26 April, 2015

Kaum ibu memang sensitif

Sengaja aku bertanya soalan di Twitter.


Dan semua ibu ibu menggelepar. Soalan aku, takpe ke?

Memang sensitif betui kaum ibu ibu ni. Pantang di usik, kelam kabut nak mengatakan sendiri betui, kau tak rasa kau takyah sibuk, kau nanti bagi jugak, setiap ibu ada cara masing masing dan sebagainya.

Memang sensitif. Same gak cam susu formula ngan susu ibu. Kau ade susu ibu yang cukup, kau kondem semua orang yang bagi susu formula. Kau yang betul, anak ko yang paling sihat, anak kau yang paling pawer, semua anak kau.

Same la jugak bila. Kau beranak secara normal. Kau la paling merasa sakitnya beranak, kaulah rasa macam diampunkan dosa, kaulah paling berkorban, orang yang beranak czer ni sebenarnya banyak dosa, sebab tu dibagi beranak sebegitu caranya.

Bila orang taknak ikut cara kau, kau cakap tu la. Ini la. Jangan nanti perut terburai berdarah darah pastu mati. Kesian anak kalau kau tak makan nanti anak kau kena tu ini bla bla bla. Kenapa mesti mulut tu serupa tahi?




Aku kadang kadang pasang gak lagu alip ba ta kat henpon bagi anak aku dengar. Aku takde pulak larang. Hahahaha kenapa kaum ibu ni emosi melampau?

Masalahnya aku tanya je. TAKPE KE?

Payah.


1 comment:

  1. bukan kaum ibu,kaum wanita memang gitu..baru tanya dah pikir mcm2.

    ReplyDelete

hang tak komen hang gila