08 April, 2015

Orang accident dah nak mati, ambik gambar dulu, baru tolong.

Aku pernah nampak orang duk rakam kejadian banjir. Banjir? Bila pulak Selangor banjir? Ok sebenarnye banjir area Kampung Dato Harun yang bawah flyover sebelah KTM nun. Aku dulu kerja kat Cheras. Balik keje akan lalu NPE sebab tu je jalan yang mudah dan tak jem.

Ada satu hari tu tetiba jem gila sampai aku pun stress. Dah la pregnant kepala cam dah tak leh hadap dah jem teruk. So acah acah la lalu jalan dalam since kawan aku pun memang ramai kat PJ nun. Tau la jugak sikit sikit.

Kekonon short cut. Skali hambek ko dia punya sangkut nauuzubillah tak hingat. Stress lagi. Sampai la aku dapat keluar dari jem tu nak masuk highway balik. Aku lalu bawah flyover. Tengok situ banjir tinggi. Tapi ada kereta sangkut banjir kat tengah tengah jalan. Kete tu sebijik je kat situ.

Yang aku pelik. TAKDE ORANG TOLONG LANGSUNG. Aku ni logik la kan tak benti tolong da la pregnant lagipun suami da menunggu risau hujan lebat tak sampai umah lagi.

Okay tu satu pelik. Lagi satu pelik. Orang ramai benti tepi. RAMAI OKKKKK. Dan semuanya lelaki. Tapi kenapa takda orang tolong? Sebab semua PEGANG TELEFON AMBIK GAMBAR, RAKAM VIDEO KETE TU TENGGELAM. Takde sorang pun ada inisiatif nak pegi tolong ke hape ke. Sume tak nyabo nak meng upload kat internet. Kebengapan apa ni? Hasilnya?


Ni aku ambik kat twitter. Maybe gambar ni dari orang yang aku nampak petang tu. Hnssffff

Orang yang kete tenggelam tu da duk garu garu kepala. Dia sensorang je kot cam blur tatau nak buat apa. Sume pakat tengok je amek gambar zzzz.

Aku sebenarnye pelik jugak asal kereta dia ade kat tengah tengah alam tu. Mungkin kete dia rosak so dia parking tepi sementara. Petang bila dia dtg balik, tengok dah tenggelam.

Kot ye pun gi la bantu tanya ke ape ke ni capai henpon rakam duluuuu upload duluuu kasi viral. 





Boleh tahan celik IT tapi otak tak bape nak celik elok orang cenggini bagi telan clorox je biar bersih sikit otaknya so boleh pikir, cara nak selesaikan masalah orang ialah dengan cara BANTU atau RAKAM AMBIK GAMBAR. Tu pun nak kena ajar ke?


No comments:

Post a Comment

hang tak komen hang gila