16 April, 2015

Nina is typing...

Gila seram cerita kat Twitter tadi. Meh aku kopipes.

#NINAISTYPING -
*berikut merupakan perbualan chatting di antara Nina dan Zali, jam 2 pagi*

Nina: Hai... buat apa tu? Tak tidur lagi ke?
Zali : Belum. Tak ngantuk lagi. You buat apa tu?
Nina : Tak buat apa pun. Baring.
Zali : Dah 2 lebih ni. Tak ngantuk ke?
Nina : Tak pun. Esok kan Ahad. Boleh bangun lewat. You tu tak tidur buat apa? Ha...
Zali : Cheh!
Nina is typing...

Nina : Buat apalah agaknya tu 2 lebih tak tidur lagi kekeke...
Zali : Study lah wak!
Nina : Study ke tut tut?
Zali : Hoit! Hahaha!
Nina : Sini macam nak hujan lah. Angin kuat kat luar. Takut pulak...
Zali : Ala, nak takut apa? Angin jer kut. Releks ar!
Nina : Takut gak ah angin tiup kuat kat luar tu. Dahlah tepi bilik kita ni ada pokok besar...
Zali : Pokok pun takut?
Nina is typing...

Nina : Bukan takut pokok ar. Malam-malam ni nampak semacam lak kat luar tu... Haih...
Zali : Releks ar. Dalam rumah pun takut? Hahaha!
Nani : Memang ar tak takut sebab dalam rumah. Masalahnya I sorang jer malam ni.
Zali : Sorang? Parents you?
Nina is typing...

Nina : Diorang balik Johor. Ahad malam baru balik KL. 
Zali : Wow... sucks!
Nina : Tahu takper...
Zali : You gi tidur ah. Habis cerita.
Nina : Kejap lagi ar. Tak ngantuk. You dah habis 'study'? Pukul 2.30 dah ni LOL!
Zali : Hahaha bodo ar. I memang study!
Nina is typing...

Nina : Alamak! Angin main kasar ar. Main ketuk-ketuk tingkap bilik I... cibs!
Zali : Hahaha haiyok! Hantu tu beb!
Nina : TAK KELAKAR AR!!!
Zali : Gurau ar. Itu pun nak cuak.
Nina : Maunya tak cuak? Dahlah sorang ni.
Zali : Pergilah tengok kat tingkap tu.
Nina : Gila ke apa?
Zali : Ler, pergilah tengok kot-kot ada ranting pokok ketuk tingkap you.
Nina : Malas nak bangun hihihi. Dah tutup lampu pun.
Zali : Hahaha, then janganlah komplen kalau takut. Suruh tengok tak nak.
Nina is typing...

Nina : Okokok I gi tengok. Haih...
Zali : Lepas ni gi tidur ok?
*senyap*

Zali : Oit beb! Are you there? Yuhoo!
Nina is typing...

Nina : Hoi! Not funny lah cibs!
Zali : ?!!!
Nina : You buat apa kat bawah tu?
Zali : Bawah? Bawah apa?
Nina is typing...

Nina : Bawah rumah I lah. Bajet kelakar lah tu. I saw you! Cibs!
Zali : Mender you cakap ni? Bodo ar...
Nina : Enough lah wei. I nak tido!
Zali : Wei beb!
Nina : WHAT?!!!
Zali : You nampak apa?
Nina : I nampak you lah. You kat bawah.
Zali : I kat rumah lah!
Nina is typing...

Nina : I kat tepi tingkap now. Pandang atas lah wei! I'm looking at you! I nampak you!
Zali : Beb, I kat rumah lah. Saiko!
Nina is typing...

Nina : Tak kelakarlah. You pakai jersey bola yang you biasa pakai tu. Pandang atas lah beb! I ketuk tingkap ni!
Zali : ?!!!
Nina : Kan dah kantoi! Hahaha! You buat apa kat bawah tepi semak tu? Hujan kot...
Zali : That's NOT me beb!
Nina is typing...

Nina : Betul ke?
Zali : Sumpah! I kat rumah lah!
Nina is typing...

Nina : Beb... dia dah nampak I lah!
Zali : Oh fuck...
Nina : Dia nak masuk dalam rumah! BEB HELP ME!!!
Zali : Oh shit!!!
Nina : HELP ME!!!
Zali : I'M CALLING YOU NOW!!! PICK UP THE PHONE!!!
Nina is typing...

Nina : Jangan call!!! I dengar benda tu dah masuk dalam rumah!!! Kat tangga!!!
Zali : Benda? Bukan orang?
Nina : I don't know!!!
Zali : OK. I call polis sekarang. You calm down. Nyorok somewhere ok?
Nina : K.
Zali : Beb... you there? I dah call polis. Calm down. Setengah jam jer lagi. They will come. Beb... you there?
Nina is typing...

Nina : I tak boleh taip sangat. Benda tu ada dalam bilik I sekarang.
Zali : Where are you?!!!
Nina : Dalam almari... I takut beb...
Zali : Stay put. 20 minit lagi polis sampai. Stay put beb!
Nina : I takut. Benda tu kat tepi almari...
Zali : Orang?
Nina is typing...

Nina : I don't know! Mata merah. Taring. 
Zali : Oh shit! Stay put! Polis nak sampai dah tu ok beb. Nina?
Nina is typing...

Nina : Ye?
Zali : Are you ok?
Nina : I'm fine. Polis dah sampai. I dengar kat bawah.
Zali : Ya Allah!!! That was close!!!

Nina is typing...

Nina : I tak apa-apa. Thanks. Esok boleh tak you datang jumpa I?
Zali : Boleh beb. I ajak kakak I sekali ok?
Nina is typing...

Nina : K.
Zali : Errr Nina. Macamana I nak tahu ini you?
Nina is offline. -End

Tahi dia punya seram level pak ang nye kederat serius tengkuk kejung je rasa dengan aku tidoq pesen bukak tingkap seluas luasnya adoiii pening kepalaaaaa T____T

Mata aku yang celik bertambah celik lelaju mute akaun tersebut supaya tak terkeluo lagi di timeline aku waktu sebegini cisssss.

Seram lagi la dari seramshit. Seramshit awal awal aku dah mute kosser nak baca cik ponti cik kunti cik gula jadah eiii aku nak tuka lampin anak aku pun tak siorrrrr.

Tapi ni epic.



Tahi pun search nama sendiri apatah lagi Shila Amzah kahkah

4 comments:

  1. Replies
    1. kannn!!!! HAHAHA kenapa aku baru baca komen ko!

      Delete
  2. Yg last tu x brapa nak paham. Boleh terangkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ke ko tak paham bab shila amzah HAHAHAHA

      Delete

hang tak komen hang gila