21 February, 2023

Hai la adam oi

Gi makan kat Mcd. Pastu sebelah meja ada family with kids, semua anaknya boy. Adik dia asyik pandang sara je. Pastu mak aku cakap kat Adam.

Atok : “Tengok dia asyik pandang adik je mesti dia nak adik perempuan. Abg adik dia semua lelaki. Adam bernasib baik sebab ada adik perempuan,”

Adam : “Dia yang bernasib baik bukan Adam,”

=,=“


13 February, 2023

Resepi Roti Putih Loaf Sandwich Gebu Macam Gardenia




Hari ni Sara gi Domino’s Pizza ada lawatan. Dia bawak balik pizza kecik satu. Konon nak share ngan abang Adam sekali Abang Adam demam. Takda selera.



Petang semalam Adam start demam. Patutnya pagi ni Adam ada hari anugerah apa tah dapat hadiah. Tapi sian dia tak dapat pergi.

Since Sara baru je baik and aku taknak Adam warded, aku suruh dia minum sebotol besau hari ni. Now dah half botol. Harap dia leh habiskan. Tadi aku masak bubur campur brokoli. Pastu goreng udang. Sebelum goreng udang tu aku tumis barang putih ketuk. Harap sangat sangat Adam cepat sihat, and bukan demam bukan bukan.

Syukur esok memang cuti.

Sekolah Adam khamis ni buat jamuan. Aku tak tau la kenapa aku susah payah bagitau nak buat muffin. Kenapa eh aku tak cakap aku bawak kek je. Beli je kek kat tepi jalan tu ha setel. Haih cari penyakit betul.

Harap Adam sihat khamis ni leh gi sekolah. Tahun lepas tak dapat gi jamuan sebab covid.

Sara pulak jumaat ni jamuan. Ahhhh ok Sara aku nak bawak kek. Tak kira! Mama malas haha.

By the way tadi aku buat roti setelah berkira kira nak beli roti Semata mata kat foodpanda, takleh kena beli mende lain gak. So dari kita membazir baiklah kita usaha buat.

Jadi siot lembuitttt haaaa!

Nak resepi roti putih gebu baqhang? Resepi ni aku ambik dari cookidoo, tapi aku malas nak on oven. So aku masak guna breadmaker.

Ni ha Resepi Roti Putih Gebu Baqhang

11oz water (aku guna susu full cream)

2 1/4 tsp active dry yeast

1 1/2 sugar

19 1/2 flour (aku guna tepung roti)

1oz unsalted butter (aku guna salted butter sebab tu je yang ada)

1 tsp salt

2 tsp apple cider vinegar (aku guna vinegar biasa je sebab apple cider vinegar aku dah expired zz)

Cara caranya :

Ni aku guna thermomix dulu

1. Masukkan water, yeast, sugar. 1min/100F/speed 2

2. Masukkan tepung, butter, salt, vinegar. Mix 5 secs/speed 5

3. Scape down, pastu knead dough 3mins.

4. Perap doh dalam bekas lain, 45 minit. Ni aku masukkan je dog dalam bread maker

5. Pastu setel 45 minit, aku keluarkan doh, tumbuk tumbuk. Pastu bentukkan jadi rectangle. Pastu aku roll jadi cylinder, buh balik dalam breadmaker. Perap lagi 30-45 minit.

6. Aku tekan mode 12 Bake (breadmaker tesco). Colour medium. Pastu masak.

Kalau tm6 tu dia suruh masak 45 mins je. Tapi aku malas. Aku nak campak je dalam breadmaker dah siap. Aku malas on oven. And aku malas pakai beras roti aku.

Aku pernah guna bekas roti aku pastu doh roti tu kembang melimpah keluar ha dari bekas. Malas.

Breadmaker penyelamat. Kalau korang nak bancuh guna breadmaker, cam biasa, kembangkan yis dulu guna cecair, gula, ngan yeast for 10 mins. Basuh la letak butter, vinegar, tepung and last sekali garam.

Ni link cookidoo https://cookidoo.international/recipes/recipe/en/r720679

Padan muka aku tak menabung untuk thermomix, aku nye cookidoo dah nak expired. Sobs

11 February, 2023

Yole Sugar Free Frozen Yogurt



Yes! Akhirnya aku berjaya makan aiskrim ahh seronoknya dah ada sugar free frozen yogurt! Mantap pak ayob!!! 

Kat Central Icity of course! Semalam masa tengok diorang nye location sekali nampak Central I-city haha melompat sis kegirangan.

Yole ni ada 11 outlet area KL, Selangor, Cyberjaya, Putrajaya, Johor ngan Penang. Halal certified. Keto!

Sebelah tu Zelo ambik topping pistachio.

Awas eh. Topping dia tak sugar free

Ni harga dia

Dia nama je sugar free tapi manis. Sebab dia guna pemanis erythritol. Aku actually leh je ambik toppping strawberry ke, pumpkin seeds ke, cranberry ke strawberry ke tapi masa tu anak aku plak terlompat lompat nak cotton candy la apa la terus jadi hilang ingatan. Asal dapat frozen yogurt pun aku dah gembira.

Ni sauce dia.

Banyak gak pilihan. Aiskrim dia lambat cair. Nice la nak bagi hilang craving. Mana mana yang rasa teringin nak makan aiskrim tapi diet, ha boleh la try Yole.

By the way aku ambik saiz S,tanpa topping harga RM9.50 rasa aku. Saiz S tu dapat 1 topping. Saiz M dapat dua topping.

K takyah dah aku sesusah nak buat sherbet ke apa pasni. Gi singgah je icity kalau tingin makan eskem. Woohooo!

Pengalaman Kali Pertama Makan di Sushi Zanmai


Semalam petang, saje ajak Kak Ogy makan kat Shaaz. Tapi Poksang ajak gi icity. Tak pasal pasal. Kemain seronok diorang ni berjalan. Minggu ni memang kitorang balik sekolah terus balik takde gi berjalan memana.

Pastu blur tatau nak gi makan mana. Sara nak makan sushi. Cam yang aku kata kat post Sushi King yang lepas, Sushi King tak relevan dah. Mahal. Servis hauk. Tak sedap. Menu boring.

So kali ni gi makan kat Sushi Zanmai.

Ni kedai favourite Iput ni. Dia banyak kali share makan kat sini tapi aku tak pernah gi. Masa nak masuk tu aku tanya, “Halal ke?” Dia kata pork free. Pastu aku tanya la lembu kambing ayam tu semua sembelih tak? Dia kata memang supplier semua halal dont worry makan lah dengan tenang.

Bukan ler aku nak kata kawan aku tu makan kat kedai tak halal, dalam tu semua chinese. Nak meyakinkan akak aku abang ipar aku nak makan kat situ, kenalah tanya. Kalau aku, aku masuk je. Sebab memang ramai kawan kawan aku makan situ.

Lepas kitorang masuk, barulah ada muslim lain masuk.


Adam suka salmon raw ni. Tapi aku tak bagi banyak la. Enjoy je dia makan. Abang Sham kata nasik dia sedap.

Abang Sham = Poksang = Abang ipar aku

Jangan kompius plak haha. Kak Ogy tu akak aku. Haa.


Kak Ogy kata sedap gila sushi avocado.

Power gila aku. Aku tak rasa langsung ye nasik tu. Aku makan lauk lauk je. Mantap. Ada kemajuan. By the way berat aku pun dah turun. Hari tu masa tekak tak tentu hala perangai ritu, berat aku 62.kg kot?

Now, lepas makan eh. Ha bagi aku, berat pas makan tu la yang penting. Bukan sebelum makan. Sebelum makan memang bila ko timbang sedap mata memandang penimbang eh.

Ha berat lepas makan aku sekarang, 59.3kg. Seluar jeans yang tak lepas peha ritu dah leh sarung sampai atas dan kancing. Tapi ko pakai 10 minit, ko meninggal la tapi. Ketat nak mampus.


Okay ekceli ni harapan aku nak makan since aku memang suka bedal mushroom enoki ni time diet tapi sekali bila rasa, ha kicap manis. Nanges jela. Dia balit daging wei mushroom tu. Terliur aku.

Okay ni sedap. Ni janggut sotong. Panggil apa? Tentacles. Luar dia celo tepung nipis je. Ni sedap. Aku sentuh sikit sikit je sebab bertepung kan. Ah sikit camtu takdenye kene kick keto aku ni.

Okay ni aku nak share. Banyak wei sotong. Sampai ke sotong terakhir, aku tak larat nak makan dah. Tapi aku telan jugak. Aku rasa harga dia dalam RM12 ke RM13 entah?

Ni nak throwback sushi king.

Ni sushi king. RM10 satu!!! celah gigi je. Dekut!!

Ok sambung.

Ya Allah ni paling aku suka. Salad tu, ada sesame dressing tapi dia asingkan, pastu ada cream cheese ahh dappp ngan salmon tu memang best la masukkk. Banyak gila salmon dia kitorang sampai tak habis.

Pasni kalau aku buat salad, nak letak cream cheese la. Salmon slice camni ada jual kat mana? Safe ke kalau kita beli simpan dalam peti ais sendiri? Ragu ragu plak aku. Kang salmonella datang ziarah tak pasal pasal.

Ebi fry. Feveret Adam. Sepinggan ada empat. Kalau Sushi King, ada tiga je kot? Kenapa aku takleh stop banding ni???

Ni biasa la. Kanak kanak punya.

Ko ni salmon skin. RM10 kot harga dia? Tapi best. Ada isi. Kalau Sushi Ki.. hmm k. Aku stop hahaha

So far semua best. Aku suka. Boleh repeat.

Total semalam RM170++

Ok last. Kalau Sushi King makan tahape hape kat dah RM160++

HAHAHA K BYE

 

Penat cakap benda sama hari hari

Aku ni boleh disamakan dengan astro. Ulang tayang seratus lima puluh juta kali. 

Rasa cam nak record suara macam lori jual tilam. Ke aku pernah buat? Entah la. Macam macam cara. 

So ni salah satu inisiatif yang aku nak buat dari last week. Dari last week aku just mampu imagine je aku tengah buat tapi tak buat pun sebab busy dan mental koyak anak sakit tido dalam wad kesejukan bla bla bla.


So ini kali baru jadi. Buat secara pantas.

Actually Sara tu aku tak paksa pun solat. Tapi aku nak biasakan dia ambik wudhu lepas mandi. So sampai besar takde la dia malas ambik wudhu bila nak solat. Sis cuba. Kalau dia solat main main pun takpe. Baru 6 tahun.

Adam punyalah frust. Haha. Masa aku tengah bagi taklimat ringkas tentang usaha aku tu, sambil tu aku still nampak towel kat lantai. Sabor Eny sabor. Aku kutip, malas bebel. Esok bermula ye saat saat nak belajar jadi orang yang bertanggungjawab. 

Mak ko dah tak larat nak jadi radio rosak dah.

10 February, 2023

Adam monyok

Muka sebenar bila masuk kereta tadi

Kelakar la dia ni kan masuk kete terus monyok. Aku tanya kenapa? Dia kata dia sedih sebab semua orang dapat juara, ramai orang dapat juara. Tapi dia dapat naib juara dengan ketiga.

Naib juara, badminton beregu. Gangsa, baling selipar.

Haha aku kadang kesian ngan anak aku. Sah sah lah kaki bangku. Dia pernah kata dia tak suka main bola sebab asyik kena tunggu bola je. Haha. Sama la mama mama pulak tak suka tengok bola sebab kenapa semua orang kejar bola? Pastu apa yang menarik sangat? Hahahaha

Haha kesian anak aku tak bersukan. Aku rasa macam kena hantar anak aku gi kelas pape la. Tapi kat mana nak cari kelas camtu?

Dapat kelas berenang ke, kelas memanah ke mesti best. Aku rasa aku kena rajin bersenam so boleh bawak diorang keluar sekali.

Tapi tulah, malas hahaha.

Sorry Adam. Nanti mama carikan kelas untuk Adam ye. <3


 

08 February, 2023

Kuat Adam!


 Hari ni Adam dapat paper sains. Fuyohhhh seronok betul. Kenapa aku yang tumpang seronok hahaha aku rasa aku yang excited lebih. Dia tiap kali balik mesti aku tanya, ada dapat paper exam tak? Pastu dia tanya aku “Nape mama excited dengan paper exam Adam?”

HAHAHAHA Mama obsess. Kahkah

Adam pagi tadi bawak mainan dia pergi sekolah sebab kawan dia janji nak swap dengan yang lagi hebat. Aku cakap tak payah.

Sekali tadi dia cakap kawan dia tak kasi pun mainan lepas dia bagi dia punya. Aku dah cakap. Aku dah cakap!

Aku pesan kat dia, jangan cepat percaya orang. Adam kena jaga diri Adam sendiri, jaga barang sendiri. Dia angguk angguk nyesal.

Aku ni kadang rasa bersalah. Cam biadap je nasihat anak camtu tapi tu la aku nasihat sebab dia taknak ulangi kesilapan aku. Aku ni bab berkawan memang berhati hati sangat.

Jangan terlalu memberi, sebab tak semua kawan boleh give and take ngan kita. Kalau diorang selfish, yang sedihnya sapa? Ko jugak. Yela aku la tu.

Dulu aku pernah teman kawan aku gi event. Masa tu Adam baby. Aku susah payah la angkut pakai baby wearing bagai. Walaupun susah aku cuba la sebab niat nak tolong kawan.

Tapi bila turn aku, senang je jawapan dia. MALAS.

Aku ni kan kalau sekali dah kena, memang aku ingat. Bukanlah nak kata aku berdendam. Tapi aku taknak kena lagi.

Kalau sekali aku dah nampak ko jenis selfish suka mengarah orang, bila turn orang susah ko buat selfish taknak masuk campur, aku memang lari la. Tak bagi can. Memang takde peluang la aku nak layan ko extra.

Tapi tula Eny kadang ada waktu bodoh jugak. Terkena jugak. Even dengan orang yang sama. Sebab kesian kan. Tapi apa boleh buat. Takkan la dah tua ni nak bermusuh. Muak dah aku. Aku marah time tu je. Pastu tak marah dah. Tapi dia punya kecewa, sampai aku malas dah buat pape. Meluat.

Salah ke aku ajar Adam jadi strong? Tak salah kan aku pesan camtu kan? Dunia ni kejam Adam. Tu baru sikit. Aku suruh dia gi mintak balik esok. Dia kena tahu hak dia. Tu dia punya. Be firm. Be strong!

07 February, 2023

Queen of information pomboleyyy

Tadi aku pegi tukau buku teks Adam barai


Aku ritu up benda ni kat instagram pastu ada followers reply gi je sekolah nanti cikgu bagi baru.

Memang aku tau cikgu bagi buku lain. Tapi aku bengang betul camne mak bapak boleh keras hati bagi buku camni patutnya ngko kena la ganti. Cuma salah aku la cakap camne cikgu leh terima buku camni. Logik la dia cakap cikgu ada banyak murid nak hadap kadang terlepas pandang. Okay sorry my bad.

Bukan salah cikgu. Parent yang salah k!

Pastu tadi gi tuko buku kan, yang dapat buku akhlak je sebab takde stock. Ok lah, belum start lagi term baru. Now sekolah Adam tengah busy hari sukan. Pergh kul 1 tengahari matahari terpacak main badminton woi paneh lit lit.

Aku nak ambik baju sukan Adam sekali. Dari awal masuk sekolah tak dapat dapat baju sukannya.

Nak jugak mak pi ambik

Aku dah pesan sampai sekolah gi la bilik guru jumpa cikgu ambik baju sukan. Idok ler dibuatnya. Nak gak mak dia datang.

Kawan baik dia.



Hari ni Sara dapat award. Patutnya masa dia warded tu Sara ada end year punya celebration la kat mana tah. Tapi tak dapat join sian dia dia siap dah eksaited dah nak buat persembahan nyanyi lagu bilal bin rabah. Takde rezeki.

Tapi ni dapat la hadiah jugak kan. Tu kat dia punya piala tu tulis “Queen of Information” haha. Ok lah dik. Jadila.

Kay’s Steak And Lobster Putra Height





Semalam discharged je, pergi makan. Sara alhamdulillah dah sihat. Tak demam dah, selesema sikit je. Masih on antibiotik. Lagi 2 hari. Lusa habis dah lah antibiotik.

Aku ni dari last week, craving steak. Last aku makan kat Kenny Hills masa dating ngan Zelo. Tu pun aku dah suka dah. Aku rasa RM99 kot satu plate. Tapi since jauh sangat, tak gi lah. Pergi la kat Kay’s Steak and Lobster sekali ngan Kak Ogy ngan Abang Sham. Memang happy la Sara. Dia memang suka beno ngan Poksang ngan Ummi dia tu.

Masa makan semalam tu ada mak budak ni dia bior je anak dia main skuter dalam kedai. Anak dia kecik lagi dari Sara. Skuter dia terlanggar pintu cermin pun dia buat bodo je. Dalam kedai tak ramai masa tu tapi ko pehal ingat playground ke??? Agak agak la woi.

Ha sambung pasal steak.

Ni steak dia. Atas tu ada butter homemade aku rasa. Sedapnyahhhh. Aku ambik medium well. Juicy amatttt.

Ni lamb. Aku tak suka perisa bbq.

Tahun lepas kot anniversary gi dating ngan Zelo kat TGI Friday. Order something yang bbq la. Tak gemor la. Aku lagi suka daging kalau marinate ngan garam cukup dah. Barulah rasa daging nye. Ni lebih rasa sos je.


Ni pasta salted egg. Atas tu ada soft shell crab. Besau. Isi pun banyak. Yang ni aku bagi rate 7/10 sebab tak rasa mana pun salted egg nye.

Okay ni garlic bread

 Aku keto, tapi aku rasa la semua. Haha. Rasa sikit. Sedap ha. Cake dia ade jual gak. Kek yang pemes kat kuantan tu kek ape? Ha Kula Cakes. Bukan feveret aku. Aku tak minat sangat mango jem dia manis gila cam bukan mango sebenar.

Pastu dah habis makan tu, Adam kata nak lagi satu ha steak. Gahahahaha. Zelo pun tak puas hati makan kambing bbq dia. Dia kata steak aku lagi sedap. Dia order kagi satu.

Sekali nak bayor. RM500 HAHAHAHHAHA.

Aku cam biasa la rasa bersalah padahal laki aku ok je nak bayar tapi tu la dah kenyang dah pun. Baru nak ajak repeat anniversary nanti. Kensel la.

Zelo suka makan mahal mahal ni. Aku tak suka. Aku suka biasa biasa je. Dulu pernah sekali masa awal kawen, dia bawak aku pergi kedai western chef apa tah kat 13. Pastu aku tengok harga, aku ajak dia kua balik kahkahkah. Padahal RM60 je steaknye. Bagi aku mahal dah tu time tu memasing dah la baru kerja. Risau. Haha. Last last makan polpero je. Kenyang gak.

Aku kalau bayar sendiri takpe. Laki yang bayar ni rasa bersalah.

Adam pagi ni cakap nanti nak makan steak lagi. Aku cakap la setahun sekali boleh la.. dia cakap sebulan sekali la. Kalau setahun baru RM6000. Hmm la Adam hahahahahhahahahahahah yakinnya kamu

Kita bersederhana jela eh Adam

Janganlah hampa sakit lagi please




Semalam Sara dah kuor spital. Bape hari eh kat spital? Aku rasa cam 4 hari. 4 hari 3 malam. Ha RM5k++ ngko nasib ler ada insurans.

Aku ni kalau tak kawen ngan laki aku, aku syak sampai sekarang la aku takde insurans. Muka aku ni memang ada kat hospital ngan klinik gomen jela.

Pastu aku ada satu perangai, yang walaupun ada insurans aku cam takut. Camne kalau insurans tu tak cover? Pastu karang zelo kena bayar camne? So masa aku kena denggi dulu masa tu kitorang laki bini kena denggi. Adam baby lagi masa tu. Laki aku gi hospital swasta, aku gi hospital shah alam. Haha alasan aku senang, dekat ngan rumah.

Padahal aku takut aku susahkan laki aku. Bukan sikit duit, kalau tak cover cane? Gitu. Padahal bebulan da bayar dah. Bodo ke ape? Hahahahhaa. Tapi betul. Kalau orang yang memang takde duit, even ambik insurans tetiap bulan memang kena ade at least RM1k la dalam bank untuk emergency kesihatan ni.

Cam haritu spital kata nak RM500 depo. RTK RM140, insurans tak cover. Cuba kalau ko takde RM500? Kena la pinjam orang. Memang kabut kan. So kena la simpan duit jugak. Tak cukup ngan bayar bebulan je.

Cam Avisena tu, deposit tu bukannya dia pulang pas dah checkout tu. Kena tunggu 14 hari bekerja tau. Lama kan.

Pasni jangan sakit la anak anakku. Sejujurnya aku lupa pasal dehydrated. Anak aku ni dah lama tak sakit demam teruk camni. Lupa nak paksa minum air. Dulu masa Adam, aku siap kepit dia bagi air guna syringe sebab taknak dia masuk spital. K Eny ingat. Harap tak masuk la spital agi.

Btw insurans cover RM200 je untuk bilik sehari. So boleh ambik bilik dua orang RM175 semalam. Tapi zelo suruh ambik bilik sorang, RM230. So kena tambah RM30 sehari. 4 hari RM120. Tambah RTK RM100++ aku tatau la harga bape. Ok la. Better la dari bayar RM5k kan. Tapi still aku cuak. Hahahaha.

Ok marilah kita menjaga kesihatan memasing, janganlah sakit lagi. Koyak mental mak, nak.

06 February, 2023

Dah hutang tu bayor la

Ada aritu kat sekolah Adam ada hari kanak kanak. Pastu ada macam macam aktiviti la cam petting zoo la, movie la bagai. Adam memang aku da ready la duit untuk dia. RM22 rasanya aku bagi.

Rasanya cite ni 2 minggu lepas. Tapi baru minggu ni Adam cerita yang masa petting zoo tu, kawan dia takde duit nak masuk. Kawan dia nak pinjam duit. So dia pun bagi kawan dia pinjam. Pastu janji nak bayar.

Pastu dia kata dalam masa seminggu ni dia nak dapat balik RM5 tu punya la susah. Ada je alasan. Hari tu kata tak cukup duit. Pastu ni cakap ada RM10 tapi nak buat belanja. Haha Adam frust sebab dia nak masuk dalam tabung dia.

Pastu Adam cakap kat dia, okay kalau taknak bayar, ganti ngan lato lato. Aku pun cam eh cane dia ni leh tau lato lato hahaha pastu kawan dia bagi alasan lato lato tu bahaya, leh mati. So Adam cam ok.

Now dia plan kalau kawan dia bagi alasan lagi nak bayar, ada sikit duit je, dia ambik je duit tu. Nanti esok ambik lagi.

Aku sebenarnya nak je cakap ala sedekah jela kat kawan Adam tu takpe. Tapi karang kendian dia bagi merata pulak duit dia, nak jugak aku ajar dia jadi firm. Jaga diri sendiri.

Kesian budak darjah 2 pun pening nak kutip hutang.

Sebab tu la aku ni tak mudah kasi orang pinjam duit. Sebab aku tau last last aku yang jadi pengemis mintak duit sendiri.

Baik la aku hilang kawan sebab aku tak kasi pinjam, dari aku hilang kawan sebab dia hutang aku tak bayor.

Tui dak?

03 February, 2023

Sara kecundang akhirnya

 


Sara dehydrated. Tengok bibir dia tu. Air taknak minum banyak, makan pun tak nak. So kena la warded. Tadi masa pasang jarum tu elok je tak nangis. Bagus betul. Nurse cakap dia relax je tak cemas kalut pun. Dia tengok je apa nurse buat 🥲 teringat masa Adam dulu melalak lalak cam kena dera.

Sara dia nampak cam tak demam je tapi suhu sampai 39++ terus dapat ubat bontot tadi. Aku sampai serba salah patut ke hantar dia ni warded ni sebabnya sian pulak. Tapi memikirkan doc pun dah cakap dia dehydrated, bibir pun udah takde ghope bibir, doc kata tekak dia kering. Ni minum pun taknak hnsfff aku tatau nak cakap ape.

Ni doc kata sel darah putih dia tinggi la apa la. Ha dok la dalam wad tu. Sekarang ni yang terseksanya aku la. Sejuk gila bilik takleh turunkan suhu kena 20 je. Sobs

Ni tadi amek darah pun lekkkk je

Harap cepat sihat ler. Ape aku nak makan pun tak tahu la nok. Aku da la keto ni. IF pulak ni tadi yang bukan bukan je aku makan. Meatball ngan bolognese sauce aku tak rasa sauce tu lepas keto ni. Lantak ler.

Doakan Sara cepat sembuh ye.

01 February, 2023

Ni bahasa arab ke matematik?

Adam dah dapat dah paper yang ditakuti. Now dia dah lega. Takyah nak lega sangat eh. Sains tak dapat lagi. Aku yang cuak extra haha.



Dia kata dia ingat dia dapat 60++ bahasa arab. Soalan bahasa arab ni aku nengok boleh tahan mencabar. Ingat kena garis garis je. Rupanya matematik pun ada tapi bahasa arab la hahaha lawak la. ٧+٧=? Ha cenggini soalannya >,<

Matematik di sasterakan. Bahasa arab dimatematikkan. Geli hati aku. Hahaha.

Aku setakat darjah dua ni aku tak komplen sangat syllabus. Sebab aku cam masih mampu nak ajar lagi. Karang nanti dah makin besor makin mengarut baru aku ngamuk kot hahaha. Tapi sejujurnya aku okay lagi la.

Aku sekarang ni bukan takat doa nak terangkan hati anak aku je. Dengan aku aku sekali aku mintak terang hati. Gile bape tahun tinggal ha belajo belajo ni. Hahahaha. Bukan senang k!

Lagi bape bulan dah nak masuk semester baru. Darjah 3 pulak. Woohoo!!!

Cepat sembuh, Sara!


Alhamdulillah, test influenza negatif. Aku risau je kot kot denggi ke ape tapi doc check tadi cam bukan. Syukur alhamdulillah. Infection kat tekak je rasanya. So dapat antibiotic, ngan dapat ubat supp tu.

Tadi lepas ambik ubat bontot tu, dia tido. Pastu bangun dia cam lega, mintak makan. Siap mintak ayam Adam. So okay la, leh main. Lega aku.

Dia now start antibiotic augmentin. Pastu aku duk pikir boleh ke Sara minum air kelapa pastu makan antibiotic. Aku tanya kawan aku, diorang pharmacist, diorang kata antibiotic augmentin boleh kalau minum air kelapa. Air kelapa bagus. Yang kena elak masa ambik antibiotic is caffeine dengan susu. Syukur la ada kawan pharmacist. Terima kasih banyak. Sis ni manjang sugul aje.

Aku pasni nak amalkan air kelapa la untuk bebudak ni. Seminggu sekali nak bagi minum air kelapa. Aku taknak diorang sakit, nak bagi antibody kuat. Lagi lagi Adam tu sensitif ha.

Doakan diorang cepat sembuh k! 

Sara demam

Alhamdulillah negatif

Sara bangun pagi semalam, badan panas. So dia tak pergi sekolah. Demam. So semalam duk jela umah, Adam gi sekolah. Aku bagi la makan ubat since memang dah ready paracetamol diorang ni kat rumah so takde la nak pegi klinik ke apa. After 3 hari barulah pergi klinik kot nak check darah ke ape ke kan.

Sebab aku rasa kalau gi klinik now pun memang doc bagi PCM je. Pastu balik. Dia mesti cakap nanti kalau demam lagi datang balik.


Dak Sara ni kalau demam ke tak sihat ke ape ke mesti mendengor kata bagus betul. Aku rasa aku degil lagi. Adam Sara kalau bab ubat memang sejak bayi takde masalah, berebut nak makan lagi ada lah. Adam tu kalau sakit merengek kuat. Sara diam je.

Suruh mandi, dia mandi. Suruh la mandi 10 kali pun sehari dia ikut je sebab tahu tu tips doc bagi kalau badan panas sangat, and dia pun nak cepat sihat. Cuma makan la kurang selera sikit.

Adam memang sihat ke tak sihat ke tak suka makan. Dia rela makan mende yang sama je hari hari dari try menu baru. Haha kalau aku masak kari, macam menderita kena dera ha ghopenye. Dia tu tak telur 3d(telur rebus) sup sayur, err apa lagi. Nasik kosong ngan ikan bilis pun onzz kicap memang taknak. Aku tak ajar dia makan kicap. Sara tu pun makan kicap atok dia yang ajar. Hihi


Tapi Adam takleh dah makan ikan bilis. Haritu makan semangkuk aku goreng, mata sebelah bengkak. Rupanya alergi. Resdung. Mana datang la resdung family belah kitorg laki bini takde resdung resdung ni. Asma pun takde. Entah ler.

Okay berbalik kepada Sara, harapnya cepat le sembuh ye. Esok dia ada raptai cam jamuan akhir tahun sekolah la. Ada buat persembahan. Persembahan sebenar, sabtu ni.

Aku syak raptai dia tak lepas ni, esok mesti demam lagi. Sabtu insyaAllah dah sembuh.

Cian anak mama niii >,<