24 April, 2015

Growth Spurt!

Growth Spurt. Yeszza aku dah alami mende ni minggu ni. Adam tetiba tukar perangai. Where's my angel baby? Hahahaha dari elok tido malam terus cam tak berapa nak tido.

Nyusu pun cam taknak je start la aku ngomel kat abang Adam dah tanak nyusu ke Adam tak cukup susu ke Adam lapar ke Eny rasa susu eny sikit la dan macam macam lagi.

Bila aku search kat internet, deme kate tulah Growth Spurt. Kalau orang melayu kata, bertukar bulan. Selalunya baby perangai camni bila dia dah dapat sesuatu kemahiran. 



Contoh masa Adam memula pandai isap jari. Asal terkejut bangun tido je isap jari. Tak dapat terus nangis kuat. Gitu.

Dua hari ni plak mood dia cam sangat cranky. Setelah sekian lama aku nyenyak tido malam, dua hari lepas, aku lemau terukkk cam masa dalam pantang. Especially semalam, aku dah takde tenaga sebab sepanjang malam aku dah jaga Adam, dan bila Adam nangis opkos takde sape nak pegang kan? Laki aku kompem penat gila keje ngadap software kompite bagai. So conclusion dia memang aku jela.

Malam semalam Adam cranky lagi. Dia tido payah. Bila dah tido pehtu terbangun, dia menjerit gila kaw kaw punya. Sampai aku jadi cuak hahahaha dia ni sakit perut ke wuu kesiannyeeee T___T

Laki aku siap tanya "Nak beli buaian tak?"




NEHIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

Sampai aku terfikir, dia ni ada ulser ke? Bila usul suami aku yang Adam cam ada ulser sebab dia refused nak nyusu, manjang kena bahan ngan laki aku. Arghhh aku cam down sebab aku teringat si Huda cite anak dia refused nak minum susu start 7months. Huu takmo la cenggitu.

Rupanya memang camtula kalau Growth Spurt. And kalau ibu risau susu takdak time minggu growth spurt tu normal la.

Aku siap tido secara duduk duk riba Adam. Sebab kalau letak kompem nangis jerit kuat. Adam kalau jerit, atok dia pun takut nak dengar. Kuat gilerrr. Ko bayang memalam tetiba jerit teruk camtu. Aku yang pesen tak ajar anak goyang time bobok pun terus goyang lelaju sebab panik hahahahhaha.



Teruk betul.

The best thing to do when your baby's growth spurt is to have a positive attitude. Yes! Aku sepanjang dia growth spurt, aku peluk dia, senyum, pujuk, gelak ngan penuh kasih sayang. Nyanyi alip ba ta siap!

Aku pujuk, "Adam baby, mestilah nangis kan? Baby tau nangis je mana tahu cakap kan? Takpela Adam nangis je banyak banyak Mama tak kisah, mama sayang Adam sangat sangat,"

Eceh drama sangattt. Tapi bila aku cakap camtu aku tetiba cam rasa kurang letih. Sebab aku rasa cam tetiba aku ni ibu yang baik kahkah. Kosser!  Mengelak dari merungut pun ada. Sampai ke hati. Boleh guna cara camni nanti kalau anak cranky. Elak bebel, elak pukul. InsyaAllah!

Layan jela growth spurt anak aku ni. Baju kotoq  umah sepah takpe boleh buat kemudian. Bagi perhatian je la kat baby. Selain daripada tengah nyusu, depan baby yang wide awake aku memang tak main telefon depan dia kecuali kalau emergency. Baby tahu okkk kalau kau tak tumpukan perhatian kat dia.

Aku pun suka perhatian. Apatah lagi baby kenonet gitu.

Sesape yang baby tengah hadap Growth Spurt, bersabar lah dan positif lah. Lepas Growth Spurt berakhir baby anda akan kembali nursing seperti sediakala. Kalau mana mana yang da jadualkan anak tido nyenyak start kul 10, tapi sebab Growth Spurt anak ko tido sejam jage sejam jage cam Adam nun, dont worry lepas tu dia akan tido balik cam normal.

Cam Adam malam tadi. Lena!

Adam dah nak membesauuuuu yayyyyyy 


No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila