19 April, 2015

Klinik facebook lebih mujarab!

Aku paneh betoi baca group kat fb nun pasal mak mak anak anak tula ongkate kalau meluat toksah ler bace kan tapi sedikit sebanyak dapat gak seketui dua ilmu tapi annoying lagi banyak la sebenarnya dalam tu.

Anak mata tercucuk pensil sampai ada darah beku siap dalam mata bley plak gi update status kat fb tanya sape ade experience anak tercucuk mata dengan pensil camni, saya belum bawak pergi klinik lagi bla bla bla ptuih pemende ang ingat dalam tu semuanya doctor ke kalau betul pun ada doctor stakat bagi nasihat dalam tu tak jadi apa. Kena la doctor sentuh tengok camne ghopenye teruk ke bahaya ke. Ape la ke bengapnya ibu moden sekarang ni. Facebook lagi depa percaya dari doktor. Kesian!

Kadang kadang ade orang share kenakalan anak sendiri. Camne seorang ibu jadi penyabar ya amat sebab bila anak buat perangai, masa aku gi kurusus parenting ritu, depa kata seeloknya toksah marah ler kalau umur dia bawah 7 tahun. Sebab dia masih tengah sibuk meng-explore dunia lagi. Tapi kalau da melampau tu aku tatau nak cakap apa. Aku pun tatau leh hadap ke tak. Aku try janji ngan diri aku taknak marah anak  nak ajar dan tegur. Sebab marah dan pukul anak ni penyakit. Sekali buat memang ketagih. Kamon la membebel mende yang syok kot. Sape je tak suka membebel? Hahahahahaha.

Aku tatau la Adam dah besar camne perangainya. Diam ke, menggelinjang tak masei ke. Berdebor gak. Mampu ke aku mendidik dia? Mampu ke aku bersabar. Nak ke dia mendengar cakap cam aku mase kecik kecik dulu? Pandai ke dia cam bapak dia? Ke bengap cam aku?




Serius aku takut bila Adam mula membesar. Stokin dia yang satu masa dulu (ceh macam dah bertahun padahal baru 3 bulan lebih) dia pakai longgar, sekarang dah tak muat. Siap bagi kesan ketat kat kaki. Kena tukar stokin lain. Kalau dulu teddy bear tu beso dari dia. Sekarang dah besar dari teddy bear. Siap pandai peluk dah. Homaii anak aku dah besar. 



Takut sebenarnya.

No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila