Tadi baru berkesempatan jahit babywrap si Intan. Setelah sekian lamaaaa. Okay esok aku nak pi pos! InsyaAllah!
Tadi kawan aku tanya, dia baru kahwin tapi period dah dua hari tak datang. Boleh ke check guna UPT (Urine Pregnancy Test)?
Huuu tetiba teringat masa awal awal aku kahwin ritu. Bulan pertama aku lambat datang period. Aku cam eksaited yeyyyy peknen sonoknyewww laki aku pun kemaen cakap hai adammm sambil usap perutt skali kauu period terus. Yes aku nanges sebab sedih. Mengharap kot. Lagi satu sedih sebab suami eksaited cam punahkan harapan dia je huuuuuu.
So bulan depannya aku lambat datang period lagi. Dan aku pun sabar. Dah lewat seminggu tu laki aku pun beli la UPT tu sampai 2 bijik.
Eksaited memang eksaited. Kamon la seminggu kot takkan la takde kan. First check, single line. I was like, huuu camno nak koba ke laki den ni. Then acah acah risau, pergilah klinik seksyen 7 nama ape tah. Jumpe doc india. Dia bagi aku UPT. Pastu da selesai, doc cakap.
Doc : "Awak tak pregnant pun, dah berapa hari tak period?"
Aku : "Seminggu,"
Doc : "Mungkin cycle awak dah berubah, hormon dah bertukar. Tu perkara biasa,"
Aku ngan laki aku cam kononnya lega la aku tak pregnant padahal dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
Doc : "Nanti saya bagi ubat turun darah,"
Aku tak ambik pun ubat tu. Kenapa nak ambik sedangkan boleh tunggu lagi. Btw dah la UPT RM30 mahei nak meninggal! Aku pun ade search jugak yang kadang kadang ada orang dua minggu baru ada double line. Okay sabar jelah. And aku sebenarnya risau jugak kalau betul cycle period tunggang langgang, camne nak pregnant? Hnnsssfff down jugak.
Aku pun bersabar lah. Aku bagitahu mak aku, yang period aku da tak keluar beberapa hari. Mak aku asek cakap, dah lekat la tu bla bla bla. Aku cam taknak berharap. Sebab aku dah rasa bulan lepas betapa aku berharap last last takde pape.
Aku ngan laki aku dah tekad dah nak tunggu sampai dua minggu. Aku google gak simptom simptom pregnant sikit sikit. Simptom simptom pregnant yang aku baca yang aku rasa time tu, sakit pinggang.
Aku pun buncit sikit sampai husband ejek aku, ha haaaa Eny dah buncit cam abang haa haaaaa dan aku pun pelik nape buncit teruk ni.
Sampai genap dua minggu, aku nak check aku pregnant ke tak. Takut gila nak check. Berdebar terukkkk. Laki aku suh aku check.
Aku masuk toilet, hala la hujung UPT tu kat air kencing. Terkeluar la line. Line pertama dah nampak. Sampai line kedua je air kencing aku dah habis wakakkaka SEPARUH JALAN! Hahahahhaha spoil laaaaa! Bengap kuasa lima!
Esoknya mak aku belanja UPT RM16 beli mahai sket kekonon lebih tepat ececececcece pastu balik aku check. Kali ni UPT mahai da sediakan bekas kotak untuk tadah ayaq kencianggg.
Okay, aku nampak dulu result tu kannnn. YEAHHH DUA LINEEEE AKU DA TERSENGIH SENGIHHHHHH KAHKAH dia kan cam kena tunggu bape minit entah kannn aku keluar la toilet pehtu laki aku tanya, "Pregnant ke?"
Aku cakap tah la tak tahu la pregnant ke tak sebab tak keluar lagi result nya.
Pastu aku pun masuk toilet balik ambik UPT.
Keluar je toilet, aku cam..
"Abang, tak pregnant pun," *muka sedih*
"Tak baik tipu,"
"Hehe, Eny pregnant lah!"
"Serious?"
HAHAHAHAHAHAHA dan aku pun meng-war war kan kepada family. Seronoknya! Aku pregnant! Macam tak percaya nanti perut aku besar! Nanti ada baby dalam perut gerak gerak oh mai seriouslyyyyyyyy.
Tapi aku still tak berharap sebabnya aku ada baca gak kengkadang UPT ni tak betul. Kadang kadang UPT kata kita pregnant, padahal kita kena kehamilan kimia je (Chemical Pregnancy) so kalau nak kepastian, kene rujuk doctor.
So kitorang pergi klinik nik suzet kat seksyen 7.
Aku ingat doc nak bagi UPT cam doctor aritu. Tapi tak. Doc suh scan terus. Jantung aku berdebar tak hingattt. Skali scan elok je ade kantung and aku pun menangis kegembiraan. Gambar kantung ada dalam buku pink sok lah aku upload letak sini.
Dan aku buat keputusan taknak bagitau orang aku pregnant. Betapa sentapnya aku bila aku dah kawen sebulan, aku period. Tup tup orang yang kawen selepas aku kawen dah pregnant. Sedih gila.
Sampai aku terfikir, aku ni boleh pregnant ke?
Dulu aku sikit punya lasak lah. Aku pun tatau camne aku boleh lompat guna beskal kat park tu sampai tergolek dok patah tangan pun tak insaf insaf lagi.
Aku bersyukur sebab aku boleh merasa mengandung. Terima kasih Allah sebab bagi aku chance untuk merasa mengandung. Perasaan yang tak semua orang merasa, tapi aku merasa. Terima Kasih Allah. Aku tak percaya aku mengandung, rasa baby dalam perut gerak gerak. Kasih sayang ibu tu ada walaupun belum nampak anaknya.
Dan aku jugak masih tak percaya aku dah ada Adam.
TERIMA KASIH ALLAH.
P/s - aku share UPT tu untuk kenangan sendiri. Aku jenis suka baca balik blog sendiri. Nanti bila lama lama leh la tengok balik. Sumpah takde niat nak show off. Kalau aku nak show off dah lama dah aku show off. Jangan bash saya kakaka
tahniah.aku masih menanti andai ada rezki.
ReplyDelete