10 November, 2016

DURIAN DIGITAL'S VOICE OVER AUDITION : MIKA & HANA!


Semalam aku pergi audition Didi And Friends! Kali ni DD cari voice talents untuk animasi versi islamik. Sebenarnya aku memang dah bagitahu laki aku yang aku nak try nasib. Tapi laki aku dia tak dapat anta sebab weekdays. Aku pun dah pasrah dah sebenarnya.

Pastu pagi tu bangun tido aku pun sesiapkan anak aku, laki aku yang nak pi keje. Pastu aku rasa cam nak pegi jugak audition tu. Aku pun jenuh la mencari mana la iklan tu duk jenguk wall fb si Sham Hardy sebab dia yang tagged aku suh aku pegi try.

Tengok tengok start pukul 10 pagi. Damn mase tu dah pukul 9 kottttttttttttt. Aku check Waze, 34 minutes nak sampai sana kalau dari Shah Alam. Aku terus call laki aku tanya sempat tak kalau aku gi sekarang. Laki aku kata tak sempat la jem la. Aku pun dah pasrah sobs. Aku call mak aku suh sesiap japgi uber mai. Mak aku duk bebel bebel dah makan masa 5 minit dah.

Letak je telepon terus aku mandi lelaju nyempat jugak la aku mekap sementara tunggu mak aku sampai.

Sampai je mak aku, terus gerak! Waze kata aku sampai nanti pukul 10.04am. OK LA KANNNNN

Sampai je Cyberjaya, cam bese la. SESAT. Duk mencari la mane la dia Block C kat Co-Place 2 tu. Jenuh. Aku tengok ramai gak sesat mencari. Lega gila sebab bukan aku sorang yang lambat KAHKAH

Last last jumpa. 10.30am jugak la aku sampai. Rasa macam mimpi. Padahal tadi dah pikir dah malas nak gi. Tu la orang kabo nak seribu daya taknak seribu dalih.


Budak kenit ni dah kelam kabut tak padan ngan kenit
Salah satu dari script yang aku kena nyanyi satgi


 Turn aku no 9. Aku eksaited sangat. Aku rasa cam kompiden sangat so aku pun tak bape nak berlatih pas dapat script. Dia suh pilih, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, ngan Arabic. Aku pilih Malay ngan English.

Bahasa Melayu takda pilihan. Ade satu je.

English ada 3 pilihan. Lagu Twinkle Twinkle Little Star, lagu If You Happy and You Know It, ngan lagu Itsy Bitsy Spider. Opkos aku pilih lagu twinkle twinkle. Senang sebab aku duk salu nyanyi kat Adam kakakaka.

Sampai je turn aku, aku pun start la ngan script bahasa melayu. Orang tu tanya aku, aku keje mana. Aku kabo ler aku surirumah. Dia tanya ehh da kawen keeee. Aku pun kabo da ade anak satu daaaaa. Dia cam ehh yekeee haa kenapa suara awak macam niiii 😂

Aku bagitau diorang, aku pernah gi audition Lescopaque, ngan Didi and Friends jugak.

Pas aku nyanyi tu, dia suruh aku try lagu didi. Dia kata kot nak cari suara didi ke kan. Aku pun nyanyi lagu tayar bas. Hahha diorang semua excited. Aku pun jadi excited la. Jangan tak dapat sudah!



Aku kalau tengok lagi didi and friends tu. Masa last kan dia ade tunjuk list didi sape nye suara, nana sape nye suara. Aku duk pikir bila la nama aku nak kua kat situ. Ahhhh berangan la Eny

Jangan berharap sangat. Karang kecewa apa pun tak dapat kahkah sekian

03 November, 2016

Sedih



Seperti biasa, aku akan down bila tertengok orang lain punya artwork yang double triple hebat dari aku yang memang tak hebat mana ni.

Nak asah skill ni makan masa. Untuk surirumah sepenuh masa macam aku ni agak payah nak hadap laptop lama.

Aku bila tertengok artwork orang start la down pehtu tetiba mode hiatus zz sedangkan orang lain mencanak canak semangat nak buat duit. Aku?

Aku tengah cari diri aku sebenarnye. Aku tengah cari style sendiri. Memang la sekarang ni sume style aku tapi aku rasa macam tak cukup.

Sedih la :(

01 November, 2016

Grand Reopening Sincerely By Us Boutique (SBU)

Sabtu yang hening aku dengan penuh semangat yang membara pepagi buta dah jejakkan kaki ke SBU Shah Alam dengan harapan nak bawak balik 2 helai Premium Shawl secara percuma. Maaf perangai cheapskate ni memang dah takleh dibendung lagi. 


SBU buat Grand Reopening sabtu lepas. SBU kabo 50 pembeli pertama akan dapat dua Premium Square Shawl secara percuma maka aku la yang paling gembira. Belum pape dah berangan nak bawak balik 3 helai shawl yang lawo. Siap dah plan nak bawak balik yang mana uhuk uhuk suka hati aku lah kan nak berangan kan bukan kena bayar postage pun free of charge k.
Aku target Mackenzie ngan Penelope. Lagi satu aku tak kisah la



Bila dah berangan, kena lah realisasikannya maka dengan itu aku pun ajak kakak aku pergi SBU pagi tu. Depa kata kalau bawak baby bawah dua tahun boleh dapat fastlane. Maka (lagi) dengan itu aku pun menyalahgunakan kewujudan Adam lalu aku pun mengendong beliau dengan harapan dapat membeli secara tenang KAHKAH cowie Adam

Muka Adam redho
SBU sediakan makanan skali. Ade cendol, keropok lekor ngan apam balik. Pening jugak kepala aku duk bau makanan perut pun lapar Adam je la tak berenti ngupngap ngup ngap makan roti. Aku sebagai seorang Eny sanggup menahan lapar demi 3 helai tudung ecececece

Makin lama makin ramai. Aku rasa cam takde peluang je. Aku siap duk paling depan kot.

Masuk je terus semua berlari bagai tiada pedoman aku sampai pening kot. Bukak je pintu semua macam lembu berlari masuk butik tolak semua orang habis keluar semua perangai bangang forever depa. Paling bengap yang takleh diterima ialah ada orang tarik tudung dari tangan aku. Aku da dapat dulu kot. Pastu dia tarik? Sampai terlepas? Nasib la aku pegang Adam kalau tak memang aku hayun ko skali.

Aku rasa first time kot berhadapan situasi orang hilang akal sebab tudung (?) Punya la hebat fanatik SBU sampai orang boleh cenggitu skali berebut? Power.

Last last ko takyah tanya la. Memang angan angan tinggal angan angan jela. Tak dapat wei tudung 2 helai *shingshingairmatabercucuran* T____T

Takpela. Aku dapat goodie bag yg bernilai RM250 tu. Ok la jadi la dari takde.

Pastu aku beli Mackenzie. Kakak aku blanje adiah arijadi. PENELOPE YAYYY!

Penelope i. MAKASHI YAAAAAAAAA
 Dalam Goodie bag tu ade tudung mak jemah, ade square shawl aku bagi akak aku, pastu ade nail polish yang boleh kopek tu, pastu ade headband aku lupa nak bagi kat Aisya, pastu ada ape lagi eh. Ade sabun bear pemende tah. Haaa ade jamu wei. Jamu Tun Teja. Dia bagi trial pack. Dalam pack tu ada 5sachet. Aku dah try consume dah hari ni. Nanti aku bagi testimoni k!

Ngan mija. kecedihan sobs
 Pastu aku jumpa Blowie ngan AyongQiela. Lama gila tak jumpa dak Blowie ni. 2 tahun lebih gak rasanya. Last jumpa masa aku kawen ritu. Dia baru abes study kat UK. Dia mai SBU ni pun sebab dia agen.
Aku terserempak ngan Ayong mas atengah berebut bayaq kat kaunter. Comel gila anak dia. Cian dia panas nantok eiii next time kakak cubit pipi awak ok! 

HAHAHA MATIKSLAH KAKAK HAHAHAHAH



pehal mata aku 

Adam taknak lepas dari Blowie. hahahaha da kenapa pulak hahahah

Dah la shawl free tak dapat. Frust nyaaaaaaaaaaaa. Hmmmm. 
NAK TAHU APA DIA YANG PALING EPIC???































NI.



28 October, 2016

PANAS HATI BETOL HAK ELAH

Berdentum berdentam kemaen depa ni beraya sakan anak aku terjaga duk ukk akk ukk akk nangis. korang ni memang betul taknak raya ke esok? *asah parang*

19 October, 2016

Kasih ibu

Aku done buat garlic sock Adam. I love you Adam. Muah

Sok pagi aku nak mandikan adam air suam+lemon. Sambil mandi sambil wapkan dia. Percussion. Pastu aku nak sterimar, pastu sedut. Cepat la sihat Adam!

Pastu nak masakkan sarapan. Buat lempeng yogurt. Pastu bagi dia belen yogurt.

Tengahari takyah masak. Sebab laki aku dah masakkan spaghetti bolognese malam ni. A ah dia tengah masak ni. Aku nak tolong tadi, dia kata jangan kacau resipi dia eleh poyo sangat. kah!

Petang aku nak ajak dia main kat luar. Sok pagi aku nak suh laki aku alihkan keta siap siap. Miahahahahahhaha

Adam cepat la sihatt. Mama syg adam sangat2. Lef yu

18 October, 2016

Segar

Laki aku baru balik keje. Aku pun terus hotdog 10 ketul. Aku ajak laki aku sembang, tapi dia tengok telepon. Dia kabo malam ni ade bola. Tapi dia da ngantok. Apa susah? Takyah la tengok kan hahaha ape la ke payahnye insan bernama lelaki ni miahahahahahha

Pastu da abes makan, dia masuk jamban. Aku pun letak pinggan kat sinki. Malas nak cuci sok pagi jela. Pastu aku tetiba diilhamkan sesuatu.

Aku : "Abang, abang nak segar tak tengok bola?"

Abg : "Camne?"

Aku : "Basuh pinggan,"

Tetiba sunyi.

HA TAU PUN!

09 October, 2016

Cian anak aku

Anak aku demam. 39.2 . Tinggi. Dah lama dia tak demam. Last dia tak sihat aritu masa yang dia suspek HFMD. Tu je.


Tadi gi kenduri kat Kepong. Sampai je umah paklong laki aku, Adam meragam sebab sepanjang perjalanan dia tido. Tapi memang panas badan dia.


Kesian anak aku. Gigil gigil. Renyah kot tak selesa. Nangis merengek je. Duk merengek camtu lagi aku rasa cam nak ngusik. Aku lap sungguh sungguh dia taknak. Tapi nak taknak kena terima jela ye nak, mama nak awak sihat.


Ni badan dia dah kurang sikit panas. Lega aku. Now dia tengah tido peluk bapak dia.


Cepat la sihat Adam. Susah hati mama.

06 October, 2016

Atikah Kadir dah bersalin

Semua orang tanya aku, bila nak tambah baby bila nak tambah baby ingat nak tambah baby tu hanya boleh disemai benih ke pokok pokok, siram dan tumbuh baby ke cane semudah ABC

Bukan aku taknak tambah anak, aku la yang paling nak tapi nak wat cane dah belum ade rejeki. Lagi pun aku kan c-sect masa bersalinkan Adam. Doc nasihat suh tunggu 2-3 tahun tapi actually aku tak kisah pun berserah je la tadah je la MIAHAHAHA.


Aku baru lepas ziarah anak Tieka semalam. Dia masa pregnant terseksa la hai gatal sana sini ngan parut sana sini muka bengkak sampai hari terakhir dia peknen pun dia da nanges sebab tak tahan gatal teruk. Nasib baik air ketuban pecah. Dalam setengah jam dia bertarung dalam labour room, setengah jam lagi tu dia bersalin.

Sekejap je. Tulah kebesaran Allah kan. Masa pregnant punya la susah, dah bersalin senangggg je. Alhamdulillah.

Anak dia nak panggil aku ape tah. Naza dah acu. Aku pun acu jugak. hnssfff. Nanti la aku pikirkan.


BTW baby dia baby girl. Aku tatau nama dia apa. Semoga nama anak dia Siti Nur Aini mana tahu boleh jadi kiut cam aku. KAH!

Smelly No More weeheuuuu



Aku beli mende ni tadi. Aku dah kusut memikirkan ape yang aku nak sapu kat ketiak aku ni. Aku dah try macam macam jenis deodorant tapi hasil dia sume buat perabih duit.

Aku dah try pakai Rexona eiii melekit tak ukeeeeeeeeeeeeee..

Aku dah try pakai Lady Stick. Wangiiii tapi masa mandi cam tak best dia cam melekat gila. Even da scrub pun x best.

Aku dah try DR MIST. SAMPAH

Ni aku try la beli mende ni since banyak review. RM16 je aku beli Smelly No More from total image ni. Tatau la ok ke tak. Esok aku nak try wuhuuu! nanti aku buat review k! Bye

05 October, 2016

Cinderella and Four King


Haaaa aku tak sangka aku dah habis tengok cite ni. Aku tak sangka cite ni abes cepat sangat. Memula rasa cite ni best end up cam sampah KAHKAH aku tak puas hati sebab dia tak couple ngan Seo Woo.
Aku memang salu suka second hero. Tak pernah suka hero. eh pernah la!

Satu satunya cite yang aku suka hero dia is cite Jealousy Incarnate. HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

BEST GILA.

Okay cite ni kalau 10 bintang aku bagi 5 bintang je.

Memula je best lelama mengarut.



BTW AKU BARU JE PRINT MENDE NI NAK TAMPAL KAT PINTU PETI AIS.

HARAP ISTIQOMAH SEKIAN

U u u u a a a a

Semalam aku baca buku Cheeky Little Monkey kat Adam. Biasanya Adam akan tunjuk tunjuk pastu aku akan sebut apa yang dia tunjuk cam butterfly ke ape ke kan


Pastu semalam Adam tunjuk monkey. Aku pun buat la cam u u u u a a a a bunyik monyet gatai kan

Pastu tetiba Adam ikut. U u u u a a a a hahahaha tapi pelan pelan sangkut hahahah comeinyeee dua tiga kali dia ulang aku eksaited gile

Aku panggil bapak dia naik pehtu Adam da tanak buat da


Nanti kan jumpa nurse kan mesti dia tanya Adam da pandai cakap ape

Takkan aku nak jawab dia pandai cakap Da? Dengan u u u u a a a a HAHAHAHAHHAAH TOLONGG!

02 October, 2016

LENGKUAS


Wei rasa cm terpalit kat dahi la. Kahkah

Masa awal awal kawin dulu, aku acah acah nak wat pes tomyam. Aku pun ajak la laki aku beli barang dapur kat giant.

Dia bawak aku gi Giant Shah Alam Mall. Aku pun pusing la duk cari barang kan. Sampai la kat satu barang ni, aku cam stuck sebab aku tak tau rupa dia.

Ko tahu padia?

LENGKUAS.

Aku tanya laki aku, dia pun tatau. Punya la gelisah siap google tapi internet tak kuat.

Last last ku tebalkan muka setebal kerak kaki roslan jiran belakang rumah, aku tanya lah makcik yang tengah duk pilih pilih berdekatan dengan tempat halia lengkuas semua tu.

Aku : "Cik, nak tanya boleh tak?"

Acik : "Ye saya, nape"

Aku : "Yang mana satu lengkuas?"

Acik : *gelak sambil tunjuk lengkuas*

Aku : "ohh aaaa ni ehh ok cik mekasihhh ni sebab dia label bahasa omputih saya pun kompius,"

Acik: "orang pompuan kene la tahu mana satu lengkuas ngan haliaaa,"

Aku : "tu la saya pun tak tahu tu yg saya tanya acik tu,"

Acik : "Ni mesti da kahwin baru nak masuk dapur ni,"

Hmmm k T_____T

01 October, 2016

KEROPOK UDANG SILA PEGI NINGGEI




Aku otw gi Penang kenduri kawen kawan laki aku. Aku bosan anak aku da tido. Aku pun bukak la keropok udang nak ngap ngap

Pehtu untuk memecahkan kesunyian, aku pun acah acah nak melawak ngan laki aku

Aku : "Abang, Eny makan kopok ni teringat ijad. Dia takleh makan udang nanti alergi pastu bila dia teringin nak makan udang dia beli la kopok ni,"

Laki aku menunjukkan aksi positif. Laki aku ni kalau senyum ke sengih ke memang dengan mata mata dia skali sengih. Aku tengok dari cermin pandang belakang la cite dia.

Eny : "Skali kan bang, muka dia naik alergi jugak. Haha keropok udang pun takleh makan hahaha lawak kan abg lawak kan hahaha abang cpt la gelak,"

Dia sengih mata jela aku nampak tapi.

Eny : "Abang, tak lawak ke nape abang tak gelak,"

Abang : "Lawak memang lawak tapi kalau dah dengar cite ni sampai dua kali tak tahu la nak kata lawak ke tak,"

K

Dracula pok hang

Hai gais. Aku tengah pakai masker kunyit+madu+yogurt. Leh lak masker aku ni terkena baju T_____T camne nak hilang kan sobs T_______T

Sekarang dimana mana bau kunyit since aku kena pakai sampai kul 12.30am ni. Sekarang baru pukul 12.06am. Menguji kesabaran minda betul. Terasa cam bersama ikan goreng apakandaya cantik punya pasal 

Masalahnya rupa aku camni jela idok le cantik mane pun puih

Akak aku la ni punya pasal suh aku buat masker ni pastu tadi aku pun acah acah suggest kan dia treatment

Aku : "Awak jom buat treatment pemende tah nama dia Dracula,"

Kak ogy : "Saya tahu gak tu. Vampire la,"

Aku : "Haa vampire haa .."

Krik krik. Jahanam betui boleh plak aku sebut dracula tu la eny hidup ko ni kalau tak memandai tak sahkan boleh tak berenti aib kan diri sendiri kalau tak tahu jangan buat buat tahu boleh tak eiiii

Segan la dracula pemende vampire la aduuu mase tu rasa cm nak sorok muka kat dalam lubang jamban je tapi aku buat buat sengal ubi cam biasa la so takde la aku kene bahan kalau aku on the spot bagitahu akak aku yang aku kecewa dengan diri sendiri camne aku leh tersebut dracula instead of vampire mesti aku kena bahan tanpa henti ffff

Ok dracula ke vampire ke gi mati skang

19 September, 2016

Permainan

Laki aku memang suka betul adakan permainan yang menarik tapi akhirnya aku yang menjadi mangsa.

Misalnya malam tadi, mertua aku bagi rambutan satu plastik.

Abg : "Ha apa kata awk buang kulit, pastu letak dalam bekas simpan dalam peti ais nanti kita makan sama sama nak tak??"

Aku : (separa sedar) "Bijak gak abang ni kan! Best nyaaa makan sejuk sejuk!"

Abg : "Okay cepat buat nanti kita makan okkk,"

Aku : "Err.. Kenapa eny?" 

😒

Haha so aku nak taknak terpaksa buat. Sekali masa nak start buat tu, aku tengok banyak gila semut tido kat buah rambutan. 

Semut yang pesen liat nak mati tu. Eiii geli betul aku tengok dia kumpul kat situ.

Last last aku ngelat gak. Pandai eh! Zz

14 September, 2016

SAKA BUTTERMILK CHICKEN DAH HILANG YAY



Hai gais aku syak saka buttermilk chicken aku dah ninggei. Kali ni buttermilk chicken aku menjadi yayyyyyyy tepuk tangannnnn

Mantap kaw kaw dengan mangkuk mangkuk aku bantai jilat weehooooo!

Laki aku pun tak tau aku ada habit jilat pinggan lepas makan. Sejak anak dara  sampai la kawen. Ada anak. Perghhh lagi lagi kalau megi. Pehhhh

Laki aku kalau tengok aku makan, memang sakit hati agaknya. Nasib baik tulang ayam tu keras. Kalau boleh telan ngan tulang tulang sekali aku kejekan. Laki aku dulu bila dia geram je dia curah air dalam pinggan aku. Teruk beno eny wei

Ha btw tadi laki aku tak sengaje terkabo kat aku yg aku masak padprik sedap. Esok dia nak bawak bekal gi keje. So aku kene bangun awal k! Nak set up bekal, ngan nak buat nasik goreng Adam.


Best betul hari ni. Suami balik keje, belikan aiskrim. Pastu makan, pastu tengok movie sama sama. Aaaaa hilang segala stress :)



Harap esok tak stress dah.

Tadi masa aku tengah setelkan baju kat dapur, Adam tetiba merengek sambil tunjuk dua dua tangan dia kat aku. Aku pun pelik dah kenapa anak aku.

👶 : "ekkkk.." *cebik*
👸 : "Adam nape? Adam jatuh ke? Mana sakit? Show mama,"

Dia tunjuk tangan dia. Aku pun tengok jari dia cam ade coklat2. Cam taik telinga je. Pastu aku pun bau.

HANTU BETUI TAHI RUPENYE.

Pantas aku bawa dia terus ke tandas. Hahahahahhaha bertuah punya budak garu bontot pulak dia. Bila tah dia berak aku pun tak perasan... Aaaa Adam! 

12 September, 2016

Wish me luck

Tak sabar siot aku nak test driving. Org kata skang da pakai kete iriz. Ah dulik. Aku rindu nak bawak kete manual sebenonye.

Debo siot kalau aku fail camne. Kene bayo lagiiii sobs. Nasib baik murah je lesen. RM500++. Maksud aku idok la sampai beribu riban khennn. So ok la mampu la.

Since lesen pun memang mende yang perlu pun. Payah siot nak gi mana mana. Nak gi mamak pun kena naik uber kahkah ape la hai eny. Dah kisah yang lepas usah dikenang k.

Aku duk pikior kalau takde lesen camne la aku nak anta anak aku gi ngaji, gi sekolah. Dah la bercita cita tinggi nak masukkan anak tadika tu, sekolah ni. Kena ada gak.

Semangat eny! Ko takleh gagal kali ni. Kene ade gak lesen. Go eny!

30 August, 2016

PUNCA

Aku benci bilamana aku nak update blog, aku rasa cam tak perlu. Padahal suka hati aku la nak update ape kan. Punca camni la blog aku terabai. Bukan ade orang baca blog aku pun. Yang nak pikir dua tiga kali nak update tu dah kenapa

Semalam throwback gambo sebelum kahwin. Pelik nye la hai kenapa berat aku dulu 55kg, tapi gemuk gila ya ampun. Sekarang berat aku 54 - 58 tapi still boleh dimaafkan. Kenapaaa? Adakah disebabkan hormon?



Yang aku tahu laki aku dulu kurus gila. Sekarang comel MIAHAHAHAHHAHAHA I LOIKE!

K dah habis bebel. Eh skati aku la kan nak tulis pendek ke panjang ke kan? Kenapa aku nak kene kisah? Bukan ada orang baca pun? Zzz

09 August, 2016

#ReviewCincai : 1 : Beautiful Mind

Serius la kul 4 pagi aku belum tido. Gilaaaa

Siang layan family, malam je ada me-time. Pastu sok pagi mata rabak. Takpe, aku sanggup. Miahahahhaha

Baru habis tengok Episode 10 cerita Beautiful Mind. Memula tengok cite ni rasa cam heroin tak cun la. Cerita serius sangat. Bila da tengok lelama, baru rasa best.

Kesian jugak bila takda perasaan. Sedih idak, marah idak, kesian idak. Syukur la aku masih mampu meroyan bila terpecahkan telur tembelang dalam megi yang dah gelegak. Syukur

Kot laki aku sayang aku tapi aku takdo perasaan ha tak ke haru tu. Ishhh syukurrr!

Aku suka la hero ngan heroin cite ni. Cinta berputik tu wat aku berangan sekejap padahal laki tersayang ada disebelah kahkah. Okay takde la sebelah sangat punn Adam tido tengah tengah zzz

Bukan berangan sebab apa, sebab cite ni best sangat aku rasa terkesan gak la.  Miahahahaha cukup eny. Sila tido. Sekian

05 August, 2016

BERAT BADAN MENCANAK TAKNAK KALAH


Ni Jumlah air yang diperlukan badan mengikut berat. Berat aku sekarang 58kg. Gila kan 58kg. Padahal sebelum kahwin berat aku 50. Paling berat aku pernah hadap, 55kg. Pas beranak MasyaAllah dia punya mencanak cam tak cukup napas tak nyabo nyabo nak jadi 60kg ke ohhh i kenot brain dis

Mende paling payah didunia is nak minum air sebanyak 2.3 liter. Sebenarnye boleh je cuma aku malas nak masak air bla bla bla. Abang bila nak pasang cowayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy ok ni bukan la tujuan utama post ni dipublish ni selingan je miahahah

Okay cite sekarang ni, aku dah setahun 7 bulan menyusukan Adam. Adam 2 tahun setengah baru nak wean off. So cite dia sekarang aku tak saba dah nak abes nyusu sebab aku nak diet kaw kaw cam sebelum kahwin dulu.

Diet aku ni, berat tak turun banyak tapi dari segi fizikal memang orang ramai tegur aku kurus. Hmm baju tunang aku memang aku takleh pakai dah.

SARAPAN - SEKEPING roti fibre Gardenia, 1/2 tomato, slice kan. Ha roti makan ngan tomato.

LUNCH - Nasik wajib ada. Tapi SATU SENDUK je. Ikan keli/Lauk ayam bahagian dada. Daging tak amek. Sayur banyak.

DINER (before 7pm) - Makan roti sekeping, karipap ke. Yang penting 1 je.

Air, sehari 2 litre.

TAK AMBIL GULA LANGSUNG. AIR GULA, GULA GULA, KEK, BISKUT, SUME TAK AMBIL. Aku anggap gula da ada kat nasik.

Air sejuk tak minum langsung. Apa tah lagi ais.

TU JE GAIS. Pastu aku minum teh detox de bella litchin. Berak berak pagi pagi gadoh kat traffic light Sunway. Padahal jauh lagi nak sampai lab kat Cheras. KAKAKAKA

Sekarang nak diet? Takyah la. Aku baru lepas makan cekelet. hahaha

19 July, 2016

TAK COOL OKKK BAWAK KETE PAKAI KASUT


Aku dulu mmg x tanggal kasut ke heels ke wedges ke kalau drive even kete manual pun. Sbb aku rasa tak cool gila kalau bawak kete tanggal kasut.

Tapi since aku perasan kalau aku tak tanggal kasut, mesti kasut aku rosak. Dulu aku drive kancil manual, ko pepaham la clutch dia punya degil macamana. Rabak kasut feberet aku.

Start tu memang aku kalau bawak kete bukak kasut.

Satu lagi, aku pernah alami, tekan brek pastu terlepas masa tu aku pakai selipar jepun. Sikit lagi nak belanggor

Sekarang lagi power. Takleh drive langsung. Ngko jangan tanye kenapa!

18 July, 2016

KESAL TIADA GUNA


Duk kusut kusut ni aku bleh plak ter create page blog sendiri. Lepas buat tu terasa sesal tak berguna lagi hanyalah tinggal kenangan dari dulu aku teringin nak buat mende ni tapi aku rasa cam segan gila cam syok sendiri ja sampailah semalam aku hilang pertimbangan lalu aku ter create mende yang tahape hape oh men i kenot brain dis

Tu la orang tua kabo tak semestinya kita kena dapat ape yang kita nak sekarang sesal pun tiada berguna malu pun menebal aku pun tatau ape nak buat ngan page ni so kot korang rasa korang suka baca blog tahape hape aku ni sila la like page ni ok pastu komen la sikit jangan la biarkan hambar k gais k k k

Adam tak sihat. Suspek HFMD tapi aku doakan agar dia tetap jadi suspek buat sakit sebenar. Mulut dia ritu penuh dengan ulser. Memula taknak ler makan ke ape ke kan tapi bila da dua tiga hari terus selera makan cam orang tak sakit peh power gila aku ulser seketul pun da meroyan sobs

Bab taknak menyusu tu paling sedih aku duk pam pam dapat 1oz 2 oz je so sad down teruk sampai terbuat page sendiri kat fb hmmm

Baru sekarang aku sedar rupanya susu aku sikit. So aku kena bekerja keras untuk pam susu untuk adam.

SO AKU NAK BELI BEG NI ACI TAK

Laki aku mesti tak setuju tapi aku nak nak nak

Tapi design ni same ngan design gabag kak ipar aku tapi ni je yang aku kenan.

Ade orang nak bagi hadiah? PLEASE?


29 June, 2016

AKIBAT GELAKKAN KUIH RAYA ORANG

Tadi aku buat egg tart. Ikut la resepi video kat fb. Macam sonang ja.

Kak ogy kabo nak datang kul 12.30 amek aku. Time tu da pukul 11.30. Tapi aku tetap nak buat jugak eggtart. Aku pun duk ayak tepung, segala bagai.

Aku pun gaul punya gaul tepung ngan butter. Pastu letak eggyolk. Gaul gaul lagi pastu aku cam eh pehal la tak jadi doh macam dalam video T____T

Kurang tepung kot. Aku pun bukak balik video tengok dari awal.

The

Terus aku tercengang kejap. CAKE FLOUR?????? Woi aku guna tepung gandum la woiiii. Alahai. Kucar kacir cari baking powder. Tapi cam da terlambat je. Hmm gasak la aku tabur la jugak 1 sudu kecik. Pastu cam tak sekata ah gi meninggei la. Aku tambah lagi tepung. Uli uli uli. Simpan doh dalam peti ais.

Aku buat dia punya inti telur tu.


Aku rasa cm banyak sangat je tapi aku letak gak. Ape la ke bengapnye Eny.

Hasil dia?


Ni la akibat dia bila gelakkan kuih orang tak jadi kat fb. Ni lah dia! Sobs




21 June, 2016

Uber

Aku kat hotel area Ipoh. Tengah sembang ngan akak aku. Sambil bawak anak aku main permainan berupa hello kitty masuk je token hello kitty tersebut bergerak menyanyi menari nari. Anak aku gembira.

Tetibaa ku rasa cam nak balik rumah. Sebab aku nak bersiap pegi dewan sekolah hari ni ada event. Aku gi ngan mak aku. Aku ajak akak aku anta mati mati taknak anta sebab semua dah ngantok.

Tengah sesiap tu aku duk cari anak tudung tak jumpa jumpa. Baru teringat aku tertinggal anak tudung kat rumah Katak, sepupu aku. Aku call Katak. Dia kata dia tengah tido.

Aku pun buat keputusan taknak pakai anak tudung. Pantas laki aku dering. Hmm nak taknak kena cari juga.

10 minit lepas tu, tetiba ade orang hon. Rupanya Katak datang hanto anak tudung. Pehh lega.

Aku pun buka applikasi uber. Cari uber dari lokasi berhampiran nak pergi ke sekolah.

Ade, perempuan. Tapi sejam? Dan dia dari Simpang Pulai? Oh men jauh gila weiii. Aku pun cancel uber. Agak agak la jauh gitu kan wei. Aku pun mencari lagi.

Tunggu punya tunggu, uber yg sama jugak yang offer! Gila la sejam. Jauh gilaaa. Simpang Pulai? Biar betul?

Sekali tetiba laki aku kejut aku sebab aku hampir hempap Adam. Lantas mencari telepon, nak tengok dah kul bape.

3.48am.

Ah aku belum masak nasik. Laki aku nak makan nasik gak.

Hmm yelah. Ok gais. Jom sahur


14 June, 2016

BAZAAR MAHEI 2016

Hari ni malas masak pastu acah acah teringin nak gi bazaar pastu pujuk suami ajak pergi bazaar.

Ayam golek yang ku idamkan sekor RM20 (?) maka batalkan la hasrat nak cekik ayam golek. Setengah ekor rm12 apemende la. Patutnya sekor rm20 setengah rm10 la sape ajar ko matematik masa sekolah ni?

Rm15 perabih dpt kepak ayam 3 ketul, bubur nasi, roti john, dadih dan air teh bunga. Air teh bunga tu rasa dia cam ais kosong tp bila minum gigit2 rasa bunga.

Tu pun dapat kurang singgit dua sebab laki aku tawar menawar nak dekat buka. Kalau tak bubur RM5, Roti John RM5, Kepak Ayam 3 ketul RM4.50, Air teh bunga perisa ais kosong RM2, dadih je RM1 satu tu pun tahap hape la rasa dia.

Tobat g bazaar!

08 June, 2016

KO JANGAN SEBUT COTTON AKU KATA!

Haram betui cotton ke baju renang tak gune

07 June, 2016

RESIPI DAN REVIEW AIR NABEEZ SERTA KISAH KURMA YANG MENYAYAT HATI K GAIS

JANGAN DAHULUKAN BUKA PUASA DENGAN KURMAMemulakan makan kurma semasa berbuka adalah tidak sihat
Baru dgr ceramah agama...masa buka puasa kita mkn kurma dulu sblm ni kan.?.ustaz ckp td kurma x boleh..yg boleh rutab atau tamar
Ustaz ckp..buka puasa tu kita buka mkn la rutab atau tamar dulu ngn air suam....pas tu kita solat dulu kan..
jgn makan kurma..sbb kurma ni mcm2 kurma  ada ...ada kurma ayam..kurma daging....kurma kambing

LAWAK JANGAN MAKAN KURMA NI PATPLOH PAT KALI AKU BACA PATPLOH PAT KALI AKU TERKENA LA HAI

Bila baca mesti baca eh sesat mane ustad ni pehtu bila baca sampai abes baru ku sedar aku terkena lagi buat kali ke berapa tah. Pelupa teruk.

Ha cite pasal kurma ni,. Aku nak kabo. Hari ni aku cargasssss ya. Aku basuh baju, ( guna mesin kalau tak tekan butang mesin pun tak larat gais) sidai baju, er lipat baju belum err

Ha aku cargas la cita dia. Kemas tu ini siap plan nak buat kuih buah melaka lagi tapi malangnya takdak daun pandan mak aku kata guna pewarna je takpe masalahnya takkan la buah melaka warna pink? Ape ni? Dapur aku ade pewarna pink je hnssfff

Ok sambung. Kenapa aku bertenaga? HAAA kalau tak melepet je kan. Susu pun berdesup.

NI LA RAHSIA DIAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

AIR NABEEZ!
3 biji kurma di buang bijinya ; carik carik kan ;  letak dalam gelas
Tuang air sampai penuh segelas air. Air biasa je takyah suam takyah panas takyah sejuk k gais
SIAP! SIMPAN SOK NAK MINUM SAHUR
Malam pas terawikh tu buat la siap nak minum sahur sok. Gerenti cargasss cam aku. Aku dapat resipi ni dari facebook.

NAK TAHU APA KISAH KURMA YANG MENYAYAT HATI?


MAHAI BAQHANG. Aku tatau lak kurma se mahai ni. Laki aku bawak balik semalam terkejut beghok aku weiii aku ingat belas belasan je. Laki aku kabo sape suruh aku mintak kurma ajwa aaa aku mana tahu kurma ajwa rege sebegini. Aku ingat belas belas je #shingshingairmatabercucuran

Makanya tak jadilah aku nak mintak laki aku belikan sambal hitam T_____T Tak gamak wei aku hahahahahahahhahaha isteri mithali dak KAHKAH

OOO SAMBAL HITAM MAHAI TAKPAAA KURMA MAHAI BISING aaaaa aku ni bukan peminat kurma sebab masa kecik kecik abang aku kabo kurma tu lipas tapi ni pasai menyusu ni nabeez punya pasal aku telan jugak la

OK TU JE. BYE


06 June, 2016

PUASA HARI PERTAMA YANG GAGAL

Puasa hari pertama yang gagal bagi aku. Eh aku posa penuh arini takdak halfday k.

Bukak posa buat ayaq skali sedap bancuh pastu bukak peti ais nak amek ais sekali ngkoooo ais takdak!
RASA CAM NAK GI MEREPUT TIME TU JUGAK dah la aku bagi harapan kat laki aku sirap ais peh kalau dapat hirupan time tu memang mantap tapi apakandaya sirap ais jadi sirap suam blerghhhh benci aaahhh

Nak simpan buat sahur kejadah apa sahur minum air sirap takkan nak simpan untuk tengahari kot HAHAHA OK ACAH JE

Okay kali ni ayam goreng aku menjadi. Aku dah tahu dah cara goreng ayam sebenar. AKHIRNYA!!!

1. Ayam kena betul betul cair.
2. Minyak kena banyak sampai ayam tu tenggelam.
3. Api kena kecik.
4. Sebelum ang taruk ayam kat dalam kuali, ang kena pastikan minyak betul betul panas. Jangan bengap pi celup tangan plak. Mak aku dulu ajar kalau nak tengok minyak tu kalau berubuih buih lagi maksud dia belum panas. Kalau hilang habis dah buih dia maksud dia panas bebeno dah tu
5. Okay kalau dah panas, masukkan ayam dalam kuali.
6. TUTUP KUALI guna la penutup kuali ikut suka ngkolah nak guna dulang ke guna tudung periuk ke asalkan kuali tu tertutup supaya haba yang terperangkap tu menyelinap masuk kedalam ayam hingga ke tulang hnssfff hnssfff

CAMNE NAK TAHU AYAM TU DAH MASAK?

HAHAHAH AKU PUN TAK TAHU. AKU PAKAI TEKA JE.

Dulu mak aku ajar kalau nak tahu ayam ke ikan ke kalau dah boleh angkat, make sure kuali da tak bising berdesir bagai. So kalau cam da tak bape nak bising tu boleh ler ko terbalik kan ayam tu jangan ngan kuali kuali skali ko terbalikkan sudah ok fine tak lawak

Ha takat ni clue aku pakai kalau nak tahu ayam dah masak ke dah boleh terbalikkan ke aku dengar bunyi dia. Warna kuning keemasan tu sume tak leh percaya. DONGENG!

Okay habis dah tips menggoreng ayam dari insan yang sering gagal menggoreng ayam. KAMON LA NI SUME CAKAP DARI SEGI PENGALAMAN DALAM BUKU TAKDA TIPS TIPS NI KAMON LA

Ok. Ape lagi yang gagal hari ni?

1. Gagal taknak minum air sejuk. Tu aku bedal dulu T____T TAPI BUKAN AIS. So cam boleh dimaafkan. KOT

2. Gagal taknak makan mende manis. Aku tak tahan tengok cekelet cip alyn. Sakit jiwa aku tengok dia duk diam dalam tapawe tu. Heiiiiii gerammm dua ketui jela aku makan tapi

TU JE KOT.

Harap takda kegagalan di masa hadapan. AMIIN BYE



03 June, 2016

[REVIEW] : STERIMAR UNTUK BABY

Memandangkan laki aku baru je lepas bayaq domain.. Makanya aku terpaksa la update blog miahahahahah jaga hati weii 

Cite dia skang ni kenapa Adam dah setahun lima bulan baru aku tahu kewujudan mende ni alaaa aku nak amek gambo mendenye tapi penuh dah tepon ni. Google kejap.

Haaaa ni la dia menatang yang kita bincangkan hahaahaaaaaaaa to diaaaaa

Adam selsema. Aku da kusut ngan nasal aspirator yang tahpape. Manjang masuk dalam mulut je mucus si Adam ni.

Alang alang da masuk dalam mulut tu aku sedut jela guna mulut! Ha selesai!

Sekali aku plak sakit tekak. Lama lama jadi batuk. Cite dia da batuk pastu Adam jangkit. Pastu berkahak. Pastu aku mereput.

Alahaiiii mende yang paling payah sepanjang aku jadi mak ni, bila anak batuk selesema. Alahaiiii menduga betui. Berjaga malam tu dah pasti. Sakit hati dengar napas krohhh krohhh tu yang takleh diterima akal. Rasa cam nak sedut je guna vacuum hadiah cabutan bertuah ritu.

Bila tah nak beli penyedut baru. Korang jangan bila nasal aspirator jenis ni k jap aku google gambo.
Sumpah tak best. Siyes laaaa! Yang ni pun jangan!

Aku rasa ni lagi sampah kot. T____T

Okay sebenarnye yang elok kena beli yang filter so elak mucus dari masuk dalam mulut. Bila mucus masuk dalam mulut tu start la ko tak sihat kang camne nak jaga anak?????

Aku nak beli ni Nasal Aspirator brand Piyo Piyo. Menarik! Harga idok ler mahai mane just nice la. Tapi tahap keberkesanan dia aku tak sure. Ke korang ade yang lagi best???????

Okay sambung topik asal.
Masa memula aku pakai kan kat Adam sterimar ni. Aku laki bini blur ayam cane la nak pakai kan je. Aku spray. Kiri kanan. Pastu bio kan meleleh. Lap lap je.

Pastu aku rasa cam ehhh apesal orang lain kata sterimar ni menarik kenapa aku rasa cam ehh sampahnya haaaaa

Aku call la Iput tanya dia sebab dia pun pernah pakai mende ni.

Hmmm rupanya cara aku guna sterimar tu salah. Cara guna sterimar yang betul ialah..

1. Dudukkan anak anda.
2. Kalau dia tak meronta, spray je, kira sampai 3. Pastu stop.
3. Pastu buat lagi sebelah. Kira sampai tiga pastu stop.
4. Pastu lap hidung dia
5. Terus sedut hidung!

Kompem keluar segala lendir kahak jijau ke kuning ke semua! Memang puas hati la rasa dia macam kepuasan ko tengok video orang picit jerawat haaaa kan syok kan

Anak ko kompem meronta ronta yela kena sedut. Tapi pastu anak ko lega. Takde da lelehan hingus, takde da meragam tido. Yayyy!

Sehari boleh buat 3-4 kali kot. Esok aku nak buat lagi!

Pagi esok nak wapkan adam sambil mandi lemon. Pastu nak buat percussion.
Pastu nak sterimarkan hidung dia pastu seduttt! Yayyyyy!

Ok dah habis bye




28 May, 2016

AYAM GORENG


ok ni cerita sedih kenapa setiap kali aku goreng ayam mesti jadi terlebih masak (hangus?) atau tak bape nak masak. Paling turn off bila isi dia basah basah lagi dan ada darah perghh nak termuntah siot.

Apa ciri ciri yang ayam tu dah masak aku rasa aku dah ikut da segala pantang larang beliau iaitu masak menggunakan api kecik serta masak lama sikit (selepas itu ia menjadi hangus) maka dengan itu aku tuka trick dia dengan membuat anggapan bahawasanya ianya masak bila sudah kekuningan.

Tapi ternyata palsu bila ayam tu bila luar dia macam kepsi tapi dalam berayaq! Berlendiaq! Nasib baik suami tak mengamuk?

Apa lah dosa aku ngan ayam goreng. Apa tips sebenar? Apa salah aku? Oh Tuhan ku mau yang terbaik terbaik buatku insan kerdil ini

sekian

25 May, 2016

[Video] : Sufian Suhaimi - Terakhir



Lirik Sufian Suhaimi - Terakhir

Mengapakah kita Selalu Berjauh Hati
Selalu menyendiri dan Terasa Hati
Apakah kita Tak Sehaluan Lagi
Berat Bagiku x2

Melepaskanmu bukan mudah bagiku
Untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mengenangkanmu
Apakah salahku
Kau buatku begini
Selalu sendiri
Tinggal sendiri
Terus sendiri
Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku

Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali menguasai diriku

Oh tuhan
Ku mahu yang terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini

Oh tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buat diriku.

MANTAPNYE VIDEO CLIP OFFICIAL LAGU SUFIAN SUHAIMI NI... AKU TAK EXPECT PUN KAWAN DIA PUNYA LAGU DIA MAIN BALIK. POWER!

20 May, 2016

TOLONG LA JANGAN LIBATKAN ORANG

Aku tak paham wujudnya manusia yang pentingkan emosi diri daripada kepentingan lain contohnya perasaan orang sekeliling. Takde sekelumit perasaan bersalah ke bila kau rasa kau takde mood, pastu orang lain kena tempias? Tak boleh ke simpan dalam dalam je perasaan sakit/sebu tu tanpa orang lain tahu?

Kenapa perlu kemurungan diri melibatkan orang lain? Kenapa perlu orang tahu yang kau murung? Kenapa perlu "bila aku takde mood, kau kena dengar cakap aku?" KENAPA?

Aku memang tak paham kenapa ada manusia yang tak boleh tersenyum simpan sakit kat hati? Apa kau dapat bila kau pamerkan kat orang "TAKDE MOOD" kau tu?

Aku ni pesen sakit hati camne pun kat sesiapa, orang tak tahu, kecuali suami aku.

Aku gak pesen kalau orang buat tahi ke apa, aku cepat melenting (mungkin itu dulu) sekarang mampu mengomel dalam hati jela. Tapi laju je aku maafkan (ke aku terlupa sebenarnye)

Kalau period pain tu, hmm tu satu hal lagi. Aku takleh terima orang bersama alasan PMS untuk ko mengamuk, orang lain cakap ngan ko ko buat pekak, ikut kepala ko, ikut mood ko, asyik nak angin je, terasa melebih lebih. GELABAH JE KO NI SEBENARNYA. AKU PUN PEREMPUAN KAMON LA

TOLONG LA JANGAN LIBATKAN ORANG.

19 May, 2016

[Video] Siti Nordiana & Aliff Aziz - Tak Ada Cinta Sepertimu



LAGU NI BERHANTU KE APA ASYIK MUNCUL KAT KEPALA OTAK AKU AJA


29 April, 2016

SAKA BUTTERMILK CHICKEN

fuh penatnya. Aku baru siap sidai baju. Pasni nak sidai cd pulak. Pastu kene lipat baju dan susun hnnssfff hnssffff

Ok cite dia cmni aku kemain la nak masak butter chicken sebab senang kan lagipun tadi aku bawak balik belen ayam goreng dari umah mak.

Pastu aku pun cincang bawang putih, tumis dengan butter ngan daun kari. Pastu resepi dia kata letak 2 sudu susu pekat. Pastu aku amek tepung jagung, gaul ngan air  sikit, pastu tuang sikit. Kacau2 pastu aku letak ayam. Siap!

Tapi aku pelik. Nape takde kuah hmm tp aku letak butter banyak :(

Pastu aku tengok resepi balik. Rupanya kene letak air pfftttttt zzzz koajo koajokoajo!!!!



Aku tatau la apa saka buttermilk chicken ni setiap kali aku buat dia mesti ending macam haram zz

First time aku buat, aku da siap cincang tumis bagai, ha aku ingat wei masa tu ade kuah. Pastu dlm resepi tu cakap letak tepung jagung. Aku pun cam kalut baru teringat pasal tepung jagung tu.. Makanya..

Aku pun letak la tepung jagung.. Udahnya buttermilk chicken aku berketul ketul aku pun terasa frust menonggeng kenapa la jadi camni.

Sekali aku tengok resepi hmmmm kena bancuh ngan air.

Ngko tau aku pakai tabur je sesudu kecik tepung jagung letak dalam kuali terus. Ohmai jahanam my buttermilk chicken. Laki aku sengih ja.

Buttermilk chicken!!! I HATE YOU!!!

28 April, 2016

BESO BAPAK



Tengah dok nunggu ni aku duk pk patut ke aku bawak purse aku yang bagak ni. Hmm kenapa la purse aku beso sangat dah la berat kalau baling anjing kompem ninggei di tempat kejadian aku stress la tahu tak



Dah pat lima kali da aku bukak katup beg tengok patut ke aku bawak sekian sekian alahai berat la beg ;( masalahnya semua barang adam! Grr

Kosser nak bawak diaper beg. Aku nak back carry baby wearing ni. Kosser!

Abang belikan purse yang kecik sikit aci tak.

K bye 

27 April, 2016

HIDUP TAKDE PRIVASI KE

Aku nak bebel sikit aku tak paham nape la hai orang orang kat fb suka beno cite pasal masalah diri lah, mengeluh pasal suami isteri la apa la macam macam.

Bila tensen ngan pakwe je ngadu hmm sunyila hmm nak wat cmne da takde org syg and peduli bla bla bla go die now plis

Kamon la ko takde diary ke bukan mahal pun RM3 pun ada ke ko kalut gak nak orang baca apa susah ko tulis je apa kau nak dalam diary tu pastu bagi mak kau baca ha kan da selesai masalah mende sama je.

Tu satu hal. Satu lagi, ade gambar kat b aku baca tadi ni sat aku tunjuk

Peh tu ade mamat ni share pastu cakap "Bukan suami je, isteri pun samee,"

Cte dia bila ko cakap macam semua orang boleh bayang krik krik rumah tangga ko camne. Dah boleh teka semuanya. Ke ko memang suka orang tahu masalah rumahtangga ko?

Alahai bang aku ingat pompuan je gini laki pun dua kali lima.

HIDUP KO MEMANG TAKDA PRIVASI EH?

26 April, 2016

KUSAM

Segar gila bukak blog aku ni. Tapi bunga bunga nampak kusam. Cam rupa aku jugak. Weh nape ha kalau nak cantik kena kua banyak duit?

Tadi Yanti datang umah. Dia sembang suka cantik cantik untuk suami.. Pakai cantik cantik.. Mekap dalam rumah.. dan banyak lagi dan sekaligus bila aku dengar je dia cite aku terus down kelaut.

Kesian suami aku dapat isteri clumsy, selekeh, gemuk, geleber, kusam. Hmm kesian suami aku.

Tapi kenapa nak buat atau repair semua tu perlukan DUIT???

Takleh ke kalau free je. Takleh ke takleh ke????

OK hari ni eny banyak update sebab eny kusut tersalah warna doodle. Orang tu nak tema purple mint aku bantai kale warna warni aduhai laaaaaaaa.

BYE

25 April, 2016

TERNYATA..



Aku gagal