atas koyak sikit luka. Dia menangis cam takde hari esok dah. Abang aku sikit punya marah mengamuk suh buang Mushtash aku pun dah melalak skali takut anak aku berdarah camtu. Ya Allah takut dia sampai menggigil.

Terus aku bawak Adam keluar nak gi hospital. Last last Abang aku suruh bawak kat klinik berdekatan. Sampai je klinik aku dah resah sebab tak boleh masuk terus. 

Ada akak ni tah mana hala datang nak pegang Adam memang aku menyirap la aku tepis! Aku dah la tengah hangin! Kau tak sihat toksah la pegang baby tu pun nak kena ajar ke?? Payah! 

Pastu jumpa doktor. Doktor kata sikit je which is bagi aku banyak gilaaaa.  Doktor cuci luka dia. Menjerit tak ingattttt. Ngan aku aku skali menangis serius pedih hati aku. Aku takut sangat.

Mak aku pun terkilan sebab kucing kesayangan dia buat macam tu. Cam kecewa sangat.

Mushtash duk dalam bilik je. Tak turun pun sebab dia tau dia buat salah agaknya. Mak aku menangis sungguh sungguh. Kesiannya mak.


Adam masih boleh sembang, boleh senyum. Boleh gelak. Cam tak sakit. Doktor ada bagi ubat tahan sakit. Katanya makan bila perlu. Aku rasa tak perlu la kot since Adam pun cam tak sakit je. Alhamdulillah.

Kasihannya anak aku. 

Lindungi Adam ya Allah T_____T

1 comment:

  1. T__________________________________t

    aku pun nangis sama weh. kita kene cakar sikit pun dah melalak ini pulak adam yang masih lembut tu. tapi bukan salah mushtash , dia pun tak berakal macam kita. hope adam sentiasa sihat dan gebu dan janganlah buang mushtash :(

    dia jeles kot ko dah ada adam T_____________T wuwuwuw

    ReplyDelete

hang tak komen hang gila