Of course dapur aku tajuk dia open shelving system (eceh) kerana fulus untuk memasang kabinet tak mungkin akan aku keluarkan. Kedekut nak meninggei. So open shelving jadi pilihan. Aku memang teringin nak letak shelf kale putih so acah acah mat saleh la ghope dapur aku tuuu tapi pikir balik lelama karang jadi kuning ko pepaham jela putih. Kosserrrr.
Meja tu pun recycle meja komputer masa duk uma mak ritu. Ok la kecik tak makan ruang and tak kembang kalau kena air. Jimat dah kat situ.
Last-last aku pilih shelf jenis grundtal.
Jenis besi which is aku rasa lebih tahan lama dan tak leceh. Letak apa pun menarik ye dak?
Aku beli tiga bijik. Panjang satu, pendek dua. Umah aku pun takde penyedut asap tu yang mana aku rasa tak perlu sebab umah mak aku elok je tak pakai mende tu takde hal pun. Membaziaqqq. Bila masak bukak la tingkap.
So ini la dapur aku.
Ang rasa tak cantik lantak ang la aku suka hahahahahahhha
Tajuk dia acah acah hitam putih miahaha kalau boleh ngan botol botol tu pun aku nak cat kale putih tapi majei la kan kena lempang ngan laki aku karang. Pengelap tangan tu pun dah lama dihapuskan dari pandangan. Beli kat Kaison kekonon nak ada unsur soft pink sikit la. PUIKKK laki aku bebel ape la kata hitam putih ni ade pink pulak aduuuu lari tajuk laaa. So memang dah dihapuskan dah la apa nak buat ye dak nasib RM3 je. KAHKAH
Sebenarnye ni gambo lama. Nampak nau nak update pasal ni dah lama tapi taknak jadi lupa punya pasal so update la jugak.
Bawah tu melopong kan? Bukan aku je sakit mata tengok aku syak semua pening tengok kotak kotak la batang paip la pemende la. Apa aku dah buat dengan mende mende ni? HAHAHA tungguuuu sok aku update kalau Adam behave okkkk tutorial siappp.
BYE