13 December, 2020

PKPB ni apa???

Anak aku dari start PKPB sampai la sekarang ni tak keluar gi berjalan pun. Pergi yg berdekatan je macam rumah mak aku, rumah abang aku. Tu pun sebab aku ada hal nak selesaikan urusan sekolah Adam bla bla bla.

Aku tiap tiap minggu seminggu sekali keluar. Tetiba hari ni aku rasa sesak dada nak bawak anak anak keluar. Dalam kereta pun jadi lah. Stress tengok budak budak tak keluar. Kesian sangat sangat.



Tahun depan dah start sekolah. Tapi still aku rasa macam takkan bukak sekolah 20 Januari. Sebab keadaan sekarang macam teruk je.

Kelmarin aku pegi iCity Mall sebab nak teman mak aku gi kedai emas. Sebelum tu gi makan kat Seoul Garden. Punya la ramai orang. Budak pun ramai. Macam tak PKPB jeeee????

Confused k. Sebenarnya PKPB ni apa?

10 December, 2020

Eny Dah Tua.


 Aku happy sangat sebab sekolah agama Adam dah settle. Kalau lah dia tak dapat sekolah agama tahun depan, memang aku kecewa gila la dengan diri sendiri. Haritu terlepas pendaftaran SRAI. Masa tu PKP. Aku terlupa tarikh. CUAI. Sian Adam. Sebenarnya aku dah terlepas tarikh nak apply lagi sekali sekolah agama tu patutnya kena datang 1/12. Tapi 4/12 baru aku teringat.

Tu pun teringat masa kat dalam toilet, duk pikir bestnya tahun depan Sara sekolah.. Adam lak sekolah pagi petang.. tetiba tersentak! SEKOLAH AGAMA ADAM! Kelam kabut aku sesiap. HAHA. Nasib baik masih ada kekosongan. Rejeki.

Tapi dalam kelas dia, sorang je yang dapat masuk SRAI. Wow. Susah betul ke nak masuk SRAI ni? So darjah dua nanti nak try apply tengok camne. Tapi kena sekolah biasa dulu la tapi. Takpelah. Sis cuba.

Banyak gak nak guna duit masuk sekolah ni. Baju sekolah kebangsaan 5 pasang. Baju sekolah agama 5 pasang 5 pasang. Kasut 2 pasang. Lencana bagai. Baju sukan. Buku lagi. Aktiviti lagi.

Ayaiaiaiaiaiiaia anak aku dah darjah satu woi!!!!

Sebenarnya aku yang dah makin tua. Sobs.