28 October, 2016

PANAS HATI BETOL HAK ELAH

Berdentum berdentam kemaen depa ni beraya sakan anak aku terjaga duk ukk akk ukk akk nangis. korang ni memang betul taknak raya ke esok? *asah parang*

19 October, 2016

Kasih ibu

Aku done buat garlic sock Adam. I love you Adam. Muah

Sok pagi aku nak mandikan adam air suam+lemon. Sambil mandi sambil wapkan dia. Percussion. Pastu aku nak sterimar, pastu sedut. Cepat la sihat Adam!

Pastu nak masakkan sarapan. Buat lempeng yogurt. Pastu bagi dia belen yogurt.

Tengahari takyah masak. Sebab laki aku dah masakkan spaghetti bolognese malam ni. A ah dia tengah masak ni. Aku nak tolong tadi, dia kata jangan kacau resipi dia eleh poyo sangat. kah!

Petang aku nak ajak dia main kat luar. Sok pagi aku nak suh laki aku alihkan keta siap siap. Miahahahahahhaha

Adam cepat la sihatt. Mama syg adam sangat2. Lef yu

18 October, 2016

Segar

Laki aku baru balik keje. Aku pun terus hotdog 10 ketul. Aku ajak laki aku sembang, tapi dia tengok telepon. Dia kabo malam ni ade bola. Tapi dia da ngantok. Apa susah? Takyah la tengok kan hahaha ape la ke payahnye insan bernama lelaki ni miahahahahahha

Pastu da abes makan, dia masuk jamban. Aku pun letak pinggan kat sinki. Malas nak cuci sok pagi jela. Pastu aku tetiba diilhamkan sesuatu.

Aku : "Abang, abang nak segar tak tengok bola?"

Abg : "Camne?"

Aku : "Basuh pinggan,"

Tetiba sunyi.

HA TAU PUN!

09 October, 2016

Cian anak aku

Anak aku demam. 39.2 . Tinggi. Dah lama dia tak demam. Last dia tak sihat aritu masa yang dia suspek HFMD. Tu je.


Tadi gi kenduri kat Kepong. Sampai je umah paklong laki aku, Adam meragam sebab sepanjang perjalanan dia tido. Tapi memang panas badan dia.


Kesian anak aku. Gigil gigil. Renyah kot tak selesa. Nangis merengek je. Duk merengek camtu lagi aku rasa cam nak ngusik. Aku lap sungguh sungguh dia taknak. Tapi nak taknak kena terima jela ye nak, mama nak awak sihat.


Ni badan dia dah kurang sikit panas. Lega aku. Now dia tengah tido peluk bapak dia.


Cepat la sihat Adam. Susah hati mama.

06 October, 2016

Atikah Kadir dah bersalin

Semua orang tanya aku, bila nak tambah baby bila nak tambah baby ingat nak tambah baby tu hanya boleh disemai benih ke pokok pokok, siram dan tumbuh baby ke cane semudah ABC

Bukan aku taknak tambah anak, aku la yang paling nak tapi nak wat cane dah belum ade rejeki. Lagi pun aku kan c-sect masa bersalinkan Adam. Doc nasihat suh tunggu 2-3 tahun tapi actually aku tak kisah pun berserah je la tadah je la MIAHAHAHA.


Aku baru lepas ziarah anak Tieka semalam. Dia masa pregnant terseksa la hai gatal sana sini ngan parut sana sini muka bengkak sampai hari terakhir dia peknen pun dia da nanges sebab tak tahan gatal teruk. Nasib baik air ketuban pecah. Dalam setengah jam dia bertarung dalam labour room, setengah jam lagi tu dia bersalin.

Sekejap je. Tulah kebesaran Allah kan. Masa pregnant punya la susah, dah bersalin senangggg je. Alhamdulillah.

Anak dia nak panggil aku ape tah. Naza dah acu. Aku pun acu jugak. hnssfff. Nanti la aku pikirkan.


BTW baby dia baby girl. Aku tatau nama dia apa. Semoga nama anak dia Siti Nur Aini mana tahu boleh jadi kiut cam aku. KAH!

Smelly No More weeheuuuu



Aku beli mende ni tadi. Aku dah kusut memikirkan ape yang aku nak sapu kat ketiak aku ni. Aku dah try macam macam jenis deodorant tapi hasil dia sume buat perabih duit.

Aku dah try pakai Rexona eiii melekit tak ukeeeeeeeeeeeeee..

Aku dah try pakai Lady Stick. Wangiiii tapi masa mandi cam tak best dia cam melekat gila. Even da scrub pun x best.

Aku dah try DR MIST. SAMPAH

Ni aku try la beli mende ni since banyak review. RM16 je aku beli Smelly No More from total image ni. Tatau la ok ke tak. Esok aku nak try wuhuuu! nanti aku buat review k! Bye

05 October, 2016

Cinderella and Four King


Haaaa aku tak sangka aku dah habis tengok cite ni. Aku tak sangka cite ni abes cepat sangat. Memula rasa cite ni best end up cam sampah KAHKAH aku tak puas hati sebab dia tak couple ngan Seo Woo.
Aku memang salu suka second hero. Tak pernah suka hero. eh pernah la!

Satu satunya cite yang aku suka hero dia is cite Jealousy Incarnate. HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

BEST GILA.

Okay cite ni kalau 10 bintang aku bagi 5 bintang je.

Memula je best lelama mengarut.



BTW AKU BARU JE PRINT MENDE NI NAK TAMPAL KAT PINTU PETI AIS.

HARAP ISTIQOMAH SEKIAN

U u u u a a a a

Semalam aku baca buku Cheeky Little Monkey kat Adam. Biasanya Adam akan tunjuk tunjuk pastu aku akan sebut apa yang dia tunjuk cam butterfly ke ape ke kan


Pastu semalam Adam tunjuk monkey. Aku pun buat la cam u u u u a a a a bunyik monyet gatai kan

Pastu tetiba Adam ikut. U u u u a a a a hahahaha tapi pelan pelan sangkut hahahah comeinyeee dua tiga kali dia ulang aku eksaited gile

Aku panggil bapak dia naik pehtu Adam da tanak buat da


Nanti kan jumpa nurse kan mesti dia tanya Adam da pandai cakap ape

Takkan aku nak jawab dia pandai cakap Da? Dengan u u u u a a a a HAHAHAHAHHAAH TOLONGG!

02 October, 2016

LENGKUAS


Wei rasa cm terpalit kat dahi la. Kahkah

Masa awal awal kawin dulu, aku acah acah nak wat pes tomyam. Aku pun ajak la laki aku beli barang dapur kat giant.

Dia bawak aku gi Giant Shah Alam Mall. Aku pun pusing la duk cari barang kan. Sampai la kat satu barang ni, aku cam stuck sebab aku tak tau rupa dia.

Ko tahu padia?

LENGKUAS.

Aku tanya laki aku, dia pun tatau. Punya la gelisah siap google tapi internet tak kuat.

Last last ku tebalkan muka setebal kerak kaki roslan jiran belakang rumah, aku tanya lah makcik yang tengah duk pilih pilih berdekatan dengan tempat halia lengkuas semua tu.

Aku : "Cik, nak tanya boleh tak?"

Acik : "Ye saya, nape"

Aku : "Yang mana satu lengkuas?"

Acik : *gelak sambil tunjuk lengkuas*

Aku : "ohh aaaa ni ehh ok cik mekasihhh ni sebab dia label bahasa omputih saya pun kompius,"

Acik: "orang pompuan kene la tahu mana satu lengkuas ngan haliaaa,"

Aku : "tu la saya pun tak tahu tu yg saya tanya acik tu,"

Acik : "Ni mesti da kahwin baru nak masuk dapur ni,"

Hmmm k T_____T

01 October, 2016

KEROPOK UDANG SILA PEGI NINGGEI




Aku otw gi Penang kenduri kawen kawan laki aku. Aku bosan anak aku da tido. Aku pun bukak la keropok udang nak ngap ngap

Pehtu untuk memecahkan kesunyian, aku pun acah acah nak melawak ngan laki aku

Aku : "Abang, Eny makan kopok ni teringat ijad. Dia takleh makan udang nanti alergi pastu bila dia teringin nak makan udang dia beli la kopok ni,"

Laki aku menunjukkan aksi positif. Laki aku ni kalau senyum ke sengih ke memang dengan mata mata dia skali sengih. Aku tengok dari cermin pandang belakang la cite dia.

Eny : "Skali kan bang, muka dia naik alergi jugak. Haha keropok udang pun takleh makan hahaha lawak kan abg lawak kan hahaha abang cpt la gelak,"

Dia sengih mata jela aku nampak tapi.

Eny : "Abang, tak lawak ke nape abang tak gelak,"

Abang : "Lawak memang lawak tapi kalau dah dengar cite ni sampai dua kali tak tahu la nak kata lawak ke tak,"

K

Dracula pok hang

Hai gais. Aku tengah pakai masker kunyit+madu+yogurt. Leh lak masker aku ni terkena baju T_____T camne nak hilang kan sobs T_______T

Sekarang dimana mana bau kunyit since aku kena pakai sampai kul 12.30am ni. Sekarang baru pukul 12.06am. Menguji kesabaran minda betul. Terasa cam bersama ikan goreng apakandaya cantik punya pasal 

Masalahnya rupa aku camni jela idok le cantik mane pun puih

Akak aku la ni punya pasal suh aku buat masker ni pastu tadi aku pun acah acah suggest kan dia treatment

Aku : "Awak jom buat treatment pemende tah nama dia Dracula,"

Kak ogy : "Saya tahu gak tu. Vampire la,"

Aku : "Haa vampire haa .."

Krik krik. Jahanam betui boleh plak aku sebut dracula tu la eny hidup ko ni kalau tak memandai tak sahkan boleh tak berenti aib kan diri sendiri kalau tak tahu jangan buat buat tahu boleh tak eiiii

Segan la dracula pemende vampire la aduuu mase tu rasa cm nak sorok muka kat dalam lubang jamban je tapi aku buat buat sengal ubi cam biasa la so takde la aku kene bahan kalau aku on the spot bagitahu akak aku yang aku kecewa dengan diri sendiri camne aku leh tersebut dracula instead of vampire mesti aku kena bahan tanpa henti ffff

Ok dracula ke vampire ke gi mati skang