29 August, 2014

first try pakai wide shawl

Aku baru nak berjinak jinak pakai wide shawl memandangkan kebosanan memakai tudung square. Tudung square ni simple sebenarnye muka aku memang sesuai sangat banding ngan tudung sarung 2 saat dan siap tu. Aku ade jugak tengok tutorial camne nak pakai wide shawl ni and kebanyakannya sume pesen melekat kat dahi. Aku kalau pakai shawl melekat kat dahi memang lebar semedang la muka. Pipi je dah selambak belum dabel cin lagi.

Pagi tadi masa nak gi keje sementara tunggu husband mandi aku pun ecewah capai la pashmina shawl yang husband belikan zaman bercinta dulu. Kalau ko tanye laki aku pasal shawl ni, memang dia tak ingat pun tah bila tah dia belikan aku haih takpo la aih biaso la tu nasib baik dah kawen kalau takkkkk *lipat lengan baju*

Aku memang tak reti pakai shawl kalau aku pakai otomatik leher pun hilang kepala pun jadi beso cam kepala lembu. Aku jeles jugak ngan orang yang pakai apa pun cantik. Pakai tudung sarung 2 saat dan siap pun cun haih senangnye la hidup kalau la aku sesuai pakai tudung sarung tu lama dah aku tibai bawak gi kelas gi blajo dulu takyah susah susah nak lilit bagai ye dak.

Kalau pakai tudung bawal tu kene gosok elok elok kalau tak memang bad tudung day senget benget sana sini. Lagi lagi kalau ko dah lambat nak gi kelas boleh jadi modal mengamuk la cite dia. Kalau tudung buat perangai menyirap plus ko plak jenis mekap sambil duk tiup nak betulkan ruang udara kat tudung tu muka ko pun da berlendir dah. Bila tudung da sakai camtu kompem kene gosok balik tu la dia tu la perangai dia haihhhhh.

Pashmina yang aku pakai tadi pun kene gosok gak ok terpaksa la rajin sebab first try kan tak pernah pernah pakai wide shawl secara bergaya camtu ecececee padahal pin sana sikit pin sini sikit settle HAHAHA semudah ABC ya akhi ya ukhti!


Ini lah wajah isteri solehah itu ya kawan kawan jangan lah anda tertipu dengan kemulusan kulitnya kerana tu sume fake semata takde kamera tiga enam kosong maka berkeraklah wajah tersebut kahkah

Stakat ni selesa la labuh pun labuh aku dari tadi google tak jumpa pulak tutorial yang aku tengok tadi kalau ko nak suruh aku buat tutorial karang ko muntah plak.

Double Facepalm #1

Kawan aku beli barang pre order, dia da bayar masa bulan 5. And tunggu punya tunggu sampai sekarang tak sampai sampai. Kawan aku tu tanye la dia, dia kata tak sampai lagi barangnye. So kalau nak refund boleh je tapi barang dah order. So kawan aku ni pun yakin la cakap takyah refund takpe its okay dia sanggup tunggu.

Sampai satu tahap dalam masa dua bulan jugak dia menunggu barang tu, still tak sampai-sampai. Ig shop tu kata kalau nak refund boleh je takde masalah. Then kawan aku ni pun bagi la details no akaun nama penuh semua kat dia.

Dalam masa tiga hari dia still tak refund refund. Bila tanya, ig shop tu jawab yang dia tengah kerja nanti dia bagi tau balik. Btw amaun yang kena refund tu RM150 je. But duit still duit la kan ko nak kate ape ye dak?
Kawan aku tanye lagi dia tak jawab jawab. Masalah dah la dia tak hide last seen. So bila dia baca, or bila dia bukak whatsapp, pastu tak reply buat orang bertambah bengang la sebab kau tak jawab soalan kan.

Lastly kawan aku mengamuk.


Kau pikir kau punya habit je? Kau pikir orang lain nak paham ko je? Adu aku takleh terima la alasan i ada habit suka reply kemudian, and selalu i memang buka whatsapp then tak reply. Suka hati ko je. Selalunya IG SHOP mesti mengamuk and suka cakap "eh baru RM100 dah kecoh aku ni berniaga dah jual beribu ribu takde pun nak kecoh kecoh ok la aku bank in sekarang" like boleh plak ko nak bank in cepat lepas orang dah sogok sogok baru kau tau rimas masa orang duk tunggu kau reply taknak plak kau pikir khennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn okay fine wahai Eny kenapa tetiba kau emosi ok eny calm down *fuhhh*

Aku rasa daripada minah ni (yeke minah ke mamat? aku pun tak sure) reply camni baik dia cakap, "ok saya akan bank in duit awak asap ok jangan lah awak marah marah sesungguhnya saya cuba untuk bank in jugak hari ni" aku rasa lagi better dari dia cuba untuk luahkan masalah habit melampau dia untuk cuba buat orang paham sedangkan orang taknak paham pun (aku pun berniaga so aku pun tau lah jugak)

btw mesin cash deposit kan ada oh why everybody whyyy???


doodle rubberstamp by SayaDoodle

Tadi masa nak gi keje tetiba mak bagi aku kad. Husband kate macam artis plak banyak kad yang sampai lately ni. Kamon la Eny memang artis kot kahkah (pang!)

Aritu dapat kad dari Marzuki Kamal ngan Adhsyaya and i'm not sure dapat datang ke tak sebab dia invite yang kenduri belah Terengganu wuuu jauhhh T___T Pastu dapat kad dari Katak kat Perak je insyaAllah aku try gi :)

Tapi pagi ni aku dapat dua lagi wedding invitation. Aku bukak satu, dari Arina Amin aka Adledash. Heee kenduri dia kat Restoran Qaseh which is aku rasa best place la sebab aku suka makan kat situ.

And yang paling aku cam pehhh best gila rasa dihargai sangat (tahape hape) is dapat invitation yang ade cop doodle yang aku buat tu kad belakang sampul OMG aku seronok gilaaaaaaaaaaaaaa!



Ni customer merangkap kawan aku yang order rubberstamp aritu wihok wihok best la wei bila ko tengok hasil kerja ko dibeli dan digunakan perghhh aku suka la wei hepi gile melampau sampai sayang taknak bukak sebab aku da tau dah isi dia camne, wedding pun kat Johor T____T jauhhh wuuuu

Aku suka la aku suka sangat paham tak rasa cam nak guling guling hahaha over gila la perangai camni hahahaha aduuuu aduuuuuu

Sape nak order rubber stamp sila lah Email saya, sayadoodle@gmail.com atau whatsapp seorang Eny di 0122166410 ok kawan kawan

:3

26 August, 2014

[Video] Meghan Trainor - All About That Bass Lyrics



Meghan Trainor - All About That Bass lyrics


Because you know
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass


Yeah, it's pretty clear, I ain't no size two
But I can shake it, shake it
Like I'm supposed to do
'Cause I got that boom boom that all the boys chase
And all the right junk in all the right places



I see the magazine workin' that Photoshop
We know that shit ain't real
C'mon now, make it stop
If you got beauty, beauty, just raise 'em up
'Cause every inch of you is perfect
From the bottom to the top



Yeah, my mama she told me don't worry about your size
She says, "Boys like a little more booty to hold at night."
You know I won't be no stick figure silicone Barbie doll
So if that's what you're into then go ahead and move along



Because you know I'm
All about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass
Hey!



I'm bringing booty back
Go ahead and tell them skinny bitches that
No I'm just playing. I know you think you're fat
But I'm here to tell ya
Every inch of you is perfect from the bottom to the top



Yeah my mama she told me don't worry about your size
She says, "Boys like a little more booty to hold at night."
You know I won't be no stick figure silicone Barbie doll
So if that's what you're into then go ahead and move along



Because you know I'm
All about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass



Because you know I'm
All about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass



Because you know I'm
All about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass
'Bout that bass, 'bout that bass
Hey, hey, ooh

You know you like this bass



p/s : Lagu ni skali dengar cam dia sebut Pak Jabit Pak Jabit wkwkwkwkwkw

25 August, 2014

tips penjagaan dan memutihkan gigi

Pening la kepala aku pagi ni plus perut lapar gila padahal sebelum tidur aku dah bantai indomee (tabiat apakah ini?) ok fine tiada maknanya lagi diet bagi seorang Eny selepas kahwin kahkah aku makan je apa aku nak sampai la skang aku sakit perut keliru aku ni lapar ke nak berak err =_="


Semalam ke kelmarin tah mak bagi aku toothbrush darlie sebab aku salu mengadu gusi asyik berdarah je tanpa mengira masa dan ketika bila berus gigi je mesti cam kene tumbuk kahkah itu mungkin petanda gusi tak sihat tapi alhamdulillah aku tak pernah lagi kena gigi berlubang (ada kaitan ke?) or apa apa masalah berkaitan dengan gigi ok jela setakat ni.

Aku memang da beli berus gigi soft tapi tak menjadi gak. So mak aku pun suggest berus gigi Darlie ni. Dah la kale hitam so nampak rare la kan tak pernah tengok berus gigi kale hitam (tipu padahal selalu je nampak kat Mydin cuma sendiri je terasa taknak membeli sebab nampak pelik)

Ok la sekarang masa untuk sedikit testimoni. Kira macam Darlie Charcoal Clean Toothbrush (less that 0.01mm) review le ni kahkah!

 So far aku pakai berus gigi ni memang superb la da la halus gila memang masuk la kat celah celah gigi aku puas je and rasa cam sangat bersih.

Lepas makan sure rasa cam nak berus gigi. Lagi lagi pas makan mihun cik bedah gigi kompem penuh dengan cili.

Doc suggest kan pakai pengorek gigi jenis benang aku takleh bayangkan ko nak tarik benang area gigi graham  cam jauh je =_= doc kata kalau korek sisa makanan kat gigi kalau guna benang yang ada batang tu ia akan membuatkan sisa makanan tu termasuk kat dalam lagi bahagian gusi.

Aku rasa ngeri la aku ni tak pernah buat scaling gigi tah kenapa aku rasa banyak gila sisa makanan yang da masuk tapi tu la aku ingat nak buat scaling secepat mungkin la cuak pulak T_T

Pasal ubat gigi pulak, aku ade terbaca kat blog mana tah. Dia pakai braces. Dia pun ambik gambo sebelum dia pakai braces and selepas dia tanggalkan braces. Seriously cantik! Cantik tang tersusun takyah cakap la. Masalahnyaaa putih semacam!

Tahu tak dia pakai apa? Dia pakai ubat gigi ni.



Ni pun kira aku dah buat Darlie All Shiny White Lime Mint Review gak la ni HAHAHA actually tak berapa suka sangat gel punya toothpaste ni but since awek tu cakap camtu, aku pun rasa nak try pakai. So far bau mulut pun best. And pas gosok gigi mulut rasa segar melampau. And aku suka!




Awek tu cakap lagi dia tak lupa untuk berkumur menggunakan cecair pengumur berjenama Colgate Plax. Mende ni penting jugak untuk memutihkan gigi. Doc pun sarankan pakai pengumur ni selepas makan at least 3 kali sehari sebab dia leh keluarkan sisa makanan contohnya cili kat bahagian yang senang terselit.

Aku pun amalkan mende yang sama. Wkwkwkwkw berangan nak gigi putih lettewww hahahahahah!

Takpela aku harap gigi aku takde la masalah apa apa kena cabut ke ape ke hopefully ok la aku sayang la gigi T_T

Ok bye nak siap gi keje.

Maternity Pillow yang adorable

25.8.2014 -12.25AM

Btw aku tertengok ade pesen bantal untuk orang mengandung nak elak sakit pinggang. Nama dia Maternity Pillow.



Aku suka yang camni. ^_^

Disebabkan aku travel drive jauh jauh hari hari Cheras - Shah Alam. Setiap kali balik je muka aku cam tahi fresh menahan sakit pinggang kaw kaw punya. Aku dah try dah letak bantal doraemon kat belakang aku masa drive. Lagi bertambah tak selesa ada la. So harap nya bila ade bantal tu kurangla sakit pinggang tu ye dak.



Aku baru tau yang kalau orang mengandung tidur terlentang tak elok. Seeloknya ibu mengandung tidurlah di posisi mengiring ke kiri kerana posisi ni membuatkan bayi mendapat pengaliran darah dan makanan yang lebih (ok ni aku salin kahkah)


Aku baca dari buku ni. Dapat hadiah time  kawin tak ingat sape tah yang bagi.
Aku salin je la.

Ia disebabkan adanya vena besar (inferior vena cava) di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang yang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Posisi ini membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu dan mengurangkan pembekakan kaki, pergelangan kaki dan tangan.

Haa lepas minggu ke 16, kalau ibu mengandung tidur terlentang means meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus dan inferior vena cava. Risiko sakit pinggang, buasir dan gangguan pencernaan dan mengganggu pernafasan dan peredaran darah. Ia juga mempengaruhi tekanan darah (menurun)

Aku tak sangka gak bahaya betul tido terlentang ni. And aku pepagi bangun kompem terlentang. No wonder la sakit pinggang. Wuu tu yang aku nak sangat maternity pillow tu mana tahu membantu sedikit sebanyak ye dak wkwkwkwkw

Kalau nak beli online harga sampai RM230. Nak diy plak malas (sejak bila tah aku malas diy ni) haih. Tengok la nanti sape yang nak tolong diy kan untuk aku T_T

Ok la nak tido la esok keje. Bye

24 August, 2014

Semoga Allah permudahkan

24.8.2014 - 11.50PM

Semalam malam aku otw nak tido tapi perut aku senak gile melampau. Maybe sebab makan secara banyak so jadi cam tegang je perut ya rabbi. Pastu aku pun baring terlentang tangan atas perut. Sekali aku rasa cam ade sesuatu  gerakan dalam lain dari biasa. Kali ni memang bergerak secara tertonjol hamagad i cannot brain dis HAHAHAHAH

bukan perut haku


My husband da selamat tidoq aku kejut pun cam takde function je penat nau gamaknye so aku pun hayati je la sensorang. Sebak gila rasa cam tak caye je dalam perut ada sesuatu yang hidup #shingshing padahal perut dah kedepan dah.

Aku kengkadang tak paham. Ade yang bila jumpa cakap, "Eh cam tak mengandung je perut kecik je,"
Ade pulak yang cakap wah dah 4 bulan 3 minggu perut besar dah nanti dah 9 hulan nanti habislah besar,"

Sebenarnye besar ke kecik? Wkwkwkkw

Aku so far x amek lagi gambar full ade perut comel ni sebab aku segan la senanye plus nak letak kat instagram aduu no need kot dendiam je la lagi best ye dak.

Cam Yustika la tetiba je dah beranak. Aku kagum gile. Now kandungan aku dah 4 bulan 3 minggu. Next week dah 5 bulan! Means lagi 4 bulan nak beranak OMG cam x caye je.

Ade aku baca and dengar macam macam jenis cite pasal orang susah nak beranak. Cam si Zara, dah 10cm pun baby taknak keluar, da vacuum pun taknak gak keluar. So nak taknak terpaksa la caesar (scary gila) so nak taknak atas bawah kena jahit. Sedihnya.

Ade yang dah bape jam tu contraction duk tak benti benti but still 4cm. OMG. Lastly sama gak. Caesar. Isk. Takutnya.

Tapi tula setiap orang lain lain pengalamannya. Aku pulak tak tau nasib aku camne. Doakan aku T___T (padahal aku sorang je baca entry ni stakat ni) =_="

Aku nak beli la cd juz amma. Aku nak pasang dalam kereta. Aku dah taknak dengar radio dah. Since baby pun dah start mendengar, aku nak dengar mende best best je.

:)


22 August, 2014

Remembering MH17


Baru lepas tengok gambar budak laki yang nak sangat tengok muka mak dia buat kali terakhir. Sedih menyayat hati T____T


Camne leh ade golongan yang sampai boleh pertikai kenapa jenazah MH17 disambut sebegitu rupa? Dia (jenazah) tu siapa? Pahlawan ke? Syahid ke? Kenapa perlu pertikai sedangkan orang tu pun dah takde dah dalam dunia ni. Kalau takde ape nak cakap atau segala apa kau cakap tu tak bawak mana sekaligus menyakitkan sesiapa yang berkenaan ; better diam.


Mungkin sebab ni bukan keluarga kau, thats why kau boleh sesuka hati cakap camtu. Cuba kalau yang jadi mangsa tu adalah mak ko sendiri (contoh) then orang duk pertikaikan ; "Mak kau syahid ke sampai nak dihantar naik aeroplane bagai orang yang kat Lahad Datu tu lagi la warrior depa dihantaq naik trak je,"

APA KAU RASA?

Tu la aku cakap. Kalau takde mende baik yang kau nak cakap, better kau diam.

Enough.

Breastfeeding Class

22.8.2014 - 9.45PM

Tadi aku gi breast feed class kat klinik kerajaan. Dah la aku lupa arini ari jumaat rehat sampai 2.45pm. Penat je aku rushing dari Cheras siap tengok jam bla bla bla singgah seksyen 7 bli buku nota sebab aku lupa bawak =_=


Sampai sampai tengok klinik lengang gila aku cam eh apesal kosong ni baru nak wasep husband nak bagitau yang klinik kosong maka untuk kali ke seterusnya kita hendaklah datang di waktu begini yay so dengan pantas aku pun bagi la buku merah tu kat nurse yang berkenaan. Nurse tu tanye "BF class eh?" Aku pun angguk.

"BF class pukul 2.45 la puan hari ni hari jumaat,"

I was like blergghh pfft okay lah takpela macam tu kak saya balik dulu lah ye zzz arghh aku suka buat keje yang sia sia camni. 

Jadi selepas tu aku pun pulang la ke rumah. Lepak lepak sebab adik beradik aku almost every friday akan balik umah mak sebab deme semayang jumaat kat area uma mak aku. Sembang punya sembang sampai aku leh lupa yang aku ade kelas. 2.45pm aku baru nak gerak gi klinik. Gasaklah.

Btw Kak Ogy cakap aku dah gemuk pungkoq da besaq miahahahahaha lantak ler berat aku ni baru nak naik bagaikan johan kalau tak asek turun je. Paling teruk berat aku turun sampai 49kg ko bayangkan masa aku bujang dulu diet macam nak mati pun belum tentu dapat berat 49kg. Selalu maintain 51kg. Skang berat aku dah 53.9kg ceit bundarkan jela terus kan kan kan pesen takleh terima hakikat memang camni kahkah tapi tula better la aku naik berat dari berat aku turun tak normal ye dak. Redhooooo jelaaa


Sampai kelas ok la kelas pun belum start baru nak edarkan risalah bla bla bla and then diorg pun start la cte pasal breastfeed la kepentingan breast feed la bla bla bla

Diorang cite camne cara nak atasi kalau baby lahir first day nak bagi minum susu tapi tak keluar susu? Apa yang perlu kita lakukan ya kawan kawan?

Aku banyak dengar cite kawan aku cakap masa first day baby duk nangis mak ngan pak pun stress apa nak buat ni susu tak keluar tapi baby nangis nak minum homaigod apa patut aku lakukan aaaaaa

Nurse tu cakap baby keluar dari perut tu nangis bukan sebab nak minum, baby nangis sebab terkejut. Dalam perut tu dia relax je tak payah bekerja pun. Bila keluar je dia kene bernafas, kene pakai baju, kena pakai lampin. So ibu ibu jangan susah hati cuma pujuk secara membiarkan anak anda hisap je susu tu even tak banyak takpe sebab hisapan baby tu la yang meransang susu tu untuk keluar dengan lagi banyak. Gittew.

Baby takleh bagi puting tipu sebarangan. So aku syak aku kena beli la botol susu cam anak Ely tu jenama apa tah yang rupanya cam puting ibu. Jap aku nak google.

Tommee Tippee


Mimijumi


Biarlah mahal sikit asalkan baby selesa ;')

Banyak lagi yang dipesannya aku pun nak list satu satu pun dah tak larat tengoklah camne esok larat tak aku nak menaip ni hah



Swing Copters : Game menyakitkan hati tahap infiniti

Pepagi ni aku tengok ramai duk install game #SwingCopters. Semalam aku tengok gak si Syafiq duk cakap game ni susah. Aku tatau nama game ni asalnya tapi pagi tadi tengok twit Obe cakap pasal #SwingCopters maka aku terus lah meng-install.


Lepas aku install, aku try la main. Perghhh susah gila weii kene tap tap tap lelaju untuk mengawal burung yang memakai topi copter supaya dapat redah semua halangan yang ada. Memang menguji kesabaran.

Developer game SwingCopters ni nama dia Dong Nguyen. Sama developer dengan pembuat game yang sama jugak menyakitkan hati ; Flappy Bird. At least Flappy bird aku masih boleh hidup lagi. Niiii lagi hardcore weh seriusliii T___T


Ni best score Flappy Bird aku wkwkwkwkwk

Dia punya stress sampai aku dah tak tahan sangat aku bantai uninstall je. Arghhh!!


Ni jela aku mampu setakat ni T___T

Adakah SwingCopters ni bakal daku uninstall jua? Nantikan.

21 August, 2014

makan secara pukal

Kat opis aku ade tahlil arini.. Dia meninggal sebab eksiden. Naik motor nak elak kereta terlanggar lori. Gitulah rasanya cite dia. Innalillah..

So hari ni budak opis buat potluck. Kitorang budak lab bawak pinggan, air kotak, tisu dan cawan kertas je. Selebihnya semua bawak perut. Sampai opis je tengok berlambak makanan. Memang aku makan secara pukal la. Ade macam macam jenis cake. Pagi ni aku teringin nak makan mee goreng. Tengok tengok tadi ade mee goreng perghh dengan tanpa segan silu nye aku makan la pehh macam macam la ade sampai ke buah buahan heaven betul.

Pas makan ade tahlil. Company aku keje ni kebanyakan nya orang melayu tak ramai non-muslim.

Tapi aku salute la chinese ni. Camne diorang leh terpacak lama lama dengar orang tahlil baca yassin huu cuba kalau kita masuk dalam even keagamaan agama lain mesti terasa awkward (ke aku je?)

Masa aku gi PLKN dulu, kalau tak boleh solat kene stay kat dewan. And kadang kadang kat dewan tu ada jugak cam ceramah keagamaan untuk kaum buddha. Aku cam awkward gak walaupun orang yang cakap tu bercakap bahasa cina. Tapi aku hormat la takde la cakap apa apa aku diam jela duduk situ. Takde la aku benci ke menyampah je biasa je duduk diam je la.




Japgi pas tahlil ada makanan lagi. Ade nasik nasik la pastu ade bos blanja makan dominos dengan kfc omg habislah habislah semua makanan aku habiskan habislah wkwkwkwk


Okay japgi aku amek gamba makanan banyak banyak okkkk bye bye

20 August, 2014

Baby aku menendang ke?

20.8.2014 - 7.56am

Setakat ni aku belum rasa lagi baby menendang. Aku just rasa baby menggaru je cam geletek aku kat rahim.
Pagi ni pulak bangun tido aku mengiring ke kiri, aku rasa perut aku cam ade letup letup angin, rasa cam kentut tapi dalam perut. Dua tiga kali.

Now aku rasa jugak sekali tadi masa tengah taip ni. Adakah baby aku tengah menendang? OMG seriusli aku da dapat rasa? Tapi cam tak sure la.. Perut aku masuk angin kot wkwkwkwkwkw

Tapi betul la terasa angin kat perut gahahahahha aduu laki aku lak takde kalau dia ada ni aku da kecoh dah kat dia hahaha takpela nak wat cmne dia pun gi kerusus aku pun kene la redhooo T_T

Rindu :(

Tapi serius aku mengiring ke kiri aku rasa la ade letupan dalam perut.. Ya Allah ni ke rasanya kalau baby tendang.. Ya Allah sedihnya .. Terharunya .. Nak nangis :(

Cepat la genap 5 bulan, aku nak scan baby ni sabar nak tengok baby.

Btw baby Yanmie sama baya ngan baby aku. Hihi. Baby dia pun baru je menendang. Tapi aku tak tanya la tendangan yang acane hahahah aku pun kuries laaaaa wuuu


*updated*

Tadi aku ngadu kat laki aku yang baby gerak gerak rasa letup letup dalam perut. Skali tetiba dia balas wasep ;

"Kemsalam adam,"

Aku pun duk pikior sape adam?

Ahhhh nama baby rupenye kikiki kompiden je laki padahal tak tau lagi laki ke perempuan hihihihihi awww

Ok bye

;')

[Video] 2NE1 Come Back Home Lyrics



2NE1 Come Back Home Lyrics


[CL] One two three neon nareul tteonatjiman
Eodingaeseo neoui sumsoriga deullyeowa


[Minzy] Tto dasi four five six ppalgan nunmuri naeryeowa
Nareul andeon neoui hyanggiga geuripda

[Dara] Nareul wihan geora haetdeon neoui mal
Geojitmalcheoreom chagapge doraseotdeon
Neoneun wae, neoneun wae you’’re gone away

[Bom] Come back home
Can you come back home eh~
Chagaun sesang kkeute nal beoriji malgo nae gyeoteuro
[CL] Come back home
Can you come back home eh~
Modeun apeumeun dwiro hae yeojeonhi neol gidaryeo ireoke
Now you gotta do what you gotta do

Come back home
Come back home

[Dara] Come baby baby come come baby
Come Come baby baby come come 
[CL] Naege dorawa
[Dara] Come baby baby come come baby
Come Come baby baby come come

[Minzy] Amu daedap eomneun niga neomu mipjiman
Gakkeumeun neodo nareul geuriwohalkka yeah

[CL] Neo eomneun sigan soge gatyeobeorin nan
Apeul bol suga eobseo neomu duryeowo

[Dara] Ajikdo motda han manheun naldeuri
Gidarigo isseul geotman gata
Neoneun eodie, eodie too far away

[Bom] Come back home
Can you come back home eh~
Chagaun sesang kkeute nal beoriji malgo nae gyeoteuro
[Minzy] Come back home
Can you come back home eh~
Modeun apeumeun dwiro hae yeojeonhi neol gidaryeo ireoke
Now you gotta do what you gotta do

[CL] Come back home
Come back home

[Dara] Come baby baby come come baby
Come Come baby baby come come 
[CL] Naege dorawa
[Dara] Come baby baby come come baby
Come Come baby baby come come

[Bom] Come back home
Can you come back home eh~
Chagaun sesang kkeute nal beoriji malgo nae gyeoteuro
[CL] Come back home
Can you come back home eh~
Modeun apeumeun dwiro hae yeojeonhi neol gidaryeo ireoke
Now you gotta do what you gotta do

Ape ke hei nye aku layan KPOP ni?
HAHAHA hari tu laki aku nyanyi lirik yang aku highlight tuu siap hafal lagu ni kat dalam kete errrr

SERIOUSLYYYYYY???
errrrr =_="

19 August, 2014

attention seeker

Aku nak taip sesuatu tadi. Tapi aku rasa cam tak proper kalau aku nak cerita public kan kesian laki aku walaupun tu sume bagus nak share sebab pengalaman kan tapi aku rasa setiap mende ada limit nya and tak sume kau perlu cerita kat orang.


Maaf, gambar si Mushtash mata sepet ni memang tiada kaitan langsung dengan entry.

*sambung*

Kadang kadang aku tak faham dengan orang yang TIDAK mengenal erti PRIVASI even sendiri punya privasi pun tak reti nak jaga semua mende nak di cerita sampai dalam kain pun tak malu nak cerita. Lagi lagi kat facebook ada yang pesen penuh timeline ngan masalah rumah tangga dia, marah ngan laki nak cerita kat facebook, marah ngan abang adik beradik makcik pakcik nak cerita kat facebook.

Tak pasal pasal orang tau pasal ko. Niat ko nak meluah tu tak kena cara. Walaupun kau tak mention laki kau yang kau tengah marah beliau, tapi ia adalah sangat ketara sampai orang pun boleh teka.

Lagi satu dah panjang cerita tu, bila orang komen sama ada betulkan atau kutuk ; kau marah. Padahal kau yang cite. Sape suruh? =_=

Semalam ada la satu mende ni jadi kat twitter. Bunyi dia cam attention seeker yang mengaibkan so tak mungkin la aku nak share kat sini tapi aku yang aku tak paham, bila mende tu da jadi, kenapa perlu screen shot, upload and publish? Bersama dengan tajuk yang tak boleh blah yang aku rasakan kau pun pesen tak boleh nak pikir panjang tahape hape la dah la kau tak sensor nama dia avatar dia. Apa ke hei nyee T_T

Ish memang aku tak paham. Btw memang aku nak sangat cerita pasal yang aku nak cerita awal awal tadi hahaha sebab tu yang tengah membelengu jiwa aku skang tapi takyah la. Malu. HAHAHAHA

OK BYE

18 August, 2014

cleanser baru yayyy

Aku punya cleanser dah habis. Aku ni belasah je pakai ape pun tapi aku suka la cleanser sk11 sebab pakai sikit pun dah rasa bersih da muka skang da habis pun aku keronyok keronyok kasi keluar isi wuu kenapa la habis nak beli bukan banyak sangat duit aku ni ni pakai sk11 pun yang trial pack takde nye la nak beli tube cleanser sk11 mahal nak meninggal T____T

Aku salu tengok ingredient produk yang aku beli lagi lagi shampoo. Kakau shampoo tu bukan time beli tu aku tengok tapi time mandi aku tengok. Hahaha sambil mandi sambil baca ingredient anti ketombe patploh kali mandi pat ploh kali la aku baca kahkah

Tapi kawan aku ni sorang dia blaja la ingredient ni sebab dia blaja medical lab la nutrition la ape la so cam dia ade gak la blaja bab ni kan. Kalau beli lotion ke ape kan avoid la produk yang contain Methylparaben ke Prophylparaben ke. Mercury ngan hydroquinone tu toksah cakap la memang haram truih.

Tapi most product lagi lagi lotion memang ada la paraben bapak ben ni. Sebab tu kalau tika nak beli produk apa apa, dia akan beli organic nye produk memang takde contain la mende mende ni tapi tu la skang ni susah nak percaya la produk yang betul lagi lagi produk tiga serangkai (cleanser, krim siang, krim malam) krim siang kale oren tu urghh sangat scaryyyy T___T

Aku ade weh pengalaman pasal mercury ni nanti aku cite skang ni tengah ready nak balik je jam pun da kul 5.10pm wkwkwkwk

Btw berbalik kepada tajuk yang asal senanye aku da beli cleanser baru tajuk dia De Bella Whitening Facial Cleansing Gel.
Masa beli dia tak kasi bukak kotak aku nak tengok la jugak tekstur dia camne bau dia camne. Akak tu kata don weri buih banyak ah aku pun lenjan jela.

Ingredient dia aku nak taip gak :-

-Aloe Vera, Vitamin C, Pati Lemon, Pati Timun, Pati Akar Mulberry, Keratoline, Hydrolised Wheat Germ dan Agen Pembersih.

Aku bila baca agen pembersih tu terus teringat agen daia yang rambut kale pelangi tu tah pehal tah tapi aku teka agen pembersih tu seakan biji biji scrub la kot (memandai) haha aku belum guna lagi mende ni.

Aku pernah beli scrub dia. Scrub dia kale oren masa first time pakai kulit aku naik bintik seketul dua aku cam adu pehal ni (fyi kulit aku bukan pesen jerawat naik banyak sangat) ha gitu tapi jerawat halus la tapi takde la mulus pun biasa je kusam je lebih agagagagaga tapi pas aku baca baru aku tau tips kau nak pakai scrub ialah pakai toner sebelum scrub. Haaa gittew. Yeke tidak aku tak tau la.

Tapi lepas aku ikut tips tu ok jela pakai skrub takde da naik apa apa tapi kalau ko pesen pakai scrub lenjan hari hari memang gelupas la muka ko.. Scrub ni tajam sket 

Ok la nak ready balik la dah pukul 5.22pm ni wihokwihok bye

Siti Nurhaliza punya pasal

Pagi tadi aku gi keje lewat sikit. Lepas hantar encik suami gi keje aka kerusus hamagad so sad aku ditinggalkan selama seminggu T____T #shingshingairmatabercucuran wuuu sedih la duk sensorang (eceh padahal mak aku ada mushtash pun ada puii) tapi lain okkk laki takdak HAHA ni first time la berjauhan ngan laki (berjauhan la sangat padahal dekat Sunway nun je) ah aku tak kira lah jauh jugak tak kira tak kira!

So selepas babai suami bersama airmata yang limpah ruah aku pun masuk dalam rumah habiskan segala keropok lekor. Naik atas nak bersiap nak gi keje, rasa cam nak baring jap sebab niat memang nak datang lewat dengan keadaan perut yang tak sedap ni dari semalam aku membuang secara tak rela aku pun tatau apa yang aku salah makan huu better la dari sembelit ye dak.

Sambil baring tu aku pun main la tepon sat tengok twitter. Skali terbaca twit @CTNurhaliza11 feewittt 





Dengan semangat yang membara aku pun bersiap terus sebab nak dengar radio dalam kete. Weii kamon la siti kot ingat calang calang ke HAHA

Aku suka la dengar suara dia. Aku suka attitude dia, cara dia reply soalan, tak cepat melatah, tenang je. Even kes dia kawen ngan Dato K dulu pun, orang duk caci maki hina bagai dia dia takde pun nak bising bising cam si Hanez Suraya tu. Sampai la keadaan jadi surut sendiri dah takde bising bising dah.

Aku suka la dia cakap pun merdu sedap je suara. Dah la tadi dia main ye tak em ah relaks je jawab haha dia memang cool la aduuuu si Fizi tanya soalan "Orang kata Siti gemuk?" Siti jawab Ok je gemuk asal Dato K suka hihihihi camtu la bunyiknye aku pun lupa kahkah aku ni suka dia dari kecik semua lagu dia aku tau ecececece bila karok je lagu siti tak sedar suara cam Chipmunk T___T tapi aku tak pernah jumpa ke terserempak ke ape ke ngan dia haih 

Dah la aku nak minum susu dah bape hari tak minum ni wkwkwkwk

Btw tadi comel la encik suami pesan makan ubat jaga diri jangan lupa pakai ubat hidung omg tak caye la laki aku takde seminggu T_____T

Bye

doakan la aku ni :)

18/8/2014 - 7:37pm

Ye. Aku pregnant. 4 bulan 2 minggu. Cam tak sangka kan. Aku cam nak dendiam je tanak la kecoh kecoh tapi ada jugak la seketul dua kat twitter tu tanya aku ni da berisi ke belum. Aku jawab jela, "Doa doakan jela aku ni,"

Bukan taknak bagitau, sebabnya kat sekeliling aku pun ada lagi yg da kawin tapi belum pregnant. Aku just taknak mengguris sesiapa. Memang ini adalah berita yang hepi tapi takpela. Nanti suatu masa ni time aku nak beranak aku bagitau la. Kikiki

Btw aku plan nak blog je pasal aku pregnant. Tapi aku akan post smuanya bila aku beranak nanti. Tarikh yang sama la. Kiranya sampai je masa nanti tetiba post blog aku jadi banyak kahkah magic wacakaplu

Masalah aku sekarang, aku takleh blog guna phone. Cam takleh setting masa. Paham tak apa yg aku cuba sampai kan ni grr kalau aku just save je nanti akan datang kalau aku nak publish dia jadi tarikh time publish tu ke or tarikh aku tulis tu? Aku nak tarikh yg aku tulis tu.. Hmmm :( abang tolong eny niii T___T

Yela laki aku takdak kan. Camne nak mintak tolong :(

Saat dan ketika aku menulis ni, baby dalam perut duk timbul kat sebelah pusat kanan. Rupanya cam sebijik buah limau yg belum dikupas, ade dalam perut aku. Ha leh bayang tak. Means perut aku senget sebelah hihi perut aku bergoyang sebab denyutan jantung aku hahaha funny la tapi aku cam tak caye je dalam perut aku ade baby.

Ok la japgi aku study la camne nak publish backdated post kuikuikui

Bye

17 August, 2014

kisah januzaj

Hari ni patutnya suami aku tengok bola kat mamak sebab EPL da start (ye ke EPL?) ok fine. Setelah mendapat bantahan hebat maka beliau menengok lah bola dirumah sambung laptop ngan tv camne tah.

Memula dia suruh aku buat air teh ais, dia kata mamak ada teh ais, kene sedap cam mamak buat. Aku pun buat lah.

Sambil dia tengok bola, aku duk sebelah dia baca buku shin chan. 

"Eeee kat mamak mana ade orang baca buku. Gi tengok sanaaaa,"

Tetiba kawan dia call ajak tengok bola. Kawan dia pun kene marah sebab kacau dia hahahah!

Pastu aku pun baca buku sesorok dendiam berselang ngan twit. Terbaca twit safwan seth tu. Tulis Janusaj ke Januzaj ke ape tah. Ceh konon konon nak tunjuk minat lew khennn 

"Abang Januzaj tu sape?"

"Januzai.."

"Apa abang? Janu ape?"

"Januzai .. Eiii ape ni tanye orang nama nama ni mana ade orang tengok bola tanye nama,"

"Ooo tadi angkat tepon bole.."

"Orang tu tak tanya pun nama pemain bola eiii"

Hahah last last aku lari pi ruang tamu.

Bapak mertua aku pun duk usik dia hihihi stress sangat.
Last last Man U kalah. Kecewa betul dia HAHAHAHA acah acah hampa ngan muncung sedepa kikiki comel je aww skati aku la nak cakap laki aku comel ke ape kahkah

Harap pasni tengok bola kat umah jugak aku kasi layanan serupa mamak baekkk punya! WAKAKAKAKKAKAKA

dah la takyah nak muntah sangat.

Bye

15 August, 2014

kenapa megi sedap?

Kenapa makanan yang bernama megi sangat sedap tapi tak menyihatkan? Camne aku boleh tak tahan kalau nampak megi? Setelah berkurun aku bertahan untuk makan megi, baru tadi aku mintak Wani belikan megi untuk aku. Megi tomyam perghhhhhhhh T____T

Orang kata kalau nak makan megi secara sihat ialah ko celur mee dia pastu ko buang air dia, pastu ko masak lagi skali oh mai god bagi aku itu sangat tak sedap sebab mee dia akan kembang sekembang kembangnye T___T

Pastu ade tips lagi orang kata kalau nak makan megi secara sihat is ko just makan mee dia je, jangan minum kuah dia maka hilanglah satu nikmat hidup yang patut ko hargai iaitu menghirup kuah hingga ke titisan terakhir. Kalau takde orang memang dengan pinggan pinggan aku jilat kahkah (ok tipu je bye)

Zaman study dulu dalam dorm mana ada dapur so megi bungkus tu ko just letak air panas je tunggu sebentar sehingga ia benar benar kembang setelah itu barulah kau makan haih time ko makan megi air panas tu la ko terbayang megi yang masak guna dapur siap ade cili api pastu bila dia da gelegak gelegak tu ko letak telur kacau kacau pehhhh meleleh kaw kaw sedapnyeeeeeeeeeeeeeeeee ini punya kes pun kalau takde orang sekaligus kadar menjilat pinggan menjadi lebih tinggi dari makan megi air panas kahkah (ok tipu lagi)

Megi pun kalau nak variasi kan leh la masak Murtabak megi. Muka aku ni setiap kali potluck je mesti bawak murtabak megi pastu kalau orang nak raya rumah je mesti wasep aku suh aku masak murtabak megi kahkahkah suami aku siap buat ayat "Murtabak Megi yang awak banggakan" kahkahkah kamon la Eny masak sedap kot hihihihihi tapi murtabak megi jela sedap tapi T___T



Dah la kesimpulannya jom lah kita sama sama boikot mee megi jenama Maggi untuk Palestine. Sayangilah diri anda dan jagalah kesihatan anda ya akhi ya ukhti ok bye kawan kawan see you tonight aku nak mengarut lagi KAHKAH bye

13 August, 2014

Lalalalala kerjaaaa kerjaaa

Kadang kadang aku rasa cam nak cari je keje lain. Keje skang dah la jauh. Tenaga abes ke drive je.

Kadang kadang gak aku rasa cemburu ngan orang yang dapat peluang keje kerajaan. Tapi tulah dia yang paling payah nak dapat. Semua ni rezeki orang kate ye dak?

Sampaikan aku pun pening. Takde ke keje cam yg aku keje skang ni kat area Shah Alam? So that senang aku nak gi keje. 

Aku selesa ngan keje aku skang ni. Tapi aku pikir gak camne kalau sampai masa aku ada anak dua tiga orang nak travel jauh jauh bagai kan?

Boleh ke kalau nak jadi surirumah sepenuh masa? Apa yang aku mampu sumbangkan? Bisnes? Bisnes apa?

Dalam pale otak aku ni ada pelbagai idea yang boleh memberanakkan duit. Tapi mampu ke aku nak hadap semua komitmen tu? Wuarghhhh!

Kalau nak jadi surirumah mesti culture shock. Tetiap bulan rasa makan gaji. Cukup bulan je duit masuk. Kang kalau benti kang duit dah tak masuk lagi cam biasa. Memang suami bagi tapi tu la dia. Tu la. Tuuu tuuu haaaaaa. Nak gaji gak wkwkwkwkwkkwk tapi kalau da surirumah secara automatiknya dah berkurang sikit la pendapatan nya dari dulu kan sebab harapkan suami je. Tapi kalau aku mungkin bisnes kot.

Aaaaaaaaaa T____T

Isteri Runsing, -2014

12 August, 2014

Tolong la!

Aku meluat betul pesen orang tak paham paham ni. Suka amek serius mende yang ko tak perlu. Dan aku rasa sepatutnya masa tu ko diam je or at least senyum la kan. Semak la.

Aku pun time mengusik tu gelak gelak kawan aku tu pun sengih nak bidas balik.

Ni pesen bila aku mengusik ada orang ni, tetiba ade orang datang back up orang yg aku tengah usik ni.

Situation 1

Aku tengah tengok kawan aku masukkan buku dalam bag cam bersiap nak balik. So aku pun usik dia ;

Aku : "Oooo pandai ko eh nak balik awal ehhh hahahahah!"

Yang kawan aku tu sengih gelak.

Penyibuk : "Dia saje je la nak kemas barang awal, dia banyak keje lagi"

Aku cam.. Aduhhh. Ko ni tak paham ke aku tengah gurau sibuk nape? Kamon la aku tau la dia belum nak balik lagi ingat aku ni lembab nau ke ape.

Aku ngan kawan kawan aku memang suka gurau kasar. Sama sama kasar. Selalu aku yang kena. So bila dapat peluang camni aku takkan sia sia kan lah. Tapi bila kau ada, sume jadi membosankan.

Situation 2

Aku makan ngan kawan aku. Si penyibuk pun ada. Da janji pas makan kawan aku tu nak kemas. Lepas makan tetiba kawan aku nak blah. Dari gaya dia aku tau la yang dia nak gi basuh tangan.

Aku usik la,

"Oo ko pandai kannn kate nak kemas! Hahahah!"

Pastu kawan aku cam sengih la nak jawab sesuatu. Tapi tak sempat dia jawab si penyibuk tu da cakap ;

"Dia nak gi basuh tangan la japgi dia kemas lah,"

Grr i was like... Argh! Ko blah la! Menyibuk jeee eiii mencikkkkk!!

Kadang kadang aku rasa aku malas nak sembang pun kalau dia ada. Why so serious?

And setiap kali aku gurau mesti jadi camni. Rimas lah!

Ada tak tweet berbayar nak aku bagi kat orang yang takde keje camni?

Bye