01 April, 2015

Letih ayam

Anak aku menghadapi dilema bila dia da sedap tido atas peha, then tetiba nak alih kat tilam. Macam ade bende yang tak kena. Bila da nyenyak tido, aku letak kat tilam dia since badan aku pun da lenguh sepanjang malam tido secara duduk.


Bila aku letak je elok la duk ok ek ok ek pastu aku alih kat riba balik. Elok pulakkk. Kosser!

Yelah salah aku jugak tiga hari berturut turut bawak dia berjalan lenguh pungkoq dia layan babywearing kesana kesini aku hayak. Semalam gi Ikea jalan jalan cari perabot rumah baru. Pusing sana sini sampai aku pun tak larat.


Ada barang terlupa beli pun dah malas nak patah balik. Padahal tu bukan perangai aku tu. Perangai suka berjalan aku ni penat camane pun sanggup bergerak. Tapi semalam memang kepenatan memuncak la.

Selalu kalau laki aku ajak balik mesti aku muncung sikit sebab tak puas lagi nak kesana kesini tapi semalam aku takde kudrat nak bertanya langsung.

Nampak tak kesungguhan aku nak menyatakan betapa penatnya aku semalam. Hnssfff.

Dah la lapar. Singgah Sunway Pyramid nak usha barang kat Harvey Norman. Dalam pale otak pikir nak makan je. Laki aku ajak makan Teppanyaki. Aku order Teriyaki Chicken Bento harga RM19 mahal nak meninggal. Sekali sampai rasa cam ayam masak kicap RM19 dahla masin gila turn off aku dari lapar terus rasa kenyang. Tapi aku habiskan la jugak gila ko RM19 kot.

Lalu depan Sephora pun tak heran. Miracle!

Dah la aku pakai kasut sarung flat. Aku sebenarnya tak suka pakai kasut sarung sebab risiko melecet tu tinggi kan. Dan ya memang melecet. Dari kat ikea aku menderita sabo jela nak melawo punya pasal masalahnya lawo
keeee puiii

Yes aku rasa ni lagi jelas membuktikan bahawasanya aku letih tahap meninggal punya letih. Bye


No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila